Saturday, June 15, 2013

Hoki.

Assalamualaikum

Tetiba teringat memori indah tentang perlawanan hoki beberapa tahun dulu. Ececece. Memang lah ini merupakan memori indah semasa study degree. Ditambah pula bila melipat baju FKE (Fakulti Kejuruteraan Elektrik) yang tak pernah lari dari tema orange tadi. Sebabnya ikut tema building fakulti masing-masing dan FKE tentulah warna orange. Setiap building kaler lain-lain okay.

Seperti biasa bila ada AJK yang dipertanggungjawabkan dalam mencari peserta dan menampal poster kat ruang notice board tu, maka saya dan BFF saya (beliau ini pernah masuk MASUM), kemain semangat nak join. Beliau pernah ajak saya masuk MASUM tapi disebabkan masa tu time cuti je confirm nak balik kampung disebabkan peluang nak balik kampung dalam satu semester hanyalah dua kali sahaja maximum, maka memang tak masuk MASUM. So, kita join aktiviti universiti habis-habisan. Heshes.

Time hari perlawanan, entah macam mana, peserta tak cukup, maka dengan sepantas kilat, saya call classmates, ajak join. Disebabkan ayat yang dilontarkan untuk memujuk kakak-kakak itu sangat lah menusuk ke kalbu, kekeke, maka, mereka datang dengan segera! Wahh, sporting sangat akak-akak kelas saya. Bermain dengan penuh semangat! Boleh dikatakan hampir satu team tu, adalah classmates saya. Oh by the way, saya tak pernah ada experience main hoki. Just masa sekolah dulu, pernah pegang kayu hoki and main ala-ala perempuan melayu terakhir saja.

So, first perlawanan tu, saya dengan paksa hati jadi goalkeeper. Kekeke. Kena paksa jadi goalkeeper okay. Then, masuk perlawanan kedua iaitu tengah hari masa matahari membahang tu, saya masuk padang. Alhamdulillah, dari perlawanan pertama, memang semangat satu team main. Menang kalah tak kisah sangat sebab kebanyakannya memang main without experience, dan main memang suka-suka. Tapi, terharu sebab tengok semangat satu team. So, masuk perlawanan kedua, entah macam mana kayu hoki pasukan lawan kena hidung akak kelas saya dan berdarah.

Maka, satu team pergi klinik secara berturutan. Dengan kata rasminya, lepas tu kitorang dah tak masuk perlawanan seterusnya. Bila pergi klinik, of course bila dengar akak kelas saya berdarah hidung, saya memang tak fikir apa dah, just nak sampai klinik cecepat dan tengok keadaan beliau macam mana. Tapi, bila saya tanya keadaan beliau, beliau menangis. Dan saya kebingungan. Maka, saya pula bertambah cemas. Ingatkan beliau sakit tapi rupa-rupanya beliau rasa terharu kalau ada orang begitu ambil berat pasal beliau. So sweet la akak! :) Jadi, saya berada jauh sikit dari beliau takut air terjun Lata Iskandar beliau makin laju turun. Kekeke.

Setelah insiden, disebabkan semua pun bermain dengan gigih dan perut pun mintak diisi, ada orang mencadangkan supaya lunch di Ayam Penyet. Maka, di situlah kami akhirnya bergembira.

Terima kasih sudi membaca!