Thursday, December 29, 2011

Pasar Malam.

Assalamualaikum

Esok hari Khamis, yeah! Motif? Saja suka-suka. Sila abaikan. Penuh bersawang blog tapi labah-labah tak nampak pun. Jangan salahkan labah-labah di atas lama tak melawat, eh tak, tulis entry baru. Labah-labah tak bersalah. Eh, huruf 'h' susah nak tekan. Bayangkan perkataan tanpa huruf 'h'. Pesanan sebelum taip, 'Sila makan dulu so that boleh tekan huruf 'h' dengan sekuat hati. Nasib baik tak jadi hhhhhhhhhhati. Kehkehkeh.

Siapa tak pernah pergi pasar malam, sila jawab sendiri. Kalau jawab pun, tiada sesiapa dapat mendengar unless you have someone with you. Fine, fine, fine. Pasar malam itu ibarat syurga makan. Banyak makanan. Depends on banyak tak gerai yang ada. Depends lah kannnnnnnn. Sesiapa yang tengah lapar, memang bahaya. Ibarat tengah berpuasa pergi bazaar Ramadhan. Macam-macam ada. Kata pakcik itu. Pakcik Anon.

Tapi tiap-tiap minggu pun mesti ramai orang di pasar malam. Tak kisah ramai macam mana, akan tetap dijejaki pasar malam itu. Dalam kes-kes tertentu. Kalau duit tak ramai, buat-buat lupa hari itu ada pasar malam. In certain case juga. Ada banyak lagi sebab. Tak pun sebab dah lama tak makan 'Yong Tau Foo', sanggup tunggu walaupun ramai. Sanggup, sanggup. 'Yong Tau Foo' di sebelah utara Semenanjung, kuah berbeza dengan selatan Semenanjung. Di selatan sana, ada sup. Lain, lain. Apa-apa pun, dua-dua best!

Disebabkan tiada rezeki nak makan akok-akok itu hari, maka dengan berbesar hati pergi pasar malam jauh di sana nak tengok ada tak akok-akok. Fine, fine. Alhamdulillah, rezeki. Jadi excited bukan main sebab dah jumpa akok-akok. Rasa nak beli sahaja semua disebabkan susah nak jumpa. Tak baik, tak baik, nanti tak habis, tak baikkkkkkkkkk. The second reason is that thinking of the money would turned out to negative. Kalau keluar pergi exercise, sila jangan bawa duit banyak-banyak sebab nanti mesti menyesal tak sudah-sudah sebab dah tambah balik apa yang dibuang. Okay, fine!!!!

Among us, Laksam is quite a famous must-buy-food bila pergi ke pasar malam. Terbaik dari ladang!! And for me, moi sup special. Wohhohhh! Ada meatball kau. Kelassss. Tapi, kena makan slow-slow sebab banyak juga. Plus, makanan bersup memang lah cepat kenyang. One thing I noticed is that, some of pakcik, makcik, kakak, abang, adik yang meniaga di pasar malam berlainan tempat berlainan hari tu orang yang sama. So, bila nak beli moi sup special, dah tahu nak beli kat siapa. Yeay! Tapi, best bukan pergi pasar malam? *smile*

Thanks for reading..!

Wednesday, December 21, 2011

Cerita Kasut Merah

Assalamualaikum

Hi peeps! That day, bila ramai-ramai gather kat ruang tempat family berkumpul, eh, bukan ramai bermaksud pakcik makcik sepupu anak saudara semua kaum kerabat duduk berkumpul, tak tak. Macam biasa, family termasuk adik beradik dan ayah. Sambil tengok tv sambil sembang-sembang. Tiba-tiba.. 

Well, sometimes saya rasa macam obsessed sikit dengan warna merah. Sebab.. Sebab I don't know tapi nampak menarik. But not all time saya suka merah. Kalau rasa menarik, memang akan jatuh cinta. Tapi time study, obvious juga saya obsessed dengan warna merah. Pencil case, beg, I think it was just a coincidence. At first I didn't realised macam most of my stuffs warna merah atau pun adik beradik dengan warna merah. Tapi, bila some of my friends mentioned about that, only then I realised.

Sambung balik cerita. My father told us. Time tu saya dengan adik saya sahaja, time tu kecik lagi. Adik yang dua orang lagi belum ada lagi. My younger sister rasanya time tu baby lagi. Eh, banyaknya lagi!!! Sila potong mana yang tak berkenaan. Erk? Dulu time ayah kerja, selalu juga kursus. Best woh! Sebab sometimes satu family boleh ikut. Kira macam makan angin juga lah. Tapi masa tu ayah sahaja pergi berkursus. Arwah mama, saya dan adik di rumah. Ayah call and saya angkat. Takj sangka saya cakap pada ayah saya nak kasut merah. Erk? Oh!~ Time tu kecik lagi dah mintak kasut merah. MERAH! M-E-R-A-H. Siap cakap warna lagi. Memang dah suka merah dari kecik lah macam tu. No wonder lah. Hehe.

Tapi sekarang, kalau orang tanya what is my favourite colour, they need to change their questions, what are my favourite colours sebab rasa macam putih, purple, hijau, biru, brown, black, dan semua warna yang ada saya minat. Merah tetap ada. Merah again? Okay, fine, I admit that saya minat merah. Well, masa kanak-kanak ribena sangat best bukan?

Thanks for reading!


Tuesday, November 15, 2011

The first trial of macaroons.

Assalamualaikum.

Well, since event at workplace habis awal, jadi jom kita buat entry. Sekarang dah datang balik semangat waja untuk buat entry. Oh, hai iklan sampingan. Teringat pula novelis yang superb, kaya dengan idea untuk menulis. We as readers memang membaca cepat sahaja. Tapi I know the feeling of completing the novel. Memang terasa best! Congrats to them!

That day, when I got the chance to go to Sungai Petani, memang peluang untuk mencuba macaroons tak dilepaskan. Susah woh! Satu dalam 365. 365 itu means the total days of one year atau bahasa simple satu tahun. Peluangnya sekali dalam setahun. Even pergi Sungai Petani, kadang-kadang tak berkesempatan nak pergi cuba. Before this, dah pernah tulis entry pasal macaroons kat sini. Memang lah tergoda tengok macaroons. And untuk kesekian kali tengok gambar macaroons, dan for the first time dapat juga merasa macaroons. Oh yeah!

Later I'll upload the pics okay. Sebab the pics still in camera punya memory card. You know that bila gambar dah hampir memenuhi ruang memori, baru lah diberi ilham untuk transfer to laptop. Oh ya, macaroons ni before this, ramai juga yang order secara online. Tapi kalau dah tak sabar, boleh try cari di Village Mall. Tingkat 2. Nama kedai French...... Tak ingat yang di belakang tapi ada French something di belakang. Macam-macam filling ada. Harga pula ada yang RM4 dan ada yang RM4.20. Macaroons ni rasanya manis sikit tapi tetap sedap! Dan rupanya juga cantik! Berwarna-warni. Filling pun macam-macam. Di kedai tu, selain macaroons, ada makanan lain lagi. Contohnya, kek. Satu slice RM10.

Lepas ni, boleh beli macaroons banyak-banyak! ^_^

Thank you for reading!

Monday, November 14, 2011

Plant VS Zombie.

Assalamualaikum

Since laptop tersayang tak dapat nak men'download' Angry Bird, then we need to have other games in mind so that taklah kebosanan melanda ke tahap maksimum. Sedih woh! Tak dapat download Angry Birds. Dah bermacam dibuat tapi tetap tak boleh. Itulah namanya yang dikatakan memang tak dapat bermain. Suratan yang tertulis dan takdir yang menentukan. Wahh! Semenjak dua menjak tiga membaca novel, ayat pun dah macam novel.

Itu nanti kita cerita lain. Teringin lah juga rasa nak buat review pasal novel. Best tak best, belakang tabir. Disebabkan citarasa orang lain-lain. But, setakat sekarang, dua buah novel yang baru dibeli setelah berkurun berabad lamanya tak membeli novel, respons nya --------> best! Well, kelakar juga. Eh, dah tersesat sampai ke mana ni. Nak cakap pasal games tapi dah masuk bab 2. Hehe.

Plant VS Zombie

Attack the zombies!!

Kat pool pulak!
Tak tidur malam-malam demi menjaga rumah dari zombies.

Okay. Asal usul saya tahu pasal game ni tak lain tak bukan, eh, bukan-bukan betul! Well, that day my youngest sister download the game then play. At first, I was just ignore, just asking her a little bit about the game. Tak menunjukkan sebarang tanda-tanda pelangi gembira nak main the game. Then, tiba-tiba, di workplace, there's a kid play the game. Oh, macam best! Lepas itu, balik rumah, terus main and now, I'm addicted! About 3 days I took the time to finish every level of the game. 3 days! And now, masuk second round sebab dah banyak weapon yang dah dapat.

Alright, for those who have the desire to play the game like crazy just like me, here the link. Nanti tengok bawah okay. I will give the link. Now, I'll explain first how to download. Click the link, then hit the download menu. Before that, please make sure you have winrar cause you need to extract the file. And after that, mainlah puas-puas sampai lebam mata. Have fun!

Download Link: Plant VS Zombie

Thank you for reading this!

Friday, October 28, 2011

Being a teacher is nice.

Assalamualaikum

Dulu masa sekolah rendah, memang tak pernah terfikir future job yang menjadi pilihan hati. Hanyalah doktor dan juga guru. Dua itu sahaja yang berlegar di minda. Bila cikgu tanya cita-cita, hanya akan membentuk dua group. Satu doktor dan satu lagi guru. But, as I grew up, the choice is actually bukan juga tergolong dalam dua profession tersebut.

When I finished my study, memang dah terfikir nak hantar resume bagai, of course menghantar. Tapi untuk bekerja, seriously I'm not prepared. Tak bersedia untuk bekerja dalam bidang yang diceburi. Tambah pula bila ayah cakap duduk di rumah dulu. Sebab dah 4 tahun merantau jauh, akhirnya dapat juga duduk di rumah lama-lama. Then, selepas raya, barulah bertungkus lumus mencari kerja. And I realised that kerja sekarang amatlah susah.

Alhamdulillah, I was given the chance to become a teacher. Untuk satu jangka masa. Walaupun tak berkaitan dengan bidang yang diceburi tetapi betullah kata orang, teaching is a profession yang sangat sesuai dengan women. Ditambah pula bagi wanita yang sudah berkeluarga. Sambil mengajar anak, juga mendidik anak bangsa. Cewah!

Rezeki jangan ditolak. Selepas ada offer, dah tak fikir apa lagi, terus sahaja accept. Bidang teaching ini nampak macam senang tetapi tidak sebenarnya. Personally, saya sangat mengagumi guru-guru. Orang kata, experience itu mengajar segalanya. And yes, saya juga tak terkecuali.

Secara personal, saya mengakui walaupun sangat ramai student dan berhadapan dengan ragam yang bermacam-macam, tapi mereka boleh membuat anda tersenyum. Walau macam mana anda melarang mereka tapi di awal atau akhir sesi pengajaran, mereka akan datang and they would say,"Teacher, tak segak lah teacher pakai spek!", "Wahh! Tingginya kasut teacher". Some of them would come to you and hug you and said,"Comelnya teacher hari ni!". Dan tak kurang ada yang akan cubit pipi anda seperti bermain-main dengan seorang baby. Kids are awesome! And I love them so much!

Well, setiap pekerjaan itu ada benda yang sangat awesome untuk diingati.

Thanks for reading!

Tuesday, October 18, 2011

When the day is a moody day.

Assalamualaikum

Kadang-kadang mood tak berapa nak betul, jadi akan mempengaruhi expression muka. Monyok semacam sahaja. Sebab-sebabnya, kita tungguuu dulu. And the reason is different for different people for different day for different time. Biasalah tu! Semua orang macam tu. Tetapi, perempuan selalu dikaitkan dengan waktu ABC. ABC atau nama panjang Allah Bagi Cuti. Kau hado? Depends on that person.

Bagi working people, boleh jadi sebab tak cukup tidur. Muehehe. Mengantuk. Penat. Kena marah dengan bos. Tak sihat. Banyak kerja. Stress. Tolong sediakan satu kertas so that I can listed out all the reasons. All the reasons can be the reason for us untuk tiba-tiba muka menjadi masam dan tak bersemangat. Rasa-rasa kalau boleh letak kertas pH itu, mesti kalah asid kuat. Negative! Okay, saya tipu.

Assume that the reason for you to be unhappy on that time is that you're really tired. Too many works to do. Walk around the bush. Eh! And imagine that the time you go to bed and take your nap. Gila heaven! Tambah-tambah kalau dirasakan panahan air-cond. Terus tidur tak sedar diri. Bantal yang lembut dan tilam yang empuk. Oh, memang lah sangat heaven. Tak pun duduk di kerusi Osim yang beriban itu. Terpancar sinar kegembiraan semula. Gila tak happyyy!!!!

Kalau banyak kerja pula, duduk rehat sekejap dan imagine that the work already finished! Dan datanglah semangat. Kalau siapkan awal, maka jadual menyiapkan kerja pun awal juga. Then, disebabkan khusyuk sangat sangat sangat buat kerja, maka tiba-tiba bila pandang ke atas, rasa macam 'mata aku okay lagi tak, ke dah senget sebelah'. Dan lepas siapkan kerja, kejar laju-laju ke rumah dan tidur. Hodoh sungguh tabiat! Asal gaji masuk masyuk punya. Boleh pergi Pavillion and window shopping. Yeay! Duit tak guna! Nak simpan duit pergi jumpa Super Junior! Sanggup tahan tengok barang-barang cantik sebab nak jumpa Super Junior. Sanggup, sanggup.

Bagi student pula, banyak assignment, test tak dapat buat, tak ready untuk pop quiz dan tak dapat jawab tapi boleh bincang. Tapi tapi, kalau dah settle semua assignment, dah tak tunggu lama lagi. Keluar enjoy, hang out dengan kawan-kawan. Heaven lagi! Dah tak terfikir apa yang bakal datang.

Tapi, kalau test tak dapat buat, kecewa! Maka keazaman yang datang untuk membalas dendam bagi test seterusnya atau pun final. Kononnya. Masa masih ada. Siang malam berjaga demi study. Kemudian time lecturer tengah bagi lecture, tiba-tiba terdengar suara orang 'krohh, krohh' di belakang. Nasib baik lecturer jenis tak kisah jadi boleh tidur sampai next class. Tidak bermakna lagi kalau study siang malam dan tidur dalam kelas. See? Tidur memang heaven.

Jom tidur!

Thank you for reading!

Art itu seni

Assalamualaikum

Kalau dah nama hobi, memang tak lepas. Introduction yang main-main dengan suspens lagi. Tapi kalau dah baca title tu, memang dah tak suspens. Apa pun tak boleh. Boleh kait hobi dengan seni maka akan jadi hobi saya seni! Salah satu. Sebab tiada lah bermakna kalau tiap hari melukis. Kalau dah kangen bangat sama seni, baru lah pensel kayu diingatkan kembali. Kalau tak, memanjang pensil picit colour pink yang dah berzaman menabur jasa dan bakti. Sayang sungguh!

Malas nak upload gambar. Dan memang tidak akan 'ping' entry juga. Sebab this entry more to personal life. Tak kuasa haku nak ping, kata beliau. Suka-suka taip tanpa usul periksa, eh, salah. Heh! Teringat ada satu masa bila lecturer suruh melukis. Aku lukis kau, kau lukis dia, dia lukis aku. Sebab 3 orang, maka ada watak aku, kau dan dia. Wah, cinta 3 segi ni. Eh, tiada kaitan adik beradik. Continue balik. Bukan main khusyuk yang tak berapa nak khusyuk melukis. Memang best!

Tak tahu minat bermula dari mana. Gediknya kau! Tapi kadang-kadang bila dah pegang pensel walaupun pensel picit, jadi pensel itu akan menari-nari a.k.a acara melukis dimulakan. On one fine day, petang-petang macam itu, maka adik-adik dan sepupu sepapat akan jadi model sambilan tak bergaji. Seronok rasanya melukis.  Eh, ini masa dulu. Sekarang dah tak kuasa dua nak mencari model lagi. Snap gambar, melukis. Kita harus memanfaatkan teknologi yang sedia ada. Hehe.

I am nobody, tak macam orang yang pandai melukis. Hanya melukis sebab hobi sahaja. Woh, ayat sedih. Kau hado? Banyak benda yang nak belajar lagi and sampai ke sudah pun tak sudah-sudah kalau belajar. I wish to draw one view. Pantai. I love pantai so much. Laut. Tengok hujung sana. View pantai atau laut sangat lah cantik. Dengan awan yang meluas. Putih membiru. Eh, kan dah keluar ayat novel. Tapi I really fall in love with the view.

Teringin juga nak melukis hanya menggunakan pensel. Toksah warna pensel, toksah! Kalau bab mewarna ini, memang harus diberikan peluang pada adik-adik. I prefer to draw rather to colour all the things. Eh, tapi nanti sekejap nak cerita pasal warna mewarnai ini. Teman nak kata, teman teringin nak melukis guna pensel dulu. Hehe. Oh, cantiknya.

