Thursday, July 7, 2011

Faedah menonton drama korea buat NurulAini.

السلام عليكم ورحمة وبركاته

Hahaha. Gelak dulu before proceed. Buat entry ditujukan untuk diri sendiri. Tapi kalau baca balik, faedah menonton drama korea. Sebabnya tambah buat NurulAini di belakang tu. Ha, moh mokcik nak cito. Mokcik suko bona tengok drama korea. Lagi-lagi lepas habis belajar. Nak kerja, tempat aku agak susah nak cari kojo. Lagipun, peluang yang ada digunakan sebaik mungkin untuk merehatkan diri. Jadi, sambil-sambil merehat, kumpul koleksi drama korea.

Apa yang aku dapat bila aku menonton drama korea? First of all, aku dah jatuh cinta dengan korea. Atau dalam kata lain, aku suka sebenarnya korea. Apa pun yang ada kaitan adik beradik, sepupu sepapat , ikan sepat dengan korea. Minat bermula sebab aku tengok drama korea. First drama aku mula minat kalau tak silap aku Winter Sonata. Tapi memang dah lama. Disebabkan tengah study lagi, aku kurangkan aktiviti bercinta dengan korea. So, sekarang bila dah ada masa sikit, dah boleh sambung cinta dengan korea. Hehe.

Then, bila aku tengok drama, disebabkan tak faham bahasa Korea dan merujuk pada english subtitle, secara tak langsung aku boleh menambah sedikit vocabulary English aku. Kalau tengok drama korea, most of the time kalau aku rasa translation dia sedikit susah, encik google akan sentiasa jadi peneman. Demi nak memahami jalan cerita. Jadi, dapat lah menghayati drama tu.

Bila aku tengok drama korea, secara tak langsung jugak, boleh belajar sikit-sikit bahasa dan budaya masyarakat korea. Makanan, tempat dia. Then, bila dah ada duit, dan bila ada rezeki, boleh lah jalan-jalan cari makan kat Korea. I wish that I could have the chance to visit Korea. +_+ --> Mata berkaca tanda semangat nak pergi tapi belum ada fulus lagi. Haha. Satu benda yang aku sangat suka pasal budaya masyarakat Korea, diorang akan tunduk bila diorang jumpa seseorang tanda hormat. 'Kimbap'. Satu jenis makanan masyarakat Korea. Tengok drama, macam best je diorang buat. Lagi, cara pemakanan diorang. Diorang makan nasi berasingan dengan lauk pauk. Atau dalam kata lain, diselang seli. Selain itu, kadang-kadang, diorang akan ambil satu lauk dan letak dalam mangkuk orang yang tengah makan bersama diorang. Aku tak pasti kenapa tapi rasanya itulah cara diorang nak merapatkan hubungan antara satu sama lain. Bahasa pulak yang mudah-mudah je, yang selalu disebut. Contoh, annyong, kamsamhamnida macam tu sahaja. I wish I could learn their language. Hiks!~

Ingredients untuk membuat 'Kimbap'

Tadaa! 'Kimbap' yang sudah siap

Kamsamhamnida. Thank you.

1 comment:

Eymasu said...

sedap kimbap nie..kalau dah buat jgn lupa hantar kat saya jugak..hehe..(^_^)