Sunday, October 31, 2010

Setiap kejadian ada hikmahnya..

Memang sakit bila cinta yang kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yang bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja.. tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNya.

2. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita menjadi penilai yang baik.

3. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah

4. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

6. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk memahaminya.

7. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita menjadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

8. Memang Allah sengaja menemukan kita denagn orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. Memang Allah sengaja menemukan kita denagn orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Oleh itu..wahai sahabat2 yang kecewa, menderita dan sengsara kerana lumrah manusia yang ingin disayangi dan menyayangi, sedarilah bahawa sesungguhnya SETIAP KEJADIAN ADA HIKMAHNYA..

Percayalah bahawa sesungguhnya Allah malu untuk menolak permintaan hambaNya yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNya..Allah lebih mengetahui apa yg terbaek untuk hambaNya..Akan tiba suatu masa nanti dimana kita bertemu dengan jodoh yang ditetapkanNya kerana beliau lah yang dipilih oleh Allah terbaek untuk kita..