Thursday, June 30, 2011

Live your life well.

السلام عليكم ورحمة وبركاته


As we grew up, do you ever think that we do not have much time to live our life well? It's not as we grew up, the death can be happened anytime if it was destined for us. It can be a minute later, an hour later, a night after and so on. Did u ever had the chance to do what u wanna do if the death come invite us? Something that would make everyone happy perhaps, something u wanna do for someone u love, your family. Something you wanna repent. If we know the exactly time that the death will come invite us, we won't do something that waste our time, isn't it?

Ya, life wouldn't be that easy. We need to face all the things. Sometimes alone. Actually just feel that you're lucky that you went through all the things. Why? Because not everybody can face the same things just like you. You're great, isn't it that you can face all the things that come across your way which also sometimes can make you down. Just always remind yourself experience cannot be bought everywhere. How many you paid for such precious experience, you cannot buy it easily. It's not buy, but even you can't! You need to went through. From the experiences, you learn everything. You learn what life is. When you undergo something terrible, something hurtful, something you didn't expected, always remember that outside there, there's still a lot of people who really suffered. You're just luckier from them. And so, if you see such people who suffered a lot, help them. Cause although it's just only a small help, but the small one can lead to the greatest. 

Live your life well. You have the right to feel sad, but don't do something that can cause harm to yourself. Because you yourself is very precious to everyone in this world. If you said there's nobody loves you, believe it one day you'll meet such person. Who will love you sincerely. Even so right now u don't have anybody or somebody to love or to be loved, remember that we still have The Creator. The Creator who still give you the chance to live in this world. Learn to love yourself. You're a unique person just the way you are.

If you feel that your past is painful for you, then never look back. Past is past, yesterday is a history, today is a gift, and tomorrow is a mystery. Learn from the past and put all the efforts to improve. So that you can live your life well. Something that already happened, we even cannot change it to be happened again and happened in a better way. Don't waste your tears, and wake up for the future we even don't know what gonna be happened. Strengthen yourself and one day you'll realized that you're great. So, live your life well.

Kamsamhamnida. Thank you.

Tuesday, June 28, 2011

To all Malaysians! Beware!

السلام عليكم ورحمة وبركاته


Tadi masa aku ber blogwalking kat blog broframestone, bro ada tulis entry pasal Geng Pukau yang terdiri daripada warga asing. Wanita Arab. Dalam lingkungan usia 30-an ke 40-an. Untuk maklumat lebih lanjut, tengok video bawah ni.




Sekarang ni, macam-macam benda berlaku. Kat mana-mana, bila-bila sahaja, benda yang kadang-kadang kita tak expect boleh berlaku. Jadi, nak tak nak, kenalah lebih berhati-hati.

Kamsamhamnida. Thank you.

Belakang rumah saya.

السلام عليكم ورحمة وبركاته








Lepas kawan aku balik, tiba-tiba terdetik di hati nak pergi jalan-jalan belakang rumah macam dulu. Sebenarnya ilham nak pergi jalan-jalan di belakang tu datang dari kawan aku. Dia teringin sangat nak tengok dan bergamabr dekat sawah tapi tak sempat. Belakang rumah aku ada sungai dan sawah macam gambar kat atas ni. Dulu-dulu selalu merempit dengan basikal. Best sangat! Angin kuat. Kadang-kadang main layang-layang kat sini. Pernah jugak pergi jalan-jalan merentasi sawah ni.

Hari tu sebab dah lama aku tak pergi jalan-jalan, ambil angin kat sawah belakang rumah aku, so pergi dengan adik aku. Dah lama aku tak pergi belakang sebenarnya. Bertahun lah jugak. Balik je, aku suka duduk rumah. Bilik aku ni memang segalanya bagi aku. Haha. Tapi makin dah besar, dah tak duduk di bilik sangat lagi. Balik je seronok sangat dapat hang out dengan kawan-kawan sekolah dulu, reunion.

Masa aku pergi jalan-jalan tu, aku naik scooter aku jalan-jalan belakang rumah. Hujung dunia aku pergi. Haha. Dah lama tak jalan-jalan kat belakang plus, dah lama tak naik scoot aku. Oh laling, rindu padamu. Memang best lah hari tu. Adik aku gaduh nak tengok drama indon dia. Tapi memang sempat aku berjalan sampai kampung lain. Haha. Tersenyum lebar aku dapat jalan. Dengan angin yang sangat mendamaikan. Eh, betul ke perkataan aku guna? Haha. Apa-apa pun aku enjoy petang tu.

p/s : Aku saja letak lagu balik sebab kadang-kadang aku realize yang lagu tu bagi semangat untuk aku tulis entry baru. Hehe.

Kamsamhamnida. Thank you.

Friday, June 24, 2011

PTPTN akan hentikan pinjaman 152,000 pelajar? Biar Betik?

السلام عليكم ورحمة وبركاته



Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan memberhentikan pinjaman kepada 152,000 pelajar berikutan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang diperolehi mereka adalah 2.0 ke bawah.

Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamed Said berkata, jumlah pelajar yang ditamatkan pinjaman itu membabitkan pinjaman sebanyak RM632 juta.

"Mereka sebelum ini merupakan pelajar terbaik yang maju dalam pelajaran tetapi atas sebab tertentu pembelajaran mereka semakin merosot dan keputusan peperiksaan semester dua gagal mencapai 2.0 mengikut PNGK.

"Bagaimanapun jika mereka berjaya mendapat keputusan PNGK 2.0 ke atas dalam peperiksaan berikutnya PTPTN akan menyambung semula pinjaman tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan wang pendahuluan pembiayaan pinjaman PTPTN kepada seramai 100 pelajar kawasan Parlimen Kuala Krau yang layak memasuki IPTA dan IPTS di Jengka dekat Temerloh hari ini.

Ismail berkata, PTPTN memberi pinjaman sebanyak RM38.69 bilion kepada seramai 1.75 juta pelajar setakat ini.

Dalam pada itu katanya, PTPTN melupuskan pinjaman sebanyak RM277.99 juta kepada seramai 9,545 pelajar yang mendapat ijazah kelas pertama pada tahun lepas.

"Tindakan menyenaraihitamkan mereka yang liat membayar pinjaman diteruskan dan sehingga kini seramai 132,180 orang berada di bawah senarai berkenaan," katanya.

Katanya seramai 12,400 peminjam membayar balik pinjaman dengan kutipan berjumlah RM113.9 juta.

- Bernama

Sumber : malaysiakini

p/s : Oh. Ada syaratnya. Untuk pelajar yang dapat PNGK bawah 2.0. Jadi pada adik-adik, fighting! Do your best! Maintain your result okay. :)

Kamsamhamnida. Thank you.

Pengalaman bersama Jin VS Hantu.

السلام عليكم ورحمة وبركاته

Disebabkan sekarang aku demam nak tengok cerita hantu tapi tak kesampaian so, aku flashback balik apa yang pernah aku kena. Semalam hajat teman nak tengok Karak, tapi macam ada problem sikit. Tapi memang suspens tengok Karak. Asyik terkejut je. Aku seperti biasa kalau nampak adegan-adegan yang ada ciri-ciri untuk bagi penonton terkejut, memang tangan aku sentiasa ada di telinga. Haha.

Aku percaya hampir setiap orang ada pengalaman sendiri. Kena tindih, histeria, dan sebagainya. Kena tindih tu first time aku dengar masa aku sekolah menengah. Memang seram lah jugak. Tambah-tambah yang memang nampak terus. Tapi macam mana kalau kena kacau dengan jin Islam? Kalau bagi muslim, jumpa benda-benda keras ni, boleh lah baca ayat kursi dan sebagainya. Tapi macam mana kalau jumpa jin? Jin seperti manusia jugak. Ada yang muslim dan ada yang tak. Dan jin jugak ada nafsu, sama seperti manusia. Pernah dengar tak sejahat-jahat manusia adalah sebaik-baik jin? Itulah bukti keagungan penciptaan manusia oleh Allah. Bagi aku lah.

