Friday, October 28, 2011

Being a teacher is nice.

Assalamualaikum

Dulu masa sekolah rendah, memang tak pernah terfikir future job yang menjadi pilihan hati. Hanyalah doktor dan juga guru. Dua itu sahaja yang berlegar di minda. Bila cikgu tanya cita-cita, hanya akan membentuk dua group. Satu doktor dan satu lagi guru. But, as I grew up, the choice is actually bukan juga tergolong dalam dua profession tersebut.

When I finished my study, memang dah terfikir nak hantar resume bagai, of course menghantar. Tapi untuk bekerja, seriously I'm not prepared. Tak bersedia untuk bekerja dalam bidang yang diceburi. Tambah pula bila ayah cakap duduk di rumah dulu. Sebab dah 4 tahun merantau jauh, akhirnya dapat juga duduk di rumah lama-lama. Then, selepas raya, barulah bertungkus lumus mencari kerja. And I realised that kerja sekarang amatlah susah.

Alhamdulillah, I was given the chance to become a teacher. Untuk satu jangka masa. Walaupun tak berkaitan dengan bidang yang diceburi tetapi betullah kata orang, teaching is a profession yang sangat sesuai dengan women. Ditambah pula bagi wanita yang sudah berkeluarga. Sambil mengajar anak, juga mendidik anak bangsa. Cewah!

Rezeki jangan ditolak. Selepas ada offer, dah tak fikir apa lagi, terus sahaja accept. Bidang teaching ini nampak macam senang tetapi tidak sebenarnya. Personally, saya sangat mengagumi guru-guru. Orang kata, experience itu mengajar segalanya. And yes, saya juga tak terkecuali.

Secara personal, saya mengakui walaupun sangat ramai student dan berhadapan dengan ragam yang bermacam-macam, tapi mereka boleh membuat anda tersenyum. Walau macam mana anda melarang mereka tapi di awal atau akhir sesi pengajaran, mereka akan datang and they would say,"Teacher, tak segak lah teacher pakai spek!", "Wahh! Tingginya kasut teacher". Some of them would come to you and hug you and said,"Comelnya teacher hari ni!". Dan tak kurang ada yang akan cubit pipi anda seperti bermain-main dengan seorang baby. Kids are awesome! And I love them so much!

Well, setiap pekerjaan itu ada benda yang sangat awesome untuk diingati.

Thanks for reading!

Tuesday, October 18, 2011

When the day is a moody day.

Assalamualaikum

Kadang-kadang mood tak berapa nak betul, jadi akan mempengaruhi expression muka. Monyok semacam sahaja. Sebab-sebabnya, kita tungguuu dulu. And the reason is different for different people for different day for different time. Biasalah tu! Semua orang macam tu. Tetapi, perempuan selalu dikaitkan dengan waktu ABC. ABC atau nama panjang Allah Bagi Cuti. Kau hado? Depends on that person.

Bagi working people, boleh jadi sebab tak cukup tidur. Muehehe. Mengantuk. Penat. Kena marah dengan bos. Tak sihat. Banyak kerja. Stress. Tolong sediakan satu kertas so that I can listed out all the reasons. All the reasons can be the reason for us untuk tiba-tiba muka menjadi masam dan tak bersemangat. Rasa-rasa kalau boleh letak kertas pH itu, mesti kalah asid kuat. Negative! Okay, saya tipu.

Assume that the reason for you to be unhappy on that time is that you're really tired. Too many works to do. Walk around the bush. Eh! And imagine that the time you go to bed and take your nap. Gila heaven! Tambah-tambah kalau dirasakan panahan air-cond. Terus tidur tak sedar diri. Bantal yang lembut dan tilam yang empuk. Oh, memang lah sangat heaven. Tak pun duduk di kerusi Osim yang beriban itu. Terpancar sinar kegembiraan semula. Gila tak happyyy!!!!

Kalau banyak kerja pula, duduk rehat sekejap dan imagine that the work already finished! Dan datanglah semangat. Kalau siapkan awal, maka jadual menyiapkan kerja pun awal juga. Then, disebabkan khusyuk sangat sangat sangat buat kerja, maka tiba-tiba bila pandang ke atas, rasa macam 'mata aku okay lagi tak, ke dah senget sebelah'. Dan lepas siapkan kerja, kejar laju-laju ke rumah dan tidur. Hodoh sungguh tabiat! Asal gaji masuk masyuk punya. Boleh pergi Pavillion and window shopping. Yeay! Duit tak guna! Nak simpan duit pergi jumpa Super Junior! Sanggup tahan tengok barang-barang cantik sebab nak jumpa Super Junior. Sanggup, sanggup.

Bagi student pula, banyak assignment, test tak dapat buat, tak ready untuk pop quiz dan tak dapat jawab tapi boleh bincang. Tapi tapi, kalau dah settle semua assignment, dah tak tunggu lama lagi. Keluar enjoy, hang out dengan kawan-kawan. Heaven lagi! Dah tak terfikir apa yang bakal datang.

Tapi, kalau test tak dapat buat, kecewa! Maka keazaman yang datang untuk membalas dendam bagi test seterusnya atau pun final. Kononnya. Masa masih ada. Siang malam berjaga demi study. Kemudian time lecturer tengah bagi lecture, tiba-tiba terdengar suara orang 'krohh, krohh' di belakang. Nasib baik lecturer jenis tak kisah jadi boleh tidur sampai next class. Tidak bermakna lagi kalau study siang malam dan tidur dalam kelas. See? Tidur memang heaven.

Jom tidur!

Thank you for reading!

Art itu seni

Assalamualaikum

Kalau dah nama hobi, memang tak lepas. Introduction yang main-main dengan suspens lagi. Tapi kalau dah baca title tu, memang dah tak suspens. Apa pun tak boleh. Boleh kait hobi dengan seni maka akan jadi hobi saya seni! Salah satu. Sebab tiada lah bermakna kalau tiap hari melukis. Kalau dah kangen bangat sama seni, baru lah pensel kayu diingatkan kembali. Kalau tak, memanjang pensil picit colour pink yang dah berzaman menabur jasa dan bakti. Sayang sungguh!

Malas nak upload gambar. Dan memang tidak akan 'ping' entry juga. Sebab this entry more to personal life. Tak kuasa haku nak ping, kata beliau. Suka-suka taip tanpa usul periksa, eh, salah. Heh! Teringat ada satu masa bila lecturer suruh melukis. Aku lukis kau, kau lukis dia, dia lukis aku. Sebab 3 orang, maka ada watak aku, kau dan dia. Wah, cinta 3 segi ni. Eh, tiada kaitan adik beradik. Continue balik. Bukan main khusyuk yang tak berapa nak khusyuk melukis. Memang best!

Tak tahu minat bermula dari mana. Gediknya kau! Tapi kadang-kadang bila dah pegang pensel walaupun pensel picit, jadi pensel itu akan menari-nari a.k.a acara melukis dimulakan. On one fine day, petang-petang macam itu, maka adik-adik dan sepupu sepapat akan jadi model sambilan tak bergaji. Seronok rasanya melukis.  Eh, ini masa dulu. Sekarang dah tak kuasa dua nak mencari model lagi. Snap gambar, melukis. Kita harus memanfaatkan teknologi yang sedia ada. Hehe.

I am nobody, tak macam orang yang pandai melukis. Hanya melukis sebab hobi sahaja. Woh, ayat sedih. Kau hado? Banyak benda yang nak belajar lagi and sampai ke sudah pun tak sudah-sudah kalau belajar. I wish to draw one view. Pantai. I love pantai so much. Laut. Tengok hujung sana. View pantai atau laut sangat lah cantik. Dengan awan yang meluas. Putih membiru. Eh, kan dah keluar ayat novel. Tapi I really fall in love with the view.

