Sunday, July 31, 2011

Redha.

Something yang aku harap aku dapat buat long time ago. Keikhlasan diri dan keterbukaan hati. Alhamdulillah. Sempena Ramadhan al-Mubarak bulan yang mulia dan juga tempoh masa untuk merenung kembali segalanya, semoga apa yang aku lakukan ini adalah yang terbaik. He knows the best, apa yang tersirat dan tersurat. :)

Puasa ketiga.

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Masuk Ramadhan kali ni, bermakna dah masuk Ramadhan ketiga berpuasa tanpa arwah mama. Maka bila puasa, tentulah terasa kekurangan. Jika tidak dulu, arwah mama yang akan gerakkan semua orang untuk bersahur. Bukan Ramadhan sahaja, tapi hari biasa juga tetap kekurangan. Namun, bila sudah tiga tahun masa berlalu, maka harus membiasakan diri juga.

Tokwan dan tok sebelah ayah dan arwah mama juga dah tiada. Dulu, kalau raya, pastinya rumah akan meriah dengan saudara mara yang balik. Sangat meriah. Disebabkan tinggal bersama dengan arwah tok sebelah ayah. Sangat seronok! Tapi, sekarang keadaan dah berbeza. Bila penyeri rumah sudah tiada, maka hanya kesuraman yang menanti. Tiap kali sejak arwah mama pergi, sudah kurang kemeriahannya.

Besar sangat rasanya jurang bila arwah mama dah tiada. Dulu pastinya kalau raya, kunjungan ke rumah saudara mara pasti akan diatur. Raya pertama dan kedua akan rasa sedikit weird duduk di rumah. Jadi sekarang, semua dah jadi memories. Kenangan terindah katanya. Sangat terasa kekurangan tiap kali berkunjung ke rumah saudara mara.

Allah take her because Allah loves her. Mama cuma tiada physically. Dalam kata lain, sentuhan, belaian arwah mama memang dah tak dapat rasa. Suara mama, masakan mama yang sangat sedap, milo yang mama buat, memang dah tak dapat rasa. Semua dah tak mungkin lagi. But I know that mama selalu ada dengan kami. Dan dalam mimpi juga mama akan hadir untuk mengubat rindu. Dan tentunya ada yang tersirat di sebalik pemergian mama. Allah knows best. The most important thing, I know arwah mama gembira di sana.

Kamsamhamnida. Thank you.


Jalan-jalan makan angin.

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Eh, salah letak gambar. Okay, tipu. Bila keinginan untuk berjalan-jalan makan angin membuak-buak, maka tadi satu family, eh tak, sebab ada yang tak dapat join, maka pergi jalan-jalan makan angin. Kadang-kadang kalau itu namanya suka the simple one, jadi bedak pun tak pakai. Natural beauty katanya. Beauty ke? Tak pun, kulit yang kusam, warna yang hitam. Eh, pandai lah buat pantun dua kerat.

Bila berjalan, naik kereta okay, naik kereta. Taklah berjalan kaki. Kalau tak, mesti dah tak payah lagi buat exercise setengah jam pagi petang malam selama sebulan. Eh, dah lama tak berjalan mengelilingi negeri kelahiran. Maka, sedikit teruja. Disebabkan kawasannya sedikit ke arah utara, maka bila ada orang bertanya, nanti mesti garu-garu kepala, 'Oh, di manakah?'.

Tersedar dari lamunan bahawa betapa cantiknya alam ciptaan tuhan di negeri kelahiran sendiri. Sungguhpun tidaklah seperti Kuala Lumpur yang ada taman tema, shopping complex bagai, terdetik juga rasa di hati betapa cantiknya alam ini. Pohon yang menghijau, langit yang memutih. Bersiar-siar di tempat yang lapang, kiri kanan ada sawah pad kehijauan dan di depan ada bukit. Subhanallah, cantiknya! Terasa kalau menunggang basikal pun sangat seronok. Rupanya ada juga tempat yang masih belum dijelajah. Tenangnya bila ada di sana. (+_+) *Muka excited sampai mata terjuling sebab kekaguman yang melampaui batas jalan*



Turun dari kereta untuk ambil gambar ni. Jakun sebentar. Tak, sepenuhnya jakun.

Ada orang menunggang kuda. Seronok okay!

Patutlah selalu orang buat penggambaran di sini. Sangat cantik!

On the way time bersiar-siar, terjumpa orang jual durian. 3 biji RM10. Sebab macam mengidam juga makan durian, jadi beli RM10. Bila balik, wah! sedap. Serious sedap sangat. Isi kuning dan rasa yang sedap. Tak tahu nak guna perkataan apa lagi. Okay, fine. Orang yang jual tu budak lagi sebenarnya. Ayah cakap even budak, tapi budak tu sangat jujur tahu! Itu yang kita mahu. Ciri-ciri seorang peniaga yang berjaya. Jujur. Bagus bukan. Kalau macam tu, lama-lama boleh terkenal dengan sendiri disebabkan kejujuran yang dia ada. Terasa macam nak pergi beli lagi walaupun tempat agak jauh.

Kamsamhamnida. Thank you.

Saturday, July 30, 2011

Night words.

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Aku menyendiri
Dikala malam yang hening lagi sunyi
Kerana mereka sudah tidak berbunyi
Maka mencari aktiviti
Untuk dibuat tika seorang diri
Apa aku merepek ni

Haha. Well, being as literary sometimes is actually can make someone refresh their skill in Bahasa Melayu. Ops! Masuk bakul, angkat sendiri, nak kena ni! Hai semua! Dah lama tak berceloteh membebel kat blog yang tak berapa nak lawa ni. Since I prefer a simple one and the most important thing, senang nak baca tambah-tambah bagi orang yang rabun macam saya.

Saya baru menghabiskan drama Baby Faced Beauty. Then waiting for the next drama to be downloaded. Dah episod 3 tahu! Tiba-tiba tengok drama Baby Faced Beauty, rasa macam syoknya sewing. Dah lama tak sewing. Last sewing itu hari masa adik tecik comel bongsu saya minta jahitkan lencana kat tudung dia. Rindu sama itu Kemahiran Hidup ERT.

In these recent days, dah berapa banyak kali try to do a new entry. Some tips, membebel bagai. Tapi at last, save as draft. First semangat punya sihat. Mean, kuat. Tapi at last, tak juga. Perhaps nikmat kesihatan dapat dinikmati semula seperti biasa. Juga terasa mahu menambah rakan taulan di alam maya. Terasa indahnya dunia kalau ramai rakan-rakan. Jadi, memang akan tiba some days just like before saya akan pergi berjalan-jalan di blog orang lain. Seronok tahu. Bila buka dashboard, nanti ada update dari mereka. *Muka happy macam doraemon*

Kamsamhamnida. Thank you.

Wednesday, July 27, 2011

Wahai semangat, datanglah dikau.

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Saya nak semangat! Cepat bagi semangat pada saya. Nak inject semangat. Semangat kesukanan. Eh, silap. Nak semangat untuk membuat entry. Saya nak tulis entry banyak-banyak dan gila banyak. Nak update selalu blog. Kesian dekat saya. OMG! Kesian pada diri sendiri. (-.-")

Okay, fine. Sekarang sebab mukus sentiasa menjalankan proses, maka mungkin mempengaruhi semangat untuk membuat entry. Mukus, lebih sopan bahasa. Heh. Baru lepas lunch tadi. Alhamdulillah. Dapat makan sambal udang. Rezeki ada di mana-mana. Rezeki tu general, luas definisi. Jadi, apa-apa yang datang adalah rezeki kita. Senyum, tak perlu kata apa-apa.

Kadang-kadang ter, ter apa eh. Kejap, kejap. Otak tak dapat berjalan kaki. Oh, terpegun, bukan. Terkagum. Kagum ada ter kah? Taram. Eh, kamu. Tahu tak taram itu apa? Taram tu hentam juga. Okay, okay. Saya kagum pada blogger yang mempunyai ability untuk menulis. Wah, panjang dan isi pun menarik.

Sebab saya tiada DSLR. Eh, sedih tahu. Pakai kamera handphone sahaja. Ayah cakap tak payah beli lagi DSLR sebab adik nak beli. Adik saya banyak duit tahu! Sanggup saving duit untuk makan sebab nak beli DSLR. Tiba-tiba terperasan perkataan pertama pada paragraph ni dah guna sebab. Oh. Nevermind. Saya nak cakap kalau ada DSLR, ambil gambar banyak-banyak letak dalam blog. Best woh! *Tolong bagi peluang pada saya untuk berangan. Tolong, tolong*

Kamu semua! Cepat bagi semangat pada saya. Not by word, saya nak semangat. Semangat. Ha, yes, yang itu. Okay, otak dah pusing terbalik sebab tu kapal pun dah terbalik. *Tiba-tiba*

Kamsamhamnida. Thank you.

Hari yang sakit membataskan segala.

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

It's still morning. Okay, fine. Before this, lepas subuh, saya akan mengadap lappy untuk menaip entry baru. Disebabkan jadual tidur sudah mula teratur, makanya bila wake up in the morning, otak terasa segar seperti sayuran segar di pasar. Dan pastinya selepas menulis entry, maka akan mula mengatur langkah untuk breakfast. Breakfast yang sepatutnya harus diambil antara pukul 7-9 pagi tahu!

Well, recently since these days adalah hari-hari yang sakit, saya sakit lah. Tiada maksud tersirat di sebaliknya. Haha. Bila dah sakit, omputeh cakap not in a pink of health. First time dengar perkataan ni masa nak buat surat di sekolah rendah. Jadual tidur mula tak teratur. Walaupun sangat menumpukan perhatian untuk melelapkan diri sehingga berkerut-kerut dahi, tapi tetap juga tak boleh.

Bila suara dah kedengaran 'handsome', jadi tiap malam akan ada music terbaru. Sehingga sangat terharu lalu menitiskan air mata. Dan kepantangan terhadap air sejuk, haruslah berada pada tahap paling maximum walaupun hati kata mahu. Jadi air suam akan menjadi peneman paling setia.

Bila dah kesihatan tak mengizinkan. Cewah! Maka idea untuk membuat entry dah macam pergi bersiar-siar. Dan bila tak duduk di depan lappy, idea dah penat bersiar-siar lalu pulang ke rumahnya dengan selamat. Saya tipu. Sama juga kalau tengah sihat walafiat.

Teringat pula dulu masa sekolah menengah, form 4 atau form 5, rasanya di akhir tahun form 4, saya pernah batuk sebulan. Not exact sebulan. Sama ada plus minus. Then kawan saya juga batuk. Disebabkan itu, maka cikgu-cikgu yang perasan akan menegur. Tapi disebabkan ketidak rapatan dengan ubat, maka kawan saya sembuh dulu. Hanya selepas itu baru saya makan ubat sebab dah lama batuk. Dan tak lama lepas tu, hilang. Yeay!

Kamsamhamnida. Thank you.

Tuesday, July 26, 2011

Roasted Chicken.

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Since hari ini juga tugas saya memasak untuk lunch, maka mari kita bersorak riang gembira hooray! Dapur 'ana' yang punya. Saya sangat suka memasak sendiri. Saya akan menjadi segan bila ada orang lain. *Muka blushing. Muka tahu, bukan pipi sahaja. Harap maklum!* Unless kalau ada orang yang membantu potong-memotong, mengelap macam itu barulah sedikit senang hati. Tapi since alone, macam-macam idea keluar.

Untuk hari ini, ada sotong, ayam, dan juga kangkung. Sotong pada asalnya nak buat masak tepung. Then, tengok tepung adabi, alamak! Tarikh luput dah lepas. Okay, fine tepung. Fine! Maka dengan itu, membuat tepung goreng sendiri. Dang ding dong deng deng, dah siap. Disimpan juga sedikit sotong untuk masak dengan sayur. Tang ting tung teng tong tong, dah siap.

Ayam nak buat masak kicap. Dalam fikiran sebelumnya. Tapi macam dah biasa. Tiba-tiba, 'terbakar' fikiran. Roasted chicken! Yeay! Itulah yang kita mahu. Maka untuk kali pertama buat roasted chicken. Minyak juga boleh dikurangkan. Perap ayam selama sejam. Then dalam tempoh itu, maka bergegarlah dapur ibarat Jom Heboh Masak.

Dah habis masak lauk-lauh yang lain semua bagai, then bermula lah ekspedisi membuat roasted chicken. Masa berlalu. Ayah juga dah balik. Then, bila time makan, tanya mereka, okay tak sotong masak tepung buatan sendiri, sayur hentam saja lah, dengan roasted chicken first trial. Wah, semua ada nama tambahan di belakang okay. Harap maklum. Maka, jawapan mereka, okay. Alhamdulillah. Okay, since saya tak pandai masak. Mengaku ni, harus! Saya sangat suka bila saya masak, then orang makan nampak macam bahagia dan lauk juga habis. Terasa bahagianya hidupku. (+_+)

Dulu ada sekali buat ikan kembung masak lemak cili api dekat arwah mama. Since masa tu, arwah mama dah sakit, maka selera makan juga berkurang. Tapi hari tu, mama tambah nasi. Yeay! Sangat terharu. Lepas ni, teringin nak buat chicken chop dan roti sendiri buat.

Kamsamhamnida. Thank you.

Monday, July 25, 2011

Ubat.

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Kalau sakit, mesti ada penawar. Kalau cara moden, by taking medicine lah kan. Batuk, selsema, demam, sakit kepala, sakit perut, semua ada. Cakap sahaja sakit apa. Well, zaman semakin moden, semakin banyak penyakit. Dan semakin banyak ubat-ubatan. Hipotesis tiga sekaligus. Tak bagus untuk hipotesis eksperimen Sains. Tapi itu sememangnya dah bukan hipotesis tapi, reality.

Zaman sekarang ubat bukan sahaja boleh diperolehi di klinik, tapi dekat kedai pun dah boleh. Untuk ubat yang terkawal, contohnya painkiller, of course di kedai tiada. Di farmasi, klinik, hospital bla bla di mana ada pakar untuk control lah. They know better than us. Nanti tiba-tiba ubat itu terkawal tapi suka-suka membeli maka ibarat macam tiada penyakit, cari penyakit.

Sakit ni ada juga hikmahnya. Boleh menghapuskan dosa-dosa kecil. Dan wudhu' juga boleh menghapuskan dosa-dosa kecil. Itulah kelebihan berwudhu'. Bercakap pasal ubat, I'm the one yang memang tak suka makan ubat. Entah kenapa. Nak cakap tak sedap, memang benda yang menyihatkan tu tak sedap, pahit bagai. Cewah! Buat-buat tak tahu pula kenapa. Tapi I don't know the exact reason sebab tak suka makan ubat.

I prefer to let sakit tu sembuh dengan sendiri without makan ubat most of the time. Not without doing anything, sebab misalnya kalau sakit tekak dan batuk sekaligus, saya minum lemon suam. Macam itu sahaja to treat my illness. Sebab ada ubat yang boleh menyebabkan kompilasi buah pinggang kalau kita tak tahu cara yang betul. Contohnya ubat sakit kepala. Dah tak ingat nama saintifik ubat tu. Air haruslah diminum dengan banyak. Jadi, saya prefer tak makan ubat sebab tu. Takut juga. Biar sakit sikit macam ni, daripada sakit-sakit yang akan datang.

Kamsamhamnida. Thank you.

Sunday, July 24, 2011

Hebatnya beliau! Anak Melayu Pertama Menjadi Pensyarah di Universiti Oxford.

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Seseorang yang boleh kita contohi. Beliau adalah anak Melayu pertama yang menjadi pensyarah di Universiti Oxford. Beliau juga boleh bercakap menggunakan tujuh bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Jerman, Bahasa Perancis dan Bahasa Inggeris lama iaitu Bahasa Yunani dan Bahasa Latin. Hebat bukan? Betullah kata pepatah, 'Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan'.


Kamsamhamnida. Thank you.

Tips untuk mengelakkan loya ketika di luar.

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Kadang-kadang, jarang-jarang kita keluar, keluar? Lebih kurang lah. Tapi more to keluar berjalan, travelling macam tu. Best berjalan-jalan. Tengok dunia. Bak kata pepatah, jauh perjalanan, indah pemandangan. Kenali Malaysia~ Macam dalam iklan. Saya sangat teringin nak pergi Pulau Perhentian. Snorkeling. Woh, syoknya!

Okay, kadang-kadang bila kita ke mana-mana, tak kisah dalam negara mahupun luar, dalam bas misalnya, then disebabkan keadaan geometri sebuah tempat tu, jalan bengkang bengkok, kita loya. Bas pusing sana, pusing sini, then otak berpusing-pusing dan menyebabkan kita rasa loya, nak muntah, nak berhenti tak boleh. First mesti kena ada plastik. Standby kalau apa-apa. Kalau boleh, plastik hitam. Sebab anda tergamak kah tengok semula muntah anda dalam plastik lutsinar? Bawa plastik banyak pun tak mengapa.

Cara kedua pula, anda boleh memandang tumbuhan hijau, kosongkan fikiran anda, pejam mata dan tarik nafas. Bayangkan indahnya tumbuhan hijau yang segar. Maka dengan itu sedikit sebanyak boleh mengurangkan rasa loya. Seelok-eloknya bila dah terasa pening kepala mahu mengunjung, maka cara kedua adalah lebih berkesan.

Segarnya tumbuhan hijau ibarat salad yang ada dalam nasi ayam. (-.-")

Pohonan hijau merimbun.


Sekadar perkongsian. Semoga bermanfaat untuk kita semua demi untuk travel ke tempat lain. Yeay!

Kamsamhamnida. Thank you.

Saturday, July 23, 2011

Durian.

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Sekarang musim durian, memang best. Kalau time bukan musim, memang susah nak dapat. Mahal pula tu. Kalau tengah study dulu, alamat tunggu balik rumah dulu baru dapat makan. Disebabkan penjimatan duit harus dilakukan. Baru berapa ulas durian, dah berapa belas ringgit. Mahal, mahal. *Sambil geleng-geleng kepala 180 degree*.

Dah lama rasanya tak makan cucur durian. Sedap tahu! Dulu arwah mama selalu juga buat. Sedap woh! Then, pulut durian memang tak lepas. Taklah selalu, hanya bila terasa dah lama tak makan, maka dapatlah makan pulut durian. Pulut durian yang sangat best kalau makan adalah bila dimakan bersama santan dan gula. Dah lama sangat tak makan macam tu. Tapi hari tu tercapai juga nak makan cara macam tu di rumah ibu saudara. Yeay!

Bubur durian sedap dimakan dengan roti. Kalau dapat, then ada sekali dengan roti, terasa bahagianya hidup. Haha. Tapi makan, makan juga. Nanti panas satu badan. Hehe. Plus, durian tak berapa sesuai untuk orang yang migrain. Nanti kalau dah sakit, memang menyesal sebab makan terlalu banyak tapi selepas itu, makan lagi. Haha. Info kesihatan, bagi orang yang ada migrain, jangan makan terlalu banyak durian okay. Utamakan kesihatan anda! Mesej ini dibawa kepada anda oleh dot dot.


Sekarang famous pasal durian king. Teringin nak cuba. Sebab durian tu orang cakap sangat sedap. Harga dia pun sangat sedap lah. Then, cuba tu hanya angan-angan dulu sebelum duit cukup. Duit cukup tak tahu bila sebab macam banyak barang nak dibeli. Hehe. Tapi kalau duit ada, apa salahnya mencuba kan.


Bubur durian. Ada satu istilah lagi tapi dah lupa. (*_*)

Cucur durian. Sedap!

Durian.

Pulut durian yang dimakan bersama santan dengan gula.

Kamsamhamnida. Thank you.

Friday, July 22, 2011

Saya suka bernasyid.

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Sekarang suka sangat mengimbau masa lalu. Rasa seronok sangat. Teringat zaman sekolah rendah dulu. Sangat banyak kenangan manis. Kanak-kanak ribena dulu. Pejam celik pejam celik, dah lama meninggalkan alam sekolah rendah. Dulu saya tak tadika tahu! Orang lain syok tunjuk gambar tadika bagai, saya tengok sahaja. Lagu-lagu yang belajar di tadika saya tak tahu. Dengar sahaja. Hehe.

Dulu saya adalah batch pertama di sekolah. Maka segala aktiviti boleh lah di conquer. Senior okay! Berani kau melawan senior! Nanti kena blacklist. Grr!~ Haha. Lagipun disebabkan batch pertama, maka kelas hanya ada satu. Batch selepas saya dan seterusnya, barulah kelas bertambah. I mean that kelas A dan B. Jadi, semua orang masa batch saya adalah kelas A. Yeay!

Saya tak berapa ingat macam mana saya boleh terjebak dengan dunia nasyid. Seronok woh! Enjoy! Disebabkan dulu sekolah sehingga petang, dari pagi sampai petang dan masa rehat ada dua kali iaitu pagi dan tengahari, maka practice untuk nasyid akan dibuat time rehat tengahari. Curi masa sekejap. Paling tak boleh lupa, saya diberi peluang untuk menjadi tekong. Dan kejayaan yang sangat bermakna buat saya sepanjang saya menjadi tekong apabila kumpulan nasyid sekolah saya menang tempat pertama dalam pertandingan nasyid. Best woh! (*_*) Muka excited cenggini.

Then bila masuk sekolah menengah, saya sudah tak aktif. Sebab saya mengejar masa. Itulah, degil mahu duduk di rumah. Eh, tapi duduk di hostel saya pernah tertidur masa prep. Dan masa tu ustaz datang then cakap kesian pada saya dan kawan saya sebab penat sangat. Orang sibuk prep, kau sibuk tidur. Eh, tak. Masa tu, awal-awal masa form 1. Jadi, tiada apa yang nak kena study lagi. Boleh tidur masa prep. Yeay!

Kamsamhamnida. Thank you.

Guling-guling macam tenggiling.

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Semalam, tiba-tiba terasa kesusahan untuk bernafas sebab mukus dalam hidung merembes dengan kadar yang tinggi. Oh, mantapnya Biologi saya. Masuk bakul angkat sendiri. Toink toink toink. Itu sahaja yang saya tahu. Disebabkan minat terhadap subjek calculation amatlah tinggi gedabak maka harus memohon maaf pada Biologi. Ampun Biologi.

Bila makcik selsema dah datang maka dengan sendiri kepala juga akan rasa nyot nyot nyot. Sakit woh! Disebabkan panas dalam, maka air akan sentiasa menjadi sahabat sejati. Kalau tak, bukan setakat guling-guling macam tenggiling lagi tapi dah kena guling, naik turun 360 degree.

Selsema agak terseksa. Sebab, sebab apa eh. Tak selesa. Even tak demam pun rasa macam nak demam. Oh, okay. Sebab selsema datang sekali dengan sakit kepala yang amat. Rasanya selsema lebih teruk dari demam. Saya adalah orang sakit sekarang. Jadi, jom guling-guling macam tenggiling macam dalam filem hindustan!!

Kamsamhamnida. Thank you.

Awak dan saya.

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

"Awak, kita berbeza. Kita tak sehaluan. Kita clash! Keputusan saya muktamad," kata Ali kepada Abu. Eh, mereka bukan gay or kaum sejenis. Mereka hanyalah bergurau demi merapatkan silaturrahim. Okay, saya mengarut di pagi Jumaat. Tapi silaturrahim boleh lah dikatakan air dicincang takkan putus. Dalam silaturrahim yang baik.

Kenapa ada salah faham? Kenapa ada saya? Kenapa ada awak? Kenapa? Kenapa? Kenapa?! Eh, tanda seru tak cukup lagi. Kenapa?!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tak kisah apa-apa pun. Itu lumrah hidup manusia. Manusia punya perwatakan sendiri, sifat, perangai, semua lain-lain. Apa yang saya bakal cakap bukan khusus pada sesuatu, hanyalah bersifat general. Sebagai manusia, kita banyak buat khilaf. Dan kadang-kadang kita tak merasakan diri kita salah walhal kita tak pernah tanya pada orang sekeliling kita sebab musabab apa yang berlaku. 24 jam kita hanya merasakan diri kita betul walhal sebenarnya ada benda yang kita buat salah. Kadang-kadang ada benda yang perlu kita cakap dari hati ke hati. Jangan menuduh sebarangan, takut akan membawa kepada fitnah. Tahu hukum fitnah? Menakutkan bukan? Don't judge a book by it's cover. Luaran tak menggambarkan dalaman. Dalam maksudnya.

Give and take. Kita memberi dan menerima. Kalau kita hanya menerima, bukankah tak adil pada orang lain? Bukan mereka mengharap, tidak, tetapi kalau difikirkan secara rasional sekali pun, kalau salah satu pihak asyik menerima, maka tentu lah berlaku ketidakadilan. Ibarat macam pengadil berat sebelah, mesti ramai tak puas hati. Itulah salah satu faktor untuk mempertahankan sesebuah silaturrahim. Silaturrahim itu perkara yang mulia tahu! Once dah kenal, takkan boleh putus. Unless kalau kerana Allah.

Awak dan saya berbeza. Bak kata pepatah, rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Maka, memang perlu kita menerima seadanya seseorang itu. Layanlah dia just the way they are. Kalau dia jenis orang yang akan spread out the news, then janganlah cerita apa-apa yang sangat private. Senang bukan. Masa, itulah yang membuatkan kita mengenali seseorang. Memahami segala kelebihan dan kelemahan. Kita juga ada kelebihan dan kelemahan jadi, tak salah bukan menerima antara satu sama lain seadanya. Hati-hati juga kena ada. Tapi, harus diingatkan, setiap perbuatan ada balasannya. Kalau Tuhan nak bagi, Dia boleh bagi secara cash sahaja.

Pengampunan dari Tuhan, kita boleh minta bila-bila masa selagi hayat dikandung badan. Tetapi antara manusia, kita tak tahu apa yang akan terjadi. Ajal maut di tangan Tuhan. Andai kata dijemput Illahi, maka kita sudah terlambat untuk memohon maaf, menghalalkan segalanya. Andai tidak dimaafkan, maka kita punya dosa sesama manusia. Tak salah menuturkan kata maaf sebab itulah yang akan memulihkan segala sengketa yang ada. Sengketa bukan boleh nampak secara luaran juga tahu, kadang-kadang kita sebagai manusia tak tahu sengketa dalaman orang lain. Bahaya bukan? Jadi, buanglah segala ego yang ada dalam diri. Tak rugi. Ego itu salah satu tanda orang yang berhati keras tahu!

Sekadar perkongsian. Juga peringatan buat diri saya juga.

Kamsamhamnida. Thank you.

Thursday, July 21, 2011

"Rupa baruku," kata Google Translate.

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Bila buka Google Translate tadi, Google Translate sudah berwajah baru. Apakah? Tujuannya hanyalah untuk beritahu Google Translate berwajah baru. (-.-") Lepas ni boleh buat version warna warni. Okay, saya tipu. Saya suka putih yang suci macam minyak masak seri murni. Erk? Sebab senang nak baca. Yeay!

Google Translate berwajah baru.


Kamsamhamnida. Thank you.

Hati-hati dengan ubat pelangsing!

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Setiap orang mesti mahu cantik. Siapa tak mahu kan. Cantik yang banyak definisi. Dan setiap orang lain definisi kecantikan. Ada yang cakap kurus itu cantik, ada yang cakap yang sopan santun itu cantik, ada yang cakap tak gemuk dan tak kurus itu cantik, bla bla bla.

Cantik woh mata dia. (*_*)


Oleh sebab itu, dengan kemahuan kita untuk nak cantik, maka banyak juga produk pelangsingan yang keluar. Dan of course kita sebagai pengguna yang nak kelihatan cantik, ada juga yang akan beli produk-produk tersebut. Kurus tak salah. Bagi saya sendiri, kurus sebab untuk mengelakkan obesiti. Info penting! Pastikan ukuran pinggang anda tidak melebihi separuh daripada ketinggian. If not, you should worry about your waist measurement cause it will lead to obesity. Kalau waist measurement anda melebihi separuh daripada ketinggian anda, maka anda mempunyai risiko untuk menghidap obesiti.

Kata orang, sambil menyelam minum air. Jadi, sebelum saya masuk berkenaan topik di atas dan juga sebelum ingatan saya hilang sementara, I would better tell you first. Marilah kita sama-sama menjaga kesihatan kita. Yeay! Reminder for myself too. (^__^)

Kalau nak mencuba ubat pelangsingan, perlu berhati-hati. Saya tak cakap ubat pelangsing tu adalah harmful sepenuhnya. Tidak, tidak. Tapi berhati-hati kena ada. Sebab di Singapore, banyak dilaporkan kes kesihatan disebabkan effect ubat pelangsing. Memang kurus mula-mula tapi kita tak tahu effect untuk masa depan. Mula-mula kurus, tapi kemudian dua, tiga tahun selepas itu, ada masalah kompilasi buah pinggang. Jadi, berhati-hati di jalan raya. Sekian sahaja ceramah saya pada kali ini.

Sayangilah buah pinggang anda. Tiba-tiba tengok gambar ni, teringat Biologi.

Berhati-hati di jalan raya!


Kamsamhamnida. Thank you.

Accident.

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Rasanya almost orang yang dah tahu driving, ada experience excident. Semua orang yang tahu driving di sini tak kisah ada lesen atau tak sebab ada juga yang tiada lesen pun tahu driving okay. Saya juga tak lepas dari excident.

Tiga tahun lepas, sebulan saya bawa scooter, then of course scooter tu digunakan untuk ulang alik ke universiti. Kelas tak tentu. Kadang-kadang tiba-tiba cancel sebab lecturer ada meeting, emergency dan sebagainya. Maka, pembawaan scooter sangatlah bermakna dalam hidupku.

Hari tu hari khamis. Saya ingat okay! Hari tu saya juga sedar saya sedikit weird. Happy terlampau. Eh, saya pun hairan dengan diri sendiri okay. Selalu taklah over happy macam hari tu. Then, hari itu juga saya lupa baca doa naik kenderaan masa nak balik ke hostel. Lupa okay.

Masa saya accident, memang dah nampak asrama di depan. Itulah yang dikatakan takdir. Dan tempat saya accident tu betul-betul dekat dengan klinik. Alhamdulillah, tiada serious injury. Even dibawa scan di hospital, tiada patah tulang dan sebagainya. Sebenarnya accident itu hanya penyebab. Penyebab untuk saya balik sementara ke kampung halaman. Hari tu, saya pakai labcoat dan jeans. So, secara tak langsung labcoat dan jeans tu menyelamatkan saya dari luka yang pilu.

Sebab saya accident, then doktor bagi mc beberapa hari. Saya still terkejut lagi masa tu so macam terpinga-pinga juga bila cousin saya dari KL datang ambil untuk bawa balik ke rumah. Then, they told me yang arwah mama saya dah tenat masa tu. Dan hari selasa berikutnya, arwah mama pergi. Sebab itu saya cakap, accident tu hanyalah penyebab. Masa arwah mama tiada, saya ada di rumah.

Saksi-saksi kejadian, cewah! Macam di mahkamah pula. Mereka cakap kalau saya tak langgar tiang stop di simpang tu, mungkin saya akan terseret lagi. Tiang tu ternaik sikit okay. Kenangan tu. Tiap kali lalu di situ, mesti teringat. Oh tiang stop ku! Memang betul-betul buat saya stop. Haha.

Kamsamhamnida. Thank you.

Wednesday, July 20, 2011

Mushroom Soup.

Assalamualaikum
Bismillahirrahamnirrahim


Petang-petang yang tak berapa nak petang lagi macam ni best makan mushroom soup yang dicicah bersama roti. Sedap! Taklah mushroom sangat sebab campur dengan chicken soup. Ha, macam mana nak buat? Tadaa!

Pastikan duit dalam tangan ada RM10. Lebih kurang. Kemudian, pergi kedai beli Campbell soup. Banyak pilihan di situ. Senang tak? Eh, belum habis lagi. Kalau dalam tin, kena masak dulu. Oh, saya dah kurang beli yang dalam kotak punya sebab rasanya sedikit pelik. Mengikut citarasa saya. Tapi kalau dalam tin, kena ada peti ais untuk disimpan in case kalau mushroom soup tu tak habis digunakan.

Saya sangat suka Campbell soup. Before ni dah pernah cuba satu brand lain. Erk, apa ya nama brand tu. Alamak, peti menyimpan ingatan dah pergi berjalan-jalan sekejap. Mula-mula kenal Campbells soup ni, makan macam tu sahaja, sedap juga. Then, tiba-tiba bila tercetusnya idea makan roti bersama sup cendawan sama macam kat Pizza Hut, maka try lah then wahh! Okay fine, tak tahu nak cakap macam mana lagi. Yang penting, mushroom tu memang favourite saya jadi walau apa pun cendawan yang boleh dimakan, saya akan makan.


Campbell's mushroom soup versi Malaysia. Ada juga labelling lain tahu!

Dalam kotak.


Kamsamhamnida. Thank you.

Saya mahu header comel!

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Tadi berblog walking pi sana, mai sini, cantik-cantik depa punya header. Saya mahu juga! Then, disebabkan kemahuan itu, maka godek situ sana sini sebab nak buat header sendiri. Animated header. Mesti best kan. Tengok blog sendiri dengan animated header, maka impian jangka pendek pun tercapai.

Sebenarnya dulu pernah letak header. Header yang di edit sendiri. Tapi disebabkan kemahuan terhadap animated header terlalu tinggi, jadi terus delete header lama. Oh ya, satu lagi. Animated banner. Banner yang boleh exchange tu ha. Tapi, nak buat tetap tak tahu nak pakai software apa eventhough dah godek situ sana sini. Kesian dak kat cek. Kesian lah.

Tengoklah rupa baru blog saya. Yeay! Dah edit. Sebenarnya ada lagi tiga benda yang mahu dibuat dan diletakkan. First, header. Second, banner. Lepas tu, sidebar title background. Demi untuk mengelakkan kecelaruan. Kalau lah saya tahu kan best. Siapa nak ajar saya macam mana nak buat tiga benda tu? Atau siapa nak tolong buat kat saya tiga benda tu? Tolong orang dapat pahala tau. Hiks!~

Kamsamhamnida. Thank you.

Wordless Wednesday: Si cilik Amal Aliyah tembum.

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim












Kamsamhamnida. Thank you.

Tuesday, July 19, 2011

Black out.

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Dah lama tak black out maka tiba-tiba semalam black out. Patutlah terasa panas. Terus tolak comforter ke tepi, shuh2. Seperti kacang lupakan kulit. Haha. Saya terjaga dari tidur, terus tengok keadaan sekeliling sangat gelap. Nama pun black out, habis lah gelap. Eh, dah start mengarut.

Dulu, kalau black out selalu jadi masa maghrib tak pun malam. Or dalam kata lain, black out bukan waktu tidur. Selalu juga jadi black out dulu. Tapi sekarang dah jarang. Dulu means masa kanak-kanak ribena lagi. Dah lama sangat. Oh, terasa diri sangat merindui black out. Macam mana lah orang-orang yang susah kan. Hmm.

Kalau dulu black out, disebabkan agak selalu juga lah jadi, maka lilin dah tersedia. So, homework biasanya akan delay sekejap. Haha. Then, masing-masing akan mencari lilin bila elektrik dah ada. Kononnya, macam tiup lilin birthday. Main-main dengan lilin.

Setiap kejadian ada hikmah. Sekurang-kurangnya bila black out, dapatlah rasa macam mana orang yang susah bukan.

Kamsamhamnida. Thank you.

Lunch 19 July 2011.

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim


Lunch untuk hari ini, tadaa!


Pasta bersama Sup Sayur.




Kamsamhamnida. Thank you.

My younger bro.

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim


Rindu sama adik saya ni, Ruski.


Budak tecik yang sangat cergas.

Tengah mendengar kakak-kakaknya melayan Ruski.

Dia tengah main sembunyi-sembunyi dengan kakak-kakaknya.

Dah dapat tangkap Ruski!~


Nanti ada rezeki, kita jumpa lagi okay, adik.


Kamsamhamnida. Thank you.

Monday, July 18, 2011

Bahayanya terlalu kenyang.

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim


Makan  semasa lapar. Terasa nikmatnya makanan itu. Makanan yang kurang digemari pun boleh dihabiskan kalau time tengah lapar. Tapi, haa ada tapi tahu. Surprise gitu. Makan memang perlu demi untuk menahan rasa lapar dan seterusnya bolehlah buat kerja-kerja seharian. Tapi makan sehingga terlalu kenyang, ada bahayanya. Bawah ini ada 10 bahaya akibat terlalu kenyang. Sangat penting demi kebaikan kita bersama. *Sumber : widura*

Dalam kitab Minhajul 'Abidin daripada Imam al-Ghazali, beliau menggariskan 10 bahaya akibat terlalu kenyang:

1. Banyak makan menyebabkan hati menjadi keras.

2. Banyak makan membangkitkan segala anggota dalam berbuat perkara yang sia-sia dan kejahatan.

3. Banyak makan membinasakan kecerdikan dan kepintaran serta menyebabkan sedikit faham dan kurang pengetahuan.

4. Banyak makan mengurangkan amal ibadat kerana manusia apabila banyak makan menyebabkan berat badannya yang membawa kepada mengantuk dan malas.

5. Banyak makan menyebabkan kurang selesa ketika menunaikan ibadat.

6. Banyak makan ditakuti jatuh kepada yang haram atau syubhat.

7. Banyak makan menyebabkan hati sentiasa risau berkenaannya, memenatkan badan untuk mencari serta menyediakannya. Begitu juga untuk memakannya dan melepaskan mudharatnya.

8. Banyak makan menyebabkan bersangatan sakit ketika mati kerana kesakitan dan kesusahan ketika mati bergantung kepada sekadar mana kesedapan dunia yang dinikmati oleh kita.

9. Banyak makan menyebabkan kurang pahala akhirat.

10. Banyak makan menyebabkan banyak hisab di akhirat.

Wallahualam.



Kamsamhamnida. Thank you.

Panas.

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Bila tengahari menjelma, maka terasa macam nak duduk hotel sahaja. Tapi memandangkan terdapat kesedaran diri bahawa duit tiada, jadi bertahan. Bayangkan para petani menuai padi di tengah panas. Harus juga belajar kesusahan. Padi yang kemudian menjadi beras itulah yang dimakan setiap hari. Jadi, kalau tiada petani, siapalah kita.

Ini baru panas dunia. Macam mana panas neraka nanti, wallahualam. Salah satu daripada hukuman Allah, matahari berada sejengkal di atas kepala. More info, saya ada post pasal gambaran Hari Kiamat di sini. Kalau sekarang pun sudah terasa kepanasan, mengadu panas, cepat-cepat mencari tempat berteduh, tempar ber'air-cond', di akhirat nanti, wallahualam.

Panas begini, teringat zaman dahulu masa sekolah. Balik dari sekolah kadang-kadang menghadap panas macam ni. Unless kalau balik petang then kepanasan berkurang. Disebabkan migrain, maka kipas kecil menjadi peneman setia bila masuk matrikulasi dan universiti. Kalau tiada kipas, maka siapalah saya. Cewah!

Kamsamhamnida. Thank you.

Sunday, July 17, 2011

Cempedak.

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Buah Cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Kalau nampak buah cempedak, mesti teringat pantun di atas. Hari itu mencari-cari durian kampung ke kahwin entah, then ada banyak sangat kedai-kedai tepi jalan yang jual buah cempedak. Lama okay tak makan cempedak. Dan tiba-tiba juga teringat cucuq cempedak a.k.a cempedak goreng.

Hari demi hari, berlalu lah masa tanpa disedari, ku lalui hari-hari yang sunyi, dengan berbekalkan semangat yang tinggi. Tiba-tiba. Okay, seperti biasa omong aja nggak tidur di rumah makcik tapi at last, tidur gak. Haha. Then, hari ni a.k.a tadi, dah tercapai hajat mahu makan itu cucuq cempedak. Yeay! Keenakan buah cempedak. Sempat curi satu sebelum bertukar menjadi cucuq cempedak.

Buah Cempedak yang di dalam pagar.

Buah Cempedak bertukar menjadi Cucuq Cempedak.

Memandangkan puasa sudah semakin menghampiri, tu dia na iklan buah kurma. Yusuf Taiyoob. Dulu, masa duduk di rumah sewa, memandangkan bujang senang, jadi kurma tu kadang-kadang dah jadi macam snack. Sedap sebab kurma yang saya suka tu tak begitu manis. Mencabar gigi untuk mengunyah. Tiba-tiba dah masuk topik kurma. Okay, fine. 2 in 1.

Ini punya kurma sangat sedap.

Kamsamhamnida. Thank you.

First Time.

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim


Cubaan 123, cubaan 123, cubaan lagi dan lagi dan seterusnya. Okay, first time buat entry menggunakan Androi. Agak kekok sebab, sebab apa ya. Sebab touch screen. Haha. Ops, span sikit. Hehe. Okay, dah salah mengeja sopan, jadi span. Tapi senang sikit sebab boleh baring sambil buat entry. 2 in 1, mana nak dapat. Dapat kat kedai. Yeay!


Mula-mula macam weird. Nak tulis entry tapi tak boleh. Terus select all then macam nothing. Then, jadilah macam 'Kau tengok aku, aku pandang kau. Kau pandang aku, aku tengok kau'. Pemandangan yang tak berkesudahan. Dah macam love at first sight. Cewah! Eh, best lah pakai Android okay. Lepas ni, boleh buat entry pakai Iphone5. Okay, saya mengaku saya berangan. Tapi macam best lah pakai Iphone. Nak colour putih. Nak hadiah dari Apple. Sila lah baca entry ni. Hehe.


Sahaja-sahaja testing.


Kamsamhamnida. Thank you.