About colouring pula, teringin nak guna water colour. Macam bapa saudara saya draw view pada dinding rumah beliau. Sangatlah artistik! Dan cantik! *Kagum* Colour blend. Anything about colouring. When I saw lukisan yang guna water colour, I just being amazed. How wonderful the drawing. And I will stare every inch (super hyperbola) on the drawing. Amati dengan khusyuk colour yang digunakan. Sangat cantik!

Best bukan kalau ada segala peralatan untuk melukis dan dah boleh mengaplikasikan teknik colouring guna water colour dan melukis pakai pensel. *Dreaming sekejap*

Thanks for reading!

Sunday, October 16, 2011

Jasamu dikenang.

Assalamualaikum

Petang-petang begini tiba-tiba teringatkan seseorang. Seseorang yang sangat berjasa. Banyak bagi nasihat, bimbingan, semangat dan dorongan. Suspens betul lah. Saja nak buat introduction panjang-panjang sebab kata nak buat novel sendiri memang berkurun pun belum tentu siap. Jadi, mari mencurah-curahkan idea pada blog. Entry ini tiada kaitan adik beradik dengan idea. Sebab entry ini lebih kurang macam nak dedicate pada someone. Orang lain dedicate song, saya buat entry ini.

Okay, tanpa berlengah-lengah lagi. Eh! Actually someone itu adalah lecturer saya masa study di Matrikulasi dulu. Alhamdulillah, kerana beliau, maka sedikit sebanyak mempengaruhi masa depan saya a.k.a bidang yang menjadi pilihan hati jantung.

Dulu, time sekolah, bila dah nama sains tulen, maka tulen lah juga otak ini. Some people prefer subjek yang jenis membaca dan some pula yang jenis mengira. Me of course love everything about number. Eh, sebenarnya ini ada kaitan sikit-sikit sahaja. Biologi kita tolak tepi siap-siap. I hate Biology! Tak mahu kawan! Okay, seriously memang minat saya lebih kepada mengira. Sains Tulen ada 3 subjek sains. Kimia and Physic yang lagi dua.

Lepas itu, masuk matriks, we need to choose sama ada nak Sains Fizik or Sains Hayat. Then, of course lah I choose Sains Fizik. Semester pertama lebih kepada menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran. Then, semester kedua, she's taught us. Tutor. Beliau seorang yang peramah. Entah macam mana saya boleh rapat dengan beliau. Disebabkan kepala otak masa itu sedikit kompleks, maka setiap benda termasuk lah hukum sains, I will ask 'kenapa macam ni', 'kenapa boleh jadi macam ni'. That's my problem. Rasa macam nak cuci otak so that fikiran macam tu takkan menjelma.

And one day, I had the chance to talk to her. Hey, banyak chance. And bila tengah berdiskusi itu, then I know. Beliau banyak mengajar saya, bagi saya semangat. Dan pilihan bidang juga beliau banyak beri tunjuk ajar pada saya. Alhamdulillah, result Fizik memberangsangkan. I didn't expect I will get such result. Bila dah tahu result Fizik that morning, terus call beritahu puan.

Alhamdulillah. Sampai masuk universiti juga, I know how to handle fikiran begitu. Thanks to her. Actually I lost contact with her. Handset tiba-tiba pun macam hilang arah tuju, maka contact dalam tu tak dapat dilihat. Even so, hope she's fine there. And perhaps one day, I can meet her again. Thanks Puan Zainah for your guidance.

Thank you.

Thursday, September 15, 2011

Lexus is yummy!

Assalamualaikum

Bagai tertarik oleh daya tarikan magnet, maka lepas entry pertama selepas 'cuti lama' di'post'kan, muncul pula entry kedua. Setelah beberapa hari 'MC' dari blog. Sebelum ini, dah berkali-kali 'kau tengok aku, aku tengok kau' tak sudah-sudah nak meluahkan idea tapi setiap kali itu juga bagai terhenti di tengah jalan. Eh, tak boleh berhenti tengah jalan. Harus melintas hingga ke seberang sana. Baru lah selamat.

Fine! Tengok dari tajuk entry, mesti ramai dah tahu, apakah itu lexus. Biskut lexus, biskut. Okay, fine! Bila tengok lexus dipamerkan di Tesco, tiba-tiba memang mata tak boleh lepas pandang. Sebab awan di atas kepala tiba-tiba muncul terkenangkan keenakan biskut lexus. Well, it comes in dua jenis cream kalau tak silap. Seperti biasa, I would choose yang colour purple sebab chocolate! Memang dari dulu dah jatuh cinta dengan chocolate. Tapi another one which is cheese cream pun sedap juga.

Cheese Cream
Chocolate cream
Kejadian yang biasa dikaitkan adalah mostly time study dulu. Not only me. Sebab biskut ini juga menjadi pilihan ramai orang. Wah, boleh jadi promoter lexus. Tapi, memang betul biskut ini sedap. Time tengah nak rushing gila (gila ke rushing?) untuk menyiapkan assigment bagai, tangan akan curi-curi juga ambil biskut ini. Tak sempurna assignment kalau tiada biskut or snack or something untuk dikunyah.

Kalau petang-petang tengah rest ramai-ramai, memang heaven kalau ada teh o panas, dan biskut. Masa petang yang dirasakan 'Oh, janganlah cepat berlalu'. *Sangat lah over tak mahu petang berlalu walhal tak sabar menanti malam sebab malam is equal to rest yang paling lama dalam sehari*.

Kalau pergi membeli barang yang dah kehabisan stock di rumah sewa or hostel, memang bahagian biskut takkan lepas mostly. Buat tawaf di bahagian biskut. Demi memikirkan biskut apa yang menjadi idaman hati. Once dah merasa biskut lexus, memang tak lepas. Best! Maka, tak hairan kalau biskut lexus berlegar-legar di pekarangan minda.


Kamsamhamnida. Thank you.

Wednesday, September 14, 2011

Aiskrim Malaysia.

Assalamualaikum

Dalam khusyuk dengan iklan aiskrim yang macam-macam ada di kaca televisyen, aiskrim Malaysia tetap tak dilupakan. Murah dan juga boleh dibuat sendiri. Buat Milo satu Jug dan kemudian lawan masukkan dalam plastik aiskrim Malaysia. Lepas dah beku, keraskan gigi untuk makan. Challenge ni, challenge. Mencabar gigi. Gigi sensitif? Gunalah Sensodyne. *Tiba-tiba*

Kalau tengah beristirehat bersama keluarga dan cuaca juga agak panas, maka kerongkong dah mula kering, jadi di samping sky juice, demi untuk memenuhi rasa mengidam, ambil basikal pergi beli aiskrim Malaysia. Macam-macam flavour. Cakap sahaja nak apa. Milo, asam, jagung. Antara flavour yang memang selalu ada. Dan asam lah the first winner among all the flavours. Sebab tengok asam sebiji dalam plastik ais tu, maka hati tertarik penuh minat.

Kalau beli, biasanya RM0.20. Jadi, kalau RM1, dah boleh beli lima bungkus. Tapi selalunya aiskrim Malaysia akan dirasai bila keluarga besar ada bersama. Baru best! Beli satu plastik, jadi ambil sahaja flavour apa yang disukai. Yang selebihnya, akan disimpan disebabkan sekejap lagi ada yang akan mencari lagi. Kalau gigi tahan dengan cabaran sejuk, maka memang tak serik-serik makan lagi.

Kadang-kadang, masing-masing juga akan asah skill sendiri untuk buat aiskrim Malaysia. Ada plastik dan air yang dah dibancuh. Itu sahaja bahan yang diperlukan. Cukup satu jug, dah boleh tahan beberapa hari. Sementara tunggu aiskrim Malaysia disejuk bekukan, masing-masing asyik tengok jam pukul berapa untuk nak pergi jenguk ais buatan sendiri. Kalau dah sejuk beku, masing-masing akan gembira sebab dah boleh makan aiskrim Malaysia. Yeay!


Aiskrim Malaysia.

Variety of Aiskrim Malaysia.

Kamsamhamnida. Thank you.

Friday, August 26, 2011

Sahur.

Assalamualaikum

Time belajar, kadang-kadang dah tak bangun makan sahur. Hanya meneguk air. Eh, kira sahur jugalah. Tapi sekarang, keadaan dah lain. Sebab sahur sangat penting. It just like our breakfast. Breakfast sangat penting! Even kurma sebiji dua sekali pun, haruslah mengambil sedikit makanan untuk tenaga. Penting, penting!

Dulu, masa kecil-kecil, disebabkan belajar berpuasa, maka bersahur dengan nasi bersama telur goreng dan kicap. Dah berselera makan sahur macam berbuka juga. Eh, tak. Tiada kaitan dengan zaman kanak-kanak ribena. Sebab kadang-kadang juga terasa makan sebegitu boleh membuka selera. I like kicap. Ditambah pula telur separuh masak. Telur goreng. Memang best!

Kadang-kadang lebihan dari berbuka dipanaskan dan dibuat sahur. Tak baik membazir tahu. Kebiasaannya akan memasak lebih untuk disimpan buat bersahur. Dan lepas selesai segala, maka suara berkumandang merdu memanggil adik-adik. Lampu harus dibuka, kalau tak, mesti terkejut masuk bilik kembali tengok aksi spiderman. Eh, tak. Saya tipu.

Sepanjang Ramadhan tahun ini pula, sama ada memanaskan lebihan berbuka tadi. Tadi? Confuse I! I mean, masa berbuka. Atau pun buat nasi goreng mahu pun makan roti. Selepas itu, air akan diminum bergelen-gelen demi mengelakkan dehydration.

Air diminum bergelen-gelen. Harus cukup 8 gelas sehari!

Bersahur tak macam berbuka. Juadah untuk bersahur juga lebih simple. Sebab masa itu setiap orang dengan muka comel baru bangun dari tidur anyonyonyo. Berbuka sedikit meriah dengan kehadiran juadah utama, bersama sayur, dan juga kuih. Kurma dan air tak dilupakan.

Kamsamhamnida. Thank you.

Macaroons.

Assalamualaikum

First time dengar macaroons ni sebab one of my friend cakap pasal ni. At first, I really thought it was macaroni, but the spelling totally different! So, I saw some photos. I was just like 'Oh, apakah ini?'. New things a.k.a makanan yang rare sebab tak pernah jumpa lagi. Berwarna warni dan di tengah-tengah ada filling. *Jakun sebentar*


Tower of macaroons versi kalerpul

Rupanya macaroons dah mula mengambil tempat di hati rakyat Malaysia. My sis also cakap dia dah pernah try macaroons. Okay fine. Saya tak pernah try lagi. One day I will, insyaAllah. Eh, lupa nak mention, kejakunan itu berlaku lama dahulu. *Saja nak melepaskan diri* Tapi betul! *Dengan muka simpati wink wink* I asked some friends and they also didn't know. Memang ada juga sesetengah akan cakap 'Macaroni kah' just like me before.

So, I made some researches. Cewah! *Tiba-tiba rasa sangat seronok menjadi ahli saintis yang buat kajian pasal something. Duduk dalam makmal* -----> Iklan tiada kaitan dengan cerita ini. Back to the topic, macaroons ni asalnya makanan orang French. Mereka makan as a snack masa petang hari di kala menonton televisyen. Eh, tak. Tiada kaitan dengan menonton televisyen. Hanyalah setakat petang hari sahaja.

Apa yang menarik pasal macaroons sebab berwarna warni. Cantik sahaja tengok various colour. Even warna favourite kau pun ada. Eh, macam semua sahaja favourite colour. And also, dia ada filling di tengah-tengah. Ada juga rakyat Malaysia yang buat bisnes dengan macaroons. Sangat laku. People are searching for that. Ada yang order berkotak-kotak. A successful business to do. *Kagum*

Di Malaysia, ada juga kelas untuk membuat macaroons. Apa yang saya tahu, buat macaroons ini sedikit leceh. Maybe dalam proses pembuatan macaroons itu sendiri. That's why sesiapa yang ada skill dan pandai buat macaroons ini sangat laku. Filling macaroons ni, 'Ya Rabbi, memang menjadi idaman hati juga lah' sebab sangat banyak jenis filling. Tambah-tambah bila tahu ada chocolate filling. Terbayang-bayang di mata.


Different colour of macaroons with different filling.

Macaroons. (+_+)

Manufacturing process of macaroons. Hehe.

Haruslah try macaroons!

Ada juga dalam heart shape.

Kamsamhamnida. Thank you.

Thursday, August 25, 2011

Duit raya.

Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik sekejap sahaja Ramadhan al-Mubarak berlalu. Seterusnya umat Islam bakal menyambut hari Raya Aidilfitri. Maka persiapan dari segi juadah kuih dan sebagainya in the progress. Baju raya pun tunggu untuk dipakai sahaja. Nasib baik kesedaran diri masih tinggi, kalau tak, mesti dah berangan seorang diri di hadapan cermin menggayakan baju baru. Bukan saya tahu!

Kids especially semestinya akan bertepuk gembira tanda Raya bakal menjelma. Baju raya, kasut raya, tudung raya bagi yang perempuan, semua lengkap. Tak lupa membeli atau menyediakan beg duit raya. Duit raya tu nak simpan dalam Tabung Haji. Sungguh murni niat itu. Kids tak fikir untuk membeli gadget lagi. Dulu. Kanak-kanak dulu bila nampak laptop pun dah teruja yang amat. Kanak-kanak sekarang dah expert bab-bab teknologi. Zaman dah berubah.

Kanak-kanak sangatlah menggemari hari raya. Duit raya takkan dilupakan. Maka bila pergi menziarah ke rumah sanak saudara dan rakan taulan, beg akan sentiasa dibawa. Bila dah banyak, excited mahu kira walaupun 1+1 masih lagi menjadi 3.

Di kampung, sangat famous a group of kids datang beraya ke rumah orang kampung. Sebab misi utama adalah untuk mengumpul duit raya. Kadang-kadang tak menyempat nak masuk ke rumah, just datang beraya di luar sahaja. Tapi, selalunya kena juga masuk beraya dan minum makan apa yang terhidang. Hehehe. Kena lah makan minum dulu di rumah sebelum dapat duit raya. Wajib!

Beberapa hari sebelum raya, bank akan dipenuhi dengan orang ramai demi untuk menukar duit. Untuk duit raya. Maka, duit raya yang diberi pada kanak-kanak akan berbau duit baru. Keras lagi duit itu. Nak lipat pun sayang. Tapi kadang-kadang kalau nampak gula-gula, duit raya yang disayangi itu tetap lah terkorban demi membeli gula-gula tersebut.

Bukan kanak-kanak sahaja yang dapat duit raya, remaja dan even dewasa pun ada juga yang masih dapat duit raya. Yeay! Tapi bila dah besar, bila orang dah bagi duit raya, sememangnya terasa segan yang amat. Malu katanya. Dalam memberi duit raya, sampul juga sangatlah penting. Maka, akan menjadi teka teki jumlah duit raya tersebut. Sangat lah happening kanak-kanak. Innocent!

Kamsamhamnida. Thank you.

Tuesday, August 16, 2011

Kad raya.


Assalamualaikum

Time-time macam ni selalunya people always getting busy to send card. Especially kids. Before raya, most of the kids bertukar-tukar alamat rumah untuk menghantar kad. Kalau keluar dengan parents, mesti lah akan spend masa untuk membeli kad raya. Bila stock dah habis, akan ada the next time untuk membeli kad lagi since the recipient also dah di'list'kan. Good job, kids!

As time passes dan zaman internet juga mulai famous, even kids nowadays also baru berusia 8 tahun dah ada akaun facebook. Disebabkan itu maka kemudahan internet digunakan sebaik mungkin untuk wish Selamat Hari Raya. SMS pun siap yang berpantun dan diforwardkan. Tak perlu mengarang panjang-panjang and hanya forward sms sahaja.

Walaupun macam tu, kad raya tetaplah juga diingati. 'Kain buruk, kain merah, tulisan buruk, jangan marah' is an example of pantun. Berpantun tahu! Mengarang kad raya sampai tak cukup page. Colourful demi memuaskan hati. Mengerah segala kreativiti yang ada pada diri. Inilah masanya untuk menunjukkan bakat masing-masing. Bakat terpendam katanya.

Sebelum mengarang ayat, dah siap-siap berfikir ayat apa yang bagus untuk ditulis. Test dulu pen untuk tengok sama ada ink cantik meletup atau tak. Kalau tak memuaskan hati, selongkar bekas pensel parents untuk cari pen yang cantik walhal pen yang pertama tadi juga pinjam dari parents. At the end of the card, akan ada signature. Perkara yang wajib!

Kalau ada siblings, masing-masing akan beli satu atau dua packet of cards. Lawan menulis masing-masing demi nak hantar pada kawan-kawan sekolah dan juga cikgu-cikgu. Then, berlawan siapa yang dapat kad paling banyak. Girangnya hati kalau dapat kad raya. Mengumpul buat khazanah but at the end terpaksa juga buang sebab rumah dah penuh dengan buku. Nostalgia indah semua itu.

Kad raya.

Kad raya lagi.
Ada juga yang buat kad sendiri. Lebih senang dan cepat. At the beginning of the card making sahaja akan melibatkan kreativiti. Untuk design kad. Kecil-kecil dah pandai design. Bijak, bijak. Then, bila dah siap, hanya print seberapa banyak yang mahu. Makcik kayo, makcik kayo! Kaya dengan kad yang banyak.

Next, lepas habis mengarang ayat dan design card adalah acara menulis alamat atas envelope. Word 'Kepada' akan digantikan dengan word yang lebih kreatif such as '4U DC2' a.k.a 'for you di situ' dan '4U 2C' a.k.a 'for you to see'. Dengan sifat ketelitian (kononnya) yang ada, demi menjaga kelurusan alamat, maka line akan dilukis terlebih dahulu dengan pensel. Dah habis segala proses-proses kad raya, masing-masing mengira duit untuk beli setem. Budget harus ada demi merealisasikan aktiviti menghantar kad raya. Then, selesai lah segala!

Kamsamhamnida. Thank you.

Monday, August 15, 2011

Hebatnya air putih.

Assalamualaikum

Air adalah penting untuk kita. Bukan kita manusia sahaja, tapi untuk tumbuhan dan juga haiwan. If you were given the chance to choose either water or electricity, what would be your choice? Well, as for me, I'll choose both of them. Tapi kalau diberi pilihan, I would rather choose water. Eh, boleh pula kau memilih-milih. Tak, I just wanna show you how importance they are.

The cause of cancer can be also banyaknya toksin dalam badan. Disebabkan toksin dalam badan tidak dibuang sepenuhnya. Cancer tahu! Selain itu, air putih juga sangat baik untuk jantung. Pokoknya dong, emangnya air putih memang sangat bagus gitu. Untuk kesihatan. Kalau mengalami sakit lutut juga, one of the factor is that kurangnya air dalam badan. Disebabkan air tak sampai ke bahagian kaki.

Untuk nak membuang segala toksin, maka air juga boleh menjadi satu pencegah. Mencegah lebih baik dari merawat bukan. Amalan minum air bukanlah hanya 'Eh, dahaga air lah'. It's not like that. Bila dahaga, baru lah nak mencari air. Nope! Air sepatutnya diminum selalu. Bukannya depends on faktor kita dahaga. Kita disarankan minum 8 gelas air setiap hari tahu!

Air suam juga sangat hebat dalam menjayakan sesebuah diet. Disebabkan fungsi air suam membersihkan segala kotoran yang ada dalam badan. Selain itu, air juga membantu dalam sistem pencernaan. Sesiapa yang ada sembelit, air juga boleh membantu. Sila dapatkannya sekarang di rumah anda sendiri. Hebat bukan? Kalau anda sedang dalam proses minum produk pelangsingan badan juga, you'll need a lot of water. The experts also will recommend us to drink more water.

Untuk sesiapa yang mengidamkan bibir yang sentiasa lembab, jadi anda harus berkawan baik dengan air putih. Apabila air putih diutamakan, maka anda bolehlah berasa sedikit lega dari masalah kulit kering dan kedut. Kedut? Tua sebelum usia. Tiba-tiba ada stranger tanya, 'Umur berapa?'. Maka anda dengan bangganya menjawab 20+ something. Can you imagine if the stranger replied,'Oh, ingatkan dah 30+'. (-.-")

Itulah antara fungsi plain water yang sangat hebat. Dalam membuang toksin dalam badan, air akan berfungsi membawa segala toksin melalui sistem perkumuhan. Maka, apabila terasa mahu membuang air kecil, harus dibuang segera disebabkan toksin tersebut berupaya diserap kembali naik ke atas. Amaran keras demi menjaga kesihatan dan kecantikan! Minum air putih dengan banyak sangatlah penting disebabkan untuk membuang segala air lama dalam badan serta menggantikan dengan air yang baru. Jadi, jom minum air bergelen-gelen!

Air putih.

Setenang air di laut. Eh, dalam gelas.

Kandungan air dalam badan. You are what you drink!

Kamsamhamnida. Thank you.

Wednesday, August 10, 2011

Tips : Memerahkan bibir.

Assalamualaikum

Bibir selalu dikaitkan dengan seksi. Adakah sudah terbias dengan Angelina Jolie yang dikaitkan dengan bibir yang seksi. Habis tersedak Angelina Jolie nanti. Well, it's one part of our body. Eh, kat muka lah. Ini bukan cubaan, ini betul-betul. Eh, ini tiada kaitan dengan nak besarkan bibir atau plastic surgery bagai. Natural beauty okay natural beauty unless kalau ada masalah. Ini bab mahu memerahkan bibir.

Saya wonder lah juga kenapa orang yang tak smoke pun, bibir mereka ada kawasan yang gelap macam awan yang gelap tanda nak hujan. I mean that, tak merah seperti sepatutnya. Dah lama fikir sampai berjanggut, maka buat lah sedikit research. Maka, sharing is caring section is here.

Bibir yang gelap sebenarnya bukan sebab smoking sahaja, tapi kurang vitamin juga. Well, I'm not going to discuss in detail pasal bibir, penyebab bibir jadi gelap, estrogen bagai, tapi just benda-benda basic sahaja. Wahh, discuss tahu. Dah macam forum juga. Kulit bibir ni nipis sahaja jadi penggunaan lipstick juga sebenarnya mempengaruhi. Kalau nggak secocok, bisa bikin bibir gelap. Kalau pakai, jangan lama-lama. Dan bersihkan bibir daripada sebarang lipstick sebelum tidur. Tips untuk mengenal pasti lipstick sesuai atau tidak, calit di kulit belakang telinga dan biarkan selama 24 jam. Kalau rasa gatal, maka lipstick tersebut tidak sehaluan dengan anda.

Itu serba sedikit pasal penyebab bibir jadi gelap. Sebenarnya banyak sangat tips macam mana nak memerahkan bibir. Tapi di sini, saya share dua tips yang simple dan senang nak buat.

Bibir merah tanpa lipstick.

Tips memerahkan bibir:

1. Sapukan madu pada bibir. Biarkan selama 15 minit. Selepas itu, bilas dengan air. Boleh juga kalau dibiarkan. Terpulang pada tuan punya badan. Takut kalau-kalau tiba-tiba rombongan semut datang melawat sahaja. Lakukan setiap malam sebelum tidur.

2. Sapukan ubat gigi pada bibir sebelum mandi. Biarkan selama 3 minit. Ubat gigi bukan sahaja berfungsi untuk memerahkan bibir, malah boleh juga untuk membuang lipstick yang ada di bibir.

Tips tambahan:

1. Tingkatkan amalan pemakanan sayur-sayuran dan buah-buahan.

2. Say NO to smoking.

3. Pakai lip balm setiap hari lebih-lebih lagi bila anda mahu keluar rumah.

4. Jangan menjilat bibir. Amalan menjilat bibir hanya akan menyebabkan bibir bertambah kering.

5. Elakkan pemakaian lipstick yang berlebihan dan terlalu lama.

6. Bersihkan bibir dari sebarang lipstick sebelum tidur.

7. Untuk tujuan menjaga kelembapan bibir, pakai pelembap bibir tanpa warna sebelum tidur.

8. Gosok bibir perlahan-lahan selepas menggosok gigi. Amalan ini boleh menanggalkan sel-sel lama pada bibir dan juga melancarkan peredaran darah.

Tips-tips ini bukan sahaja untuk wanita tahu, untuk kaum lelaki juga. Selamat beramal!


Kamsamhamnida. Thank you.

Tuesday, August 9, 2011

Nice song ever! Park Bom - You and I.

Assalamualaikum

A nice song to listen to. This one is in remix version. Here also the lyric and english translation. Enjoy watching, listening and even singing this song! (^____^)


Lyrics

No matter what happens
Even when the sky is falling down
I'll promise you
That I'll never let you go

You naega sseureojilddae
Jeoldae heundeullimeopsi
Ganghan nunbicheuro
Myeotbeonigo nal ileukyeojweo

And you, na himae gyeoulddae
Seulpeumeul byeolang kkeutkkaji ddo uhgimeopsi
Chajawa du son japeun geudaeyegae

*Nan haejoongae eopneundae
Chorahan najiman
Oneul geudae wihae I norae booleoyo
Tonight geudaeye du noonae
Geu miso dwiae nalwihae gamchweowatdeon
Apeumiboyeoyo

When we're together
It just feels so right
Ibyuliran maleun never
Geu nuga mweorahaedo nan geudael jikilgae

When we're together
Nae du soneul nochijima
Annyoungiran maleun never
Naegae I saesangeun ojik neo hanagiae*

You maneun sarangcheoreom
Oori sarang yeokshi jogeumssik byunhagaetjyo
Hajiman jaebal seulpeo malayo
Oraen chinhan chingu cheoreom
Namaneul mideulsuitgae gidaelsuitgae
I promise you that I'll be right here, baby

*Repeat

Waeroun bami chajaolddaen
Na salmyeosi nooneul gamayo
Geudaeye soomgyeoli nal aneulddae
Mueotdo duryeopji anjyo
E saesang geu eoddeon nugudo
Geudaereul daeshin halsueopjyo
You're the only one
And I'll be there for you, baby

When we're together
It just feels so right
Ibyuliran maleun never
Geu nuga mweorahaedo nan geudael jikilgae

When we're together
Nae du soneul nochijima
Annyoungiran maleun never
Naegae I saesangeun ojik neo hanagiae

Just you and I
Forever and ever


English Translation

No matter what happens
Even when the sky is falling down
I'll promise you
That I'll never let you go

Oh~~~Oh~~Oh~~~oh~~Oh~~~oh~~Yeah~~~

You, When I fell
you held me back up with an unfaltering gaze

And You, through those sad times
held my hands till the end of the world

I might be a shabby person who has never done anything for you
But today, I am singing this song just for you
Tonight, within those two eyes and a smile
I can see the pains from protecting me
You and I together. It's just feels so right
Even though i bid you goodbye, to me this world is just you
You and I together, don't ever let go of my hands
even though i bid you goodbye, to me this world is just you

Our love has changed a bit by bit just like others
But don't be sad
Hopefully I will be someone who you can trust like an old friend
and someone you can lean onto
I promise you that I'm be right here baby

I might be a shabby person who has never done anything for you
But today, I am singing this song just for you
Tonight, within those two eyes
and smile I can see the pains from protecting me
You and I together. It's just feels so right
Even though i bid you goodbye, to me this world is just you
You and I together, don't ever let go of my hands
even though i bid you goodbye, to me this world is just you

I close my eyes lightly whenever I feel lonely again
I no longer fear when your breath holds me
No one in the world can replace you
You are the only one in I'll be there for you baby

You and I together, It's just feels so right
Even though i bid you goodbye, to me this world is just you
You and I together, don't ever let go my hands
even though i bid you goodbye, to me this world is just you

Just you and I
Forever and ever..

p/s: At the end of the video, there are some note from the boy while he draw Park Bom is sleeping. It means that "I'm sorry I couldn't be there for you".

Source: Park Bom - You and I lyrics and english translation

Kamsamhamnida. Thank you.