Okay. First sekali aku nak cerita pasal jin. Pengalaman ayah aku sendiri. Masa tu ayah aku bangun sebelum subuh. Ayah aku terdengar dengusan keras macam bunyi ular. Dalam samar-samar tu, ayah aku ternampak lembaga hitam, besar. Then apa yang aku kagum dengan slumber nya ayah aku menghalau jin tu. Cakap direct dengan jin tu supaya jangan kacau. Kalau aku? Erk. Tapi disebabkan jin jugak seperti manusia, so no use kalau kita baca ayat-ayat al-Quran. Silap-silap dia tolong betulkan bacaan kita. Demi untuk menghalau jin tu dari kacau kita, the only way kita halau dia. Cakap terus dengan dia. So, kat situ kena ada sedikit keberanian lah of course. +_+

Hantu ni pulak berasal dari syaitan. So, kita tahu memang tugas syaitan nak kacau anak cucu Adam. Tapi scary jugak lah kan. Haha. Dulu masa aku di asrama, masa tu dalam pukul 3 pagi macam tu. Aku sorang-sorang tak tidur lagi. Tiap malam macam tu. Tapi pagi tu aku dalam bilik tidur. Roomate aku dah tidur. Ada sorang kawan aku tidur sebelah aku pun tidur jugak. Then, tengah khusyuk aku melayan Doraemon ke Shin Chan, either one, aku terbau macam bunga yang dekat kubur tu. Masa tu Tuhan je lah yang tahu. Tapi aku tak tegur, biar je. Lama-lama hilang sendiri. Then, lepas dah hilang, terus aku gerakkan kawan aku kat sebelah. Haha. Esoknya baru aku cerita.

Cakap pasal duduk di asrama, aku rasa biasa lah di asrama memang benda-benda ni ada, betul tak. Dulu first year memang aku selalu tidur lambat. Hampir tiap malam aku lah juara tidur lambat. Ada jugak kawan aku pernah cerita disebabkan aku selalu tidur lambat, pernah jugak beberapa malam dia dengar bunyi kerusi di luar. Dia ignore je lah sebab memang dia yakin 100% itu aku padahal aku dah khusyuk tidur dalam bilik. Masa dia cerita tu memang dh tak duduk di rumah tu lagi. That's mean tiap malam maybe aku ada 'kawan baru' temankan aku buat kerja. Haha. +_+ Lepas tu jugak baru kitorang tahu dekat kawasan tu, memang keras sikit. Haha.

Kamsamhamnida. Thank you.

Thursday, June 23, 2011

Cerita Hantu Kelakar.

السلام عليكم ورحمة وبركاته

Ada satu masa tu aku dan roomate aku sangatlah bosan. Masa tu tahun 2 tak silap aku. Kitorang memang selalu tidur lambat. Lepas tu masing-masing 'Aku tengok kau, kau tengok aku, aku tengok kau, kau tengok aku'. Masa tu aku tengah online. Then, kitorang decide nak tengok cerita hantu. Tutup lah lampu semua. Biar gelap gitu. Nak tengok cerita hantu tak suspens kalau tengok dengan keadaan yang cerah.

Aku tak ingat website apa aku surf masa tu. Memang best website tu sebab macam-macam ada. Cakap je nak movie apa, semua ada. So, demi nak memenuhi hajat tengok cerita hantu, kitorang pilih lah movie dari thailand. Kalau cerita hantu dari Thailand ni, memang kaw punya dia bagi hantu. Haha. Maka, dalam pilih memilih tu, dah jumpa satu cerita.

Kononnya mula-mula nak jugak berasa ketakutan. 'OMG! Takotnya'. Jerit ala-ala perempuan ayu yang tengah ketakutan. Kalau ala-ala perempuan ayu, orang yang bernama ayu lah yang menjerit tu. Kalau ala-ala perempuan NurulAini, aku lah yang jerit tu. Haha. First tu, cewah! Memang khusyuk tengok dua-dua orang. Kalau ada popcorn semangkuk, memang confirm tak habis sebab focus nak tengok cerita hantu.

Then, sampai di pertengahan cerita. Cerita hantu tu sebenarnya cerita kelakar. Tak scary pun. Mula-mula je. Dalam scary pun ada kelakarnya lagi. Ada satu scene hantu tu tolong angkat someone yang pengsan rasanya ramai-ramai sekali dengan kawan-kawan manusia tu, sorang kawan dia tak perasan tu hantu. Siap boleh tanya lagi kenapa muka hantu tiba-tiba jadi buruk. Boleh bersembang mesra alam lagi dengan hantu tu. Haha. Lepas tu, cerita tu dah macam cerita Power Rangers. Siap ada kuasa power root keluar dari tangan lagi. Haha. Tapi sangat kelakar cerita tu. Cerita hantu yang kelakar. Walaupun hajat tak kesampaian nak tengok cerita hantu yang menakutkan tapi still enjoy the movie.

p/s : Malam ni aku nak tengok Karak dengan adik aku. Pause dulu drama 46 Days (Korean Drama) untuk Karak. Hehe. :)

Kamsamhamnida. Thank you.