Teringin juga nak melukis hanya menggunakan pensel. Toksah warna pensel, toksah! Kalau bab mewarna ini, memang harus diberikan peluang pada adik-adik. I prefer to draw rather to colour all the things. Eh, tapi nanti sekejap nak cerita pasal warna mewarnai ini. Teman nak kata, teman teringin nak melukis guna pensel dulu. Hehe. Oh, cantiknya.

About colouring pula, teringin nak guna water colour. Macam bapa saudara saya draw view pada dinding rumah beliau. Sangatlah artistik! Dan cantik! *Kagum* Colour blend. Anything about colouring. When I saw lukisan yang guna water colour, I just being amazed. How wonderful the drawing. And I will stare every inch (super hyperbola) on the drawing. Amati dengan khusyuk colour yang digunakan. Sangat cantik!

Best bukan kalau ada segala peralatan untuk melukis dan dah boleh mengaplikasikan teknik colouring guna water colour dan melukis pakai pensel. *Dreaming sekejap*

Thanks for reading!

Sunday, October 16, 2011

Jasamu dikenang.

Assalamualaikum

Petang-petang begini tiba-tiba teringatkan seseorang. Seseorang yang sangat berjasa. Banyak bagi nasihat, bimbingan, semangat dan dorongan. Suspens betul lah. Saja nak buat introduction panjang-panjang sebab kata nak buat novel sendiri memang berkurun pun belum tentu siap. Jadi, mari mencurah-curahkan idea pada blog. Entry ini tiada kaitan adik beradik dengan idea. Sebab entry ini lebih kurang macam nak dedicate pada someone. Orang lain dedicate song, saya buat entry ini.

Okay, tanpa berlengah-lengah lagi. Eh! Actually someone itu adalah lecturer saya masa study di Matrikulasi dulu. Alhamdulillah, kerana beliau, maka sedikit sebanyak mempengaruhi masa depan saya a.k.a bidang yang menjadi pilihan hati jantung.

Dulu, time sekolah, bila dah nama sains tulen, maka tulen lah juga otak ini. Some people prefer subjek yang jenis membaca dan some pula yang jenis mengira. Me of course love everything about number. Eh, sebenarnya ini ada kaitan sikit-sikit sahaja. Biologi kita tolak tepi siap-siap. I hate Biology! Tak mahu kawan! Okay, seriously memang minat saya lebih kepada mengira. Sains Tulen ada 3 subjek sains. Kimia and Physic yang lagi dua.

Lepas itu, masuk matriks, we need to choose sama ada nak Sains Fizik or Sains Hayat. Then, of course lah I choose Sains Fizik. Semester pertama lebih kepada menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran. Then, semester kedua, she's taught us. Tutor. Beliau seorang yang peramah. Entah macam mana saya boleh rapat dengan beliau. Disebabkan kepala otak masa itu sedikit kompleks, maka setiap benda termasuk lah hukum sains, I will ask 'kenapa macam ni', 'kenapa boleh jadi macam ni'. That's my problem. Rasa macam nak cuci otak so that fikiran macam tu takkan menjelma.

And one day, I had the chance to talk to her. Hey, banyak chance. And bila tengah berdiskusi itu, then I know. Beliau banyak mengajar saya, bagi saya semangat. Dan pilihan bidang juga beliau banyak beri tunjuk ajar pada saya. Alhamdulillah, result Fizik memberangsangkan. I didn't expect I will get such result. Bila dah tahu result Fizik that morning, terus call beritahu puan.

Alhamdulillah. Sampai masuk universiti juga, I know how to handle fikiran begitu. Thanks to her. Actually I lost contact with her. Handset tiba-tiba pun macam hilang arah tuju, maka contact dalam tu tak dapat dilihat. Even so, hope she's fine there. And perhaps one day, I can meet her again. Thanks Puan Zainah for your guidance.

Thank you.