Saturday, July 16, 2011

Bas.

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Tiba-tiba bila lalu sebelah bas, teringat dulu masa sekolah menengah dengan bas tu lah berulang alik dari rumah. I used to live at hostel once upon a time. Tapi time sekolah menengah, rasa nak duduk rumah lebih kuat.

Bila duduk di rumah, kena berkorban sikit dari segi masa. 5.45 atau 6 pagi bangun mandi, bersiap, subuh semuanya, dan selepas tu tunggu bas di hadapan rumah. Bas datang tak tentu. Kadang-kadang awal, dan kadang-kadang lambat. Jadi, kadang-kadang saya akan sampai awal di sekolah dan kadang-kadang lambat.

Disebabkan masuk sekolah pukul 7.30 pagi. Dan habis pada pukul 1.55 petang if tak silap. Then bergegas ke stesen bas untuk naik bas pukul 2.30 petang. Dah boleh sampai rumah pada pukul 3.00 petang. Bersemangat balik awal ke rumah sebab kalau tak, bas seterusnya pukul 4.30 petang. Jumaat ayah ambil. Yeay!

Time form 5, time paling kemuncak. Selalunya petang akan ada kelas tambahan. Then, kadang-kadang balik lambat. Bas 6.30 petang. Then, of course sampai rumah pukul 7.00 petang. Pergi gelap, balik pun dah nak gelap. Hehe. Time form 5 lah sangat penat. Tapi itu semua pengalaman. Dan time sekolah menengah juga saya mula belajar berdikari.

Kamsamhamnida. Thank you.

No comments: