Sunday, July 10, 2011

Minnie Mouse.

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Hari itu hari tak ingat. Adik bongsu aku mintak tolong aku lukis. Untuk homework dia yang kena disiapkan. Disebabkan ada dua benda yang perlu dilukis, maka dia mintak tolong aku untuk lukis satu benda. Benda apa ya? Tengok di tajuk dah tak surprise lagi apa yang aku lukis. Haha. Minnie Mouse. Itulah benda yang aku kena lukis untuk dia.

Disebabkan daya imaginasi aku tak berapa tinggi, maka aku meng'google search' satu image Minnie Mouse. Dengan pilihan hati adik aku, maka akhirnya terjumpa satu image Minnie Mouse untuk dilukis. Lukis punya lukis, dan akhirnya siap juga akhirnya. (^__^)

Minnie Mouse

Gambar Minnie Mouse versi tak full

Sebenarnya aku minat jugak melukis. Tapi melukis secara suka-suka sahaja. Dan bila aku melukis, aku kena ada 'reference' untuk aku melukis. Contohnya, untuk melukis Minnie Mouse ni, aku cari satu gambar Minnie Mouse then baru aku boleh lukis. Macam jugak kalau aku melukis manusia. Pernah aku melukis sepupu aku dan adik aku, depa yang jadi model duduk depan diam-diam bak patung barbie. Itulah reference yang dimaksudkan.

Bila lepas sahaja lukis Minnie Mouse ni, of course yang mewarnai warna-warna kehidupan lukisan di atas adalah adik aku. Sebenarnya adik aku minat melukis. Selalu jugak dia masuk pertandingan melukis kat sekolah dia dan menang. Itulah orang cakap kalau buat berdasarkan minat, memang kita akan buat dengan bersungguh-sungguh.

Kamsamhamnida. Thank you.

No comments: