Friday, July 15, 2011

Kereta idaman.

Sejak dua menjak tiga menjak bila dah boleh melelapkan diri agak awal sedikit, 5.30 dah boleh terjaga dan bangun. Kadang-kadang 4.30, berangan lah kau kat atas katil tu dulu. Sambil menghabiskan stock ayam goreng ayamas, sempat buat satu entry pun cukup. Tapi apa-apa pun, tunggu ayam habis digoreng dulu. Kalau tak, nanti masing-masing boleh tengok sahaja hasil penggorengan ayam.

Saya mempunyai impian untuk membeli kereta sendiri. Eh, betul ke ayat. Sepatutnya kereta idaman saya. Yeay! Boleh masuk darjah satu buat karangan kereta idaman saya ni. Wohoo~ First time tengok kereta Suzuki Swift, rasa macam dah fall in love. Bila ada sahaja kereta Suzuki Swift yang lalu sebelah, tengah parking, mata takkan beralih dari memandang kereta tu. Okay, saya tipu. Kalau asyik pandang kereta swift yang diparking, agaknya apa pandangan owner kereta tu kan. -.-"

Itu kalau ada duit, boleh beli. Kerja, kumpul duit, boleh beli. No money, no talk please. Kalau tak, berangan sahaja tiap hari. Tak pun siapa nak hadiahkan saya kereta tu? Sila hadiahkan kereta lain sebab saya teringin membeli kereta Suzuki Swift dengan duit sendiri. Haha. Sebenarnya teringin nak pakai kereta macam lexus yang tinggi tu. Sebab best drive kereta tinggi. Perasaan lain. +_+ Tapi, itu kita simpan untuk kereta impian jangka sederhana okay. Jangka pendek, kereta Suzuki Swift. Jangka panjang? Wah, panjang nak memikirkan.

Colour kuning yang sangat menawan!

Tapi, dah jatuh hati juga pada warna biru ni.

Warna putih dah berkenan dari dulu lagi.

Nak semua lah. Boleh?

Kamsamhamnida. Thank you.

No comments: