Thursday, September 15, 2011

Lexus is yummy!

Assalamualaikum

Bagai tertarik oleh daya tarikan magnet, maka lepas entry pertama selepas 'cuti lama' di'post'kan, muncul pula entry kedua. Setelah beberapa hari 'MC' dari blog. Sebelum ini, dah berkali-kali 'kau tengok aku, aku tengok kau' tak sudah-sudah nak meluahkan idea tapi setiap kali itu juga bagai terhenti di tengah jalan. Eh, tak boleh berhenti tengah jalan. Harus melintas hingga ke seberang sana. Baru lah selamat.

Fine! Tengok dari tajuk entry, mesti ramai dah tahu, apakah itu lexus. Biskut lexus, biskut. Okay, fine! Bila tengok lexus dipamerkan di Tesco, tiba-tiba memang mata tak boleh lepas pandang. Sebab awan di atas kepala tiba-tiba muncul terkenangkan keenakan biskut lexus. Well, it comes in dua jenis cream kalau tak silap. Seperti biasa, I would choose yang colour purple sebab chocolate! Memang dari dulu dah jatuh cinta dengan chocolate. Tapi another one which is cheese cream pun sedap juga.

Cheese Cream
Chocolate cream
Kejadian yang biasa dikaitkan adalah mostly time study dulu. Not only me. Sebab biskut ini juga menjadi pilihan ramai orang. Wah, boleh jadi promoter lexus. Tapi, memang betul biskut ini sedap. Time tengah nak rushing gila (gila ke rushing?) untuk menyiapkan assