Saturday, April 20, 2013

Bila pemanggil adalah annoying!

Assalamualaikum

Tengah marah ni, marah niiiiiiii!! Recently, tak sangat lah recently tu, tapi suam-suam lagi lah, ada lah satu nombor entah datang dari pelusuk mana (sebab marah sangat), tetiba call saya. Disebabkan saya tengah buat apa entah masa tu, kira kerja juga lah kan, dan masa itu juga dah tukar profile handset kepada profile yang biasa digunakan ketika berada di luar dan di rumah iaitu berdering, maka agak annoying bila berdering sebanyak 5 kali? Okay fine, mungkin adakah si pemanggil mempunyai emergency? Jawapannya tidak kerana,..........................

Sebelum tu, nombor yang sama pernah call juga, then berlaku lah perbualan berikut:
Saya: Assalamualaikum. Nak cakap dengan siapa?
Pemanggil: Ni siapa?
(Jangan harap saya nak bagitau nama panggilan sekali pun kalau takdak hala tuju nak cakap dengan siapa!)

Saya: Ini siapa? Nak cakap dengan siapa? *Masih berlembut
Pemanggil: Ini siapa? *Masih lagi bertanya
Saya: Ini siapa? Nak cakap dengan siapa? *Masa ni dah mengalami perubahan nada suara
Pemanggil: Ini orang la. (dengan nada suara yang agak annoying lagikkkkk!)
Saya: *Terus letak telefon sebab masa tu kat ofis.

Dan ada juga sekali tu, disebabkan saya tak begitu mengambil berat sebab tak sangka dia akan call lagi sekali, at the end of the perbualan, I end up with the warning. Ohho. Amatlah tak suka diperlakukan begitu. This is not the time anymore betul tak? Dulu I can accept orang nak main-main call nak kacau walaupun kawan sendirik but not now! I have lots of works to do rather than nak layan orang macam tu. Biasanya orang yang call banyak kali bila kita tak jawab adalah orang yang betul-betul ada emergency nak bagitau kita. I take it seriously. Kalau orang tak dapat reach saya, saya akan call then if I got such an answer like above, rasa macam %#@#&!!

By the way, bukan dengan call tu sahaja, got the SMS too. Dengan bahasa yang sangat lah bertaburan, disuruhnya saya buang longkang sahaja handset saya. Eh eh dia ni. Saya tak dapat agak siapa dia dan tiada keinginan nak tahu siapa, tapi dari bahasa yang dituturkan, sama ada orang itu adalah foreigner atau pun someone yang saya kenal dan berniat mahu kenakan saya. Tapi kalau ku tahu siapa kau, ku tak kira siapa kau, orang ku kenal ke orang tak kenal ke, ku memang direct cakap terus gak kat situ. Woi, takdak keja ke? Dan bla bla bla.

Dah ada tips baru neh kalau orang tak dikenali dengan sengaja main tembak-tembak nombor dan buat-buat nak tanya nama. Memang nak kono la ekau!

Terima kasih sudi membaca! ^_^