Gambaran Hari Kiamat. Untuk peringatan semua!

السلام عليكم ورحمة وبركاته


Artikel ini aku jumpa dalam facebook. Mula-mula aku tengok, aku sendiri malas nak baca sebab panjang. Tapi once aku dah baca ayat pertama, aku baca sampai habis. Agak menyeramkan tapi sangat bagus untuk dijadikan peringatan buat kita. Wallahualam.


Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.


Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

1. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
2. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
3. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

p/s : Disebabkan aku copy dari artikel tu dan aku simpan untuk bacaan sendiri, maka aku tak dapat nak sertakan sekali orang yang menyumbang artikel ni. Moga apa yang disampaikan oleh beliau dapat kita ambil untuk dijadikan peringatan.

Kamsamhamnida. Thank you.

Haiwan yang paling digeli. Kau ada?

السلام عليكم ورحمة وبركاته


Kalau tengok dari tajuk di atas, memang sah dari segi tatabahasa Bahasa Melayu adalah menyalahi undang-undang. Dari tadi berusaha sepenuh hati untuk tidur tapi tetap tak boleh. Bergolek sana, bergolek sini, nasib baik tak bergolek terus ke bawah. Perhatian! Perhatian! Cerita di sebelah adalah rekaan semata-mata. Mana boleh bergolek kalau adik aku yang kecik sekali dah khusyuk tidur. Sengaja nak spread out yang aku tidur sopan. >,<

Kali ni aku nak kongsi haiwan apa yang paling menggelikan. Haha. Ni memang aku dah sedar yang aku memang geli dengan haiwan itu. Walaupun aku dilahirkan dalam tahun ular, tapi memang aku tak boleh nak bermesra-mesra dengan ular. Kita guna teknik imbas kembali dengan background music lagu Bonamana by SuperJunior. Beberapa tahun lepas, masa tu aku sekolah menengah lagi rasanya. Masa tu hanya ada aku, arwah mama, dan adik bongsu aku. Arwah mama aku ada di belakang, adik aku dan aku ada di ruang family. Kemudian, datanglah haiwan itu sambil menari-nari masuk ke dalam rumah. Ular air ke ular daun entah tapi yang penting size ular tu kecik je. Demi ternampak ular itu, aku dengan spontan dah tak fikir apa dah lari naik atas kerusi kat dapur. Dan pada masa yang sama, kedengaran lah suara merdu adik aku menangis. Haha. Kalau kegelian ular, macam tu lah keadaannya. Bukan ketakutan, kegelian. Sebenarnya tak takut pun (cakap besar kononnya walhal kalau dah nampak kepala ular pun, aku dah cabut dulu. Haha)

Haiwan yang kedua, jatuh kepada tikus. Tikus hitam dan ekor panjang. Dua syarat tu memang wajib ada pada tikus yang digelikan oleh aku. Jom tengok awan atas kepala aku. Pernah satu masa aku di rumah kawan aku, ada tikus hitam. Aku cari kerusi dulu. Kalau lah aku boleh panjat naik atas dinding macam dalam cerita Cicakman, memang dah lama aku ada atas bumbung rumah.  Sama lah masa aku masuk pet shop. Memang aku tak pandang tikus hitam dan tikus yang berekor panjang. Tapi, aku sangat suka hamster. Comel! Teringat-ingat hamster di rumah family angkat aku. Dulu aku tak berani pegang, tapi lama-lama aku jadik sayang dengan hamster. Ada seekor hamster tu sangat aktif. Aku tak berapa berani nak pegang sebab speed hamster tu lari sangat lah laju. Teringat-ingat aku tikus hitam. Haha.

Kamsamhamnida. Thank you.

To Facebookers. Beware!

السلام عليكم ورحمة وبركاته


Baru-baru ni, ada kawan aku post status yang sangat menyeramkan bagi semua facebookers khususnya facebookers perempuan. Dan kat sini, aku pun nak sampaikan jugak sebab aku sendiri dah menyaksikan apa yang dia cakap tu. So scary! Kepada facebookers yang nak upload gambar anda di dalam facebook, sila berfikir dua puluh kali. Ada manusia yang tak berhati perut mencuri gambar gadis-gadis dalam facebook then diletakkan dalam satu blog dengan tag yang sangat mengaibkan. Astaghfirullah. Sangat memalukan! Gambar-gambar yang dicuri tu termasuklah gambar perempuan bertudung. Jadi, berhati-hatilah anda kalau nak upload gambar. Wallahualam.

Kamsamhamnida. Thank you.

Monday, June 20, 2011

K-Drama Download : Secret Garden.

السلام عليكم ورحمة وبركاته


I've been watching Korean Drama entitled on Secret Garden. Really enjoy while watching this drama. This drama is really funny. Below is some details about this drama and the links to download. Enjoy your watching!




Title: Secret Garden
Genre: Romance, comedy, fantasy, melodrama
Episodes: 20

Cast
Hyun Bin as Kim Joo Won
Ha Ji Won as Gil Ra Im
Yoon Sang Hyun as Choi Woo Young / Oska (Joo Won's cousin)
Kim Sa Rang as Yoon Seul
Lee Philip as Im Jong Soo

Drama Synopsis
The drama tells the story of Kim Joo Won (Hyun Bin), an arrogant and eccentric CEO who maintains the image of seeming perfection, and Gil Ra Im (Ha Ji Won), a poor and humble stuntwoman whose beauty and body are the object of envy amongst top actresses. Their accidental meeting, when Joo Won mistakes Ra Im for actress Park Chae Rin, marks the beginning of a tense, bickering relationship, through which Joo Won tries to hide a growing attraction to Ra Im that both confuses and disturbs him. To complicate matters further, a strange sequence of events results in them swapping bodies. *Credit to DramaWiki for details, synopsis, and picture of Secret Garden*

Secret Garden Episodes Download
*Credit to AliceChen for the downloads*



Saturday, June 18, 2011

Cerita aku dan adik aku.

السلام عليكم ورحمة وبركاته


Masa aku nak beli satu barang ni (barang dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Hehe), kitorang berusaha dengan keras siang malam pagi petang (hiperbola) nak cari dealer yang offer the best price. Of course lah kan cari the best price sebab mano makcik nak dapek duit nak beli bondo mahal gitu. Mokcik tongah menanam anggur ni ha. Sapo nak jadi pekerja boleh lah sign in. Haha. *Iklan sebentar --> Sebenarnya teringin nak belajar pelat Nogori. Tapi kekadang dah tercampur dengan pelat nogori lain*. Benda mahal kalau dah lebih RM10 pun dah mahal bagi aku. Haha. So, dalam proses pencarian tu, terjumpa lah dua orang dealer. Next paragraph. Dah panjang beno teman punya intro ni ha.

Lepas tu, try contact first dealer tu tapi tak dapat. Off. Mesej tak delivered, call tak dapat. Then, contact sorang lagi dealer. RM49 harga tu. Ok takpe. Disebabkan duit pun belum bank in lagi, kitorang tunggu dulu. And tiap hari jugak lah dealer-dealer tu tanya. Taklah dealer-dealer. Sebab yang first dealer tu yang contact tiap hari. Ops! Before that, tak lama lepas dah deal dengan second dealer tu, first dealer tu pun muncul macam nenek kebayan dalam Cinderella. Harga dia RM39. RM10 lagi murah. Actually, kitorang takut jugak kalau kena tipu. Sebab tu hold dulu kejap before buat any decision. Then tadi, dua-dua muncul. First dealer memang tiap hari dia tanya. Second dealer pun tanya. And once again adik aku tanya balik harga dia berapa kat second dealer tu. RM35. Lagi murah dari dulu. Tapi kitorang tak tanya pun kenapa. Sekali dia suruh contact company dia iaitu nombor telefon first dealer. Haha. =.="

Before kitorang tanya tu, kitorang jadik Inspector Gadget kejap untuk tambah keyakinan kitorang untuk beli. Banyak lah jugak output yang keluar dari Google Search. As a result, ada lah increase dalam keyakinan kitorang. Lepas tu bila dapat tahu pulak dealer yang first tadi rupanya sama je dengan dealer kedua, maka tunggu minit dan saat je lah nak bank in duit Ahad ni.

Kamsamhamnida. Thank you.

Friday, June 17, 2011

Deleting.

السلام عليكم ورحمة وبركاته

I thought semua benda tu dah already settled tapi nampaknya tak seperti apa yang aku expect. Bila difikir-fikirkan, aku rasa sedih pun tak, rasa marah pun tak. Sebab aku maybe dah takde perasaan rasanya. Just terkilan jugak sikit. Email dah berbalas okay. Tapi tiba-tiba unfriend. First assumption aku, ada lagi benda yang tak settle walaupun aku dah mendiamkan diri. Maaf? Aku tak layak maafkan orang. Ada ke salah? Takdelah. Takde apa-apa pun sebab aku dah lupa semua benda tu. Dah bincang dengan baik. Ikhlas tak aku bila aku cakap ni? Ya sebab aku tak fikir semua benda tu. Just focusing on the future, apa yang bakal berlaku, apa yang aku nak buat, target aku. Takde kaitan dengan masa silam lampau lagi.

Benda yang baik-baik tu memang tersimpan lah. Mana nak carik the sweetest memory kan. Happy. Gembira. I wonder kalau sama-sama rasa benda yang sama. Ego ke? Ada jugak ego kat diri aku sebab aku dah tak berani. Pernah tak aku benci orang? Tak pernah. Aku selalu cakap benda ni, aku sayang semua. Takde terkecuali sesiapa pun. Everything yang dah jadi, apa sekalipun, aku tetap sayang. Kenapa aku macam tu? Aku tak boleh nak buat apa sebab aku macam tu. Setiap orang yang aku kenal tu sangat berharga.

Perlu ke aku tulis kat blog ni? Perlu. Sebab perhaps dia baca apa sebenarnya yang aku rasa. Kalau ada, ada lah. Kalau takde, biarlah. I'm me, a little bit different now. Sebab aku tengah belajar sesuatu yang sangat berharga sekarang. Kalau ada apa-apa, just come to me and terus terang secara baik. Nak tanya apa, tanya lah. As usual. Unless kalau aku rasa macam sedikit pelik, semalam bergembira tiba-tiba hari ni murung. Then aku akan pergi tanya.

Hindustan.

السلام عليكم ورحمة وبركاته


Dulu-dulu kalau hari Sabtu mesti semua pakat berkumpul depan tv tunggu hindustan. Aktiviti wajib lah kiranya. Hari Sabtu TV3. Hari Ahad NTV7. Memang dah atur jadual weekend untuk hindustan. Hehe. Tapi sekarang NTV7 dah takde hindustan lagi. Kalau balik kampung pun, mesti hari sabtu semua dah cop tempat masing-masing landing bawak sekali dengan bantal semua duduk depan TV. Lepas tu semua layan hindustan. Yang ada part touching sikit, ada diam-diam dok nangis sorang-sorang demi nak elakkan orang lain tengok. Maka nangis lah secara diam tanpa ada bunyi. Hehe. Ada jugak yang time orang lain dok syok tengok hindustan, tiba-tiba sunyi je. Rupa-rupanya dah sampai di India sana a.k.a tertidur. Haha.

Selalunya, yang akan menitiskan air mata tanda sedih dan tersentuh tengok jalan cerita hindustan tu memang sah-sah golongan mak-mak. Hehe. Nanti kalau ada part yang sedih, semua kepala dengan automatik nya akan beralih pada golongan mak-mak, tiba-tiba tengah dok lap airmata. Maka, terkantoi lah di situ tengah dok touching. Haha. Part kena tangkap sebab tengah menangis. Ada jugak yang tak nak mengaku tengah menangis. Hehe.


Cerita hindustan dulu sangat best. Hero Shahrukh Khan, Hrithik Roshan, Saif Ali Khan, Amir Khan dan lain-lain sampai sekarang pun cuba cakap kalau ada cerita baru yang diorang ni berlakon, mesti tak lepas tengok. Heroin Karisma Kapoor, Juhi Chawla, Madhuri Dixit, Kareena Kapoor dan lain-lain pun sama jugak. Kalau ada je cerita yang diorang berlakon, mesti tengok. Tapi mengikut pendapat golongan yang kenal Bollywood, cerita hindustan sekarang kalau menampilkan pelakon-pelakon baru dalam cerita-cerita baru, dah kurang sikit orang nak layan. Aku sendiri pun termasuk jugak. Sebab bagi aku, cerita hindustan yang baru ada jugak yang agak tak sesuai ditontonkan. Maka, sebab tu even kalau cerita lama-lama macam Dil To Pagal Hai, Kuch Kuch Hota Hai, Mohabbatein ditayangkan dalam tv, memang semua macam excited nak tengok walaupun dah berpuluh kali tengok. Hehe.


Kamsamhamnida. Thank you.

Tuesday, June 14, 2011

Angry Birds Download.

السلام عليكم ورحمة وبركاته

Kat Malaysia ni, dah jadik macam musim tak kira lah dari games hingga ke tragedi excident bagai. Masa aku first year kat universiti dulu pun macam tu jugak. Satu rumah demam main Piano and Chuzzle Deluxe. Lepas tu berjangkit bak macam kena demam campak yang semakin parah. Sekarang ni demam Angry Birds. Aku kenal game ni masa presentation Entrepreneurship dulu. Masa tu aku dah habis present pergi duduk di belakang then tengok kawan aku tengah khusyuk main Angry Birds. Sekali aku main, memang best. Kawan aku kata game tu dah lama, maka dengan spontannya respons aku, 'Wahh, kesian kat aku. Lambat dengan perkembangan games'. Haha. Tapi nasib baik jugak lah bukan aku seorang je. Lepas tu, menular habis game tu. Dah addict. Malangnya, sob sob sob. Lappy aku tak dapat nak install game tu. Entah kenapa. Dah banyak kali jugak lah aku try install. Tapi tak boleh jugak. Dah tak boleh install tu aku main-main tekan dekat setting semua pun tetap tak boleh. Terpaksa lah main dekat lappy kawan aku. Sebenarnya niat aku nak bagi link untuk download Angry Birds je. Hehe. So, sesiapa yang berminat nak try main games ni and nak download, kat bawah ni aku bagi link. Selamat bermain Angry Birds! ^_^



Kamsamhamnida. Thank you.

Monday, June 13, 2011

Nasi Goreng Pattaya.

السلام عليكم ورحمة وبركاته

Two days ago, disebabkan dah lama aku tak masak nasi goreng di rumah, aku macam teringat-ingat Nasi Goreng Pattaya. Tambah pulak waktu tu aku tengah memikirkan santapan untuk sahur aku. Ingat lagi first time aku makan Nasi Goreng Pataya ni kat Kuala Lumpur. Masa tu aku sekolah rendah lagi rasanya. So, bila dah teringat tu, maka mula lah pengembaraan kat dapur. Nasi Goreng tu aku main taram je buat disebabkan fokus utama nak makan Nasi Goreng Pattaya. Jadi, dah tak kisah lagi Nasi Goreng tu macam mana.

Nasi Goreng Pattaya. From the name itself, kita dah boleh agak mana asal Nasi Goreng Pattaya ni. Asal Nasi Goreng Pattaya ni datangnya dari Thailand. Apa yang istimewanya pasal Nasi Goreng Pattaya ni sebab dibalut dengan telur dadar. [sumber : Wikipedia]

Bawah ni gambar rupa Nasi Goreng Pattaya yang aku buat itu hari. Hehe.





Kamsamhamnida. Thank you.

Grown Up Amal Aliyah.

السلام عليكم ورحمة وبركاته


Baru lebih kurang 11 hari aku tak jumpa budak tecik bernama Amal Aliyah ni, bila aku jumpa dia balik, 'OMG! Amal semakin berkembang dengan jayanya'. Budak-budak sangat cepat proses tumbesaran. Oleh sebab proses tumbesaran dia yang semakin meningkat, maka dia umpama artis yang sangat hot yang peminat-peminat dia beratur sampai tempat parking kereta untuk mintak autograph. Berebut nak pegang dia. Tapi nasib baik jugak lah budak tecik yang bernama Amal tu tak berapa gemor orang mendukung. Jadi berbaringlah dia dikelilingi oleh orang yang setia nak jaga dia. Kalau Amal dah boleh baca, mesti kembang baca entry ni. Dear Amal, kak Nurul buat entry ni special untuk Amal ok. Tapi aku ada peluang yang lebih besar jaga Amal hari tu memandangkan orang lain agak busy. Aku dodoi budak tecik Amal tu sampai tertidur. Seperti biasa budak tecik mana yang tak comel. Rasa macam nak jadik babysitter kejap bila mak dia a.k.a makcik aku pegi keja start esok. Masa dia nak tidur tu aku sempat main-main dengan dia. Bila aku tengok dia senyum, rasa macam nak tarik pipi dia yang gebu tu. Nasib baik dia kecik lagi kalau tak pipi dia yang gebu tu kompem asyik kena cubit dengan orang. And seperti biasa, walau tak sempat, aku akan sempatkan jugak ambil gambar dia macam kakak-kakak dia dulu. ^_^










Asyik tengok gambar-gambar dia je. Nasib baik ambik. That's all for now. Thanks for reading! Kamsamhamnida~

Wednesday, June 8, 2011

Blog Makeover.

السلام عليكم ورحمة وبركاته

A while ago I was like a bit confused on what topic I wanna write about. It's almost the same everytime when I'm ready in front of the laptop or PC, wishing to write and post a new entry and suddenly all the things fade away. It's common. Okay. Without mumbling or writing a very long introduction as usual, tada! You see the difference on my blog. See? See? See? Sea? The tab and the cursor. I put a love shape beside this blog title on the tab. You know when someone like ME who really free and don't have any work to do, so the result come out like this! For bloggers whose their blogs looks nice, congratulations to them! Actually, it's not that easy to make your blog looks nice. You need to do some research, finding, and study more on the things u wanna add/edit. I'm a bit attracted to the animated banners. So, that's why I've done some findings on how to make the animated banners. I've already download the software actually. And later maybe i'll create my own animated banner. Later = without knowing and planning when I'm gonna create the banner. =.=" And the cursor too. You can see my name following the cursor. Oh ya! I've changed the colour of the chat box too. It's nice to try editing my blog. Hehe. That's all for now.

Thanks for reading!

Tuesday, June 7, 2011

Gitar.

السلام عليكم ورحمة وبركاته

Bilo den dongar muzik cenggini --> Aishiteru Menunggu by Zhiflia, den ghaso cam nak main gitar jugak. Itu hari takde lah itu sangat, kadang-kadang ini jugak sebab kejadian baru terjadi. Tapi tak boleh guna present tense jugak, harus guna past tense sebab kejadian tetap dah berlaku.  Ini lah akibatnya kesan tak tidur lagi walaupun orang lain dah tidur dah nak bangun dah pun. Dan ada juga yang dah bangun untuk sahur bagi yang berpuasa dalam bulan Rejab. *Iklan sebentar : Puasa bulan Rejab. Rejab dah masuk bulannya*

Mari kita balik ke pangkal jalan. Hari tu anak saudara (OMG! dah ada anak saudara a.k.a anak sepupu), dia belajar main gitar so my reaction was that kagum tengok dia tuning gitar tu. Actually, aku suka (walaupun tak pernah belajar dan tak tahu macam mana nak main gitar) main gitar. Perhatian, perhatian. Ayat dalam bracket tu sebenarnya boleh aja disambung di penghujung ayat tu. Tapi disebabkan dah tulis, jadi malas nak edit. Hehe. Bila dia tanya-tanya pasal gitar ni, memang aku surrender sebab aku tak tahu. I was then, okay, kena tuning dulu before main. So, dia cuba tuning. And dia main gitar tu. Main OST Stairway to Heaven (aku dengar macam lagu tu), macam bestnya okay! My younger sis then asked her belajar sendiri or class, she said both. Kalau pergi kelas, mesti ada pakai duit sikit. Jadi, kalau dah ada kerjaya sendiri, baru boleh berkira-kira nak pergi kelas belajar. Gitar sendiri pun belum ada lagi. Btw, sapa nak bagi hadiah gitar kat aku? Hehe.

Thanks for reading!

Monday, June 6, 2011

Al-fatihah

السلام عليكم ورحمة وبركاته


Baru tadi aku dapat tahu ayah kawan aku meninggal. Arwah menderita sakit kanser hidung. Semoga rohNya dicucuri rahmat Allah S.W.T dan ditempatkan bersama di kalangan orang yang beriman. Semoga kawan aku juga tabah dan kuat. Al-fatihah....

Saturday, June 4, 2011

Amal Aliyah.

السلام عليكم ورحمة وبركاته

Annyong haseyo!