Wednesday, July 20, 2011

Saya mahu header comel!

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Tadi berblog walking pi sana, mai sini, cantik-cantik depa punya header. Saya mahu juga! Then, disebabkan kemahuan itu, maka godek situ sana sini sebab nak buat header sendiri. Animated header. Mesti best kan. Tengok blog sendiri dengan animated header, maka impian jangka pendek pun tercapai.

Sebenarnya dulu pernah letak header. Header yang di edit sendiri. Tapi disebabkan kemahuan terhadap animated header terlalu tinggi, jadi terus delete header lama. Oh ya, satu lagi. Animated banner. Banner yang boleh exchange tu ha. Tapi, nak buat tetap tak tahu nak pakai software apa eventhough dah godek situ sana sini. Kesian dak kat cek. Kesian lah.

Tengoklah rupa baru blog saya. Yeay! Dah edit. Sebenarnya ada lagi tiga benda yang mahu dibuat dan diletakkan. First, header. Second, banner. Lepas tu, sidebar title background. Demi untuk mengelakkan kecelaruan. Kalau lah saya tahu kan best. Siapa nak ajar saya macam mana nak buat tiga benda tu? Atau siapa nak tolong buat kat saya tiga benda tu? Tolong orang dapat pahala tau. Hiks!~

Kamsamhamnida. Thank you.

No comments: