Sunday, October 14, 2012

Awesome food at Kapitan

Assalamualaikum

Alhamdulillah, today I had a great time with sisters. We had the chance to have our lunch at Restoran Kapitan after performing our Zohor prayer. Selepas berpusing lebih daripada 360 degree mencari parking, ada juga tempat akhirnya. The road just similar with the one in Malacca. Kalau nak cerita pasal our journey today, kena buat separate entry. Well, tak best kalau campur dalam satu entry. Plus, all the pictures ada pada orang lain. Di mana kamera menghala, di situlah saya menempek. Itulah kerja saya. Bhahaha. Tapi bila tiba masa makan, maka memang tangan sepantas kilat yang sabung menyabung terus snap gambar untuk letak dalam blog. 

At first, we planned to have our lunch kat mee sotong. But actually during our mid year party, saya sudah sempat merasai. Mabeles! Tapi disebabkan gerai tu tutup, maka kita bertukar ke plan B. Berjalan sekitar Cornwallis dan kemudian pergi Masjid untuk solat baru menuju ke Restoran Kapitan. Oh ya by the way, segala tempat kejadian yang ada dalam 'skrip' ini adalah di Penang Island.

Restoran Kapitan ni ada dua tingkat. Maka, kepada new comers kalau rasa panas, boleh pergi ke tingkat 1 disebabkan kat tingkat atas, ada air-cond okay. Maka, sesuai dengan cuaca yang agak panas tadi plus aktiviti berjalan tadi, maka tingkat 1 memang sesuai untuk mengisi perut yang sudah mula berkeroncong lagu Upin Ipin. Sampai sahaja menu pada kami, maka saya seperti biasa, bila pilihan banyak, rasa semua sedap sampai tak tahu nak pilih apa. Bhahaha. Tapi as usual, setiap restoran mesti ada recommendation menu right. Maka, itulah menjadi keutamaan saya disebabkan saya juga adalah new comer.

Actually, Restoran Kapitan ni dah pernah masuk Jalan-jalan Cari Makan. So, bukan calang-calang restoran dan terbukti sedap! Disebabkan nama nasi ini agak panjang so harap maaf, memang tak ingat. Bhahaha. But for those yang minat cheese, memang recommended try this menu! Harganya RM11. Don't forget to ask for Tairu untuk bagi rasa masam sedikit. Nasi Beriani di Restoran Kapitan ni memang mabeles!  kata KFC, sedap hingga menjilat jari.

Nasi Beriani.... Nama panjang, tak ingat tapi menu ini termasuk dalam recommendation menu. Kuah nasi ni cheese. Mabeles!

Nasi Beriani Ayam. Besar kan ayam? Makan hari ni, simpan sampai esok macam penguin.

Selepas. Alhamdulillah.:)

Friday, October 12, 2012

Char Hor Fun

Assalamualaikum

Tadi on the way back home, boleh dikatakan hampir-hampir nak sampai dah, tiba-tiba terbayang-bayang makanan apakah yang akan dijadikan santapan. Sebenarnya sebaik masuk selekoh nampak kedai makanan sedap, tiba-tiba otak boleh memberikan jawapan yang spontan iaitu cepat bagi signal ke kanan dan berhenti! Jadi plan untuk menjimatkan duit tidak berjaya kali ini. Bhahaha.

Bila sampai sahaja, maka terus menuju ke menu. Disebabkan makanan di situ sedap, maka terasa berbelah bagi nak makan apa. Kakak mengambil order sudah berada di hadapan saya, maka mata laju mencari menu yang dirasakan sesuai dengan selera hari ini. Menu nasi goreng kampung dan telur separuh masak! Maka, bila kakak mengambil order dah habis tulis atas kertas, tiba-tiba mata tertancap pada Char Hor Fun. Nasib baik orang yang ambil pesanan itu tahu kehendak pelanggannya ini, maka terus mencadangkan Char Hor Fun. Terima kasih kakak mengambil order! Memang sedap! Saya yang kurang gemar menghirup kuah ini juga berjaya melicinkan kuah Char Hor Fun.

Sebelum ini saya dah pernah beli makanan kat kedai tu. Menu nasi goreng. Mabeles! Sebab itu tak rasa rugi bila beli makanan di situ. Nasi goreng kampung yang berharga RM4 telah bertukar menjadi Char Hor Fun yang berharga RM5. Sila jangan terkejut kerana boleh bilang dengan jari berapa kali saya beli makanan di luar kecuali fast food. Dan juga boleh dikira berapa kali saya makan di luar. Teringin mahu menjadi seperti zaman study dulu. Lepas maghrib, akan keluar dengan kawan-kawan saya makan di luar. Sambil sembang-sembang. Di Melaka sangatlah bersepah gerai makanan. Maka harus mencuba! Bila sedap, maka bila pergi kedai yang sama lagi, selalu sahaja order menu yang sama!

Oh, cerita punya cerita, silalah jamu mata anda dengan gambar Char Hor Fun yang sempat saya snap gambar sebelum makan. Maaf kualiti gambar tidak sehebat kamera DSLR disebabkan handphone murah sahaja yang mampu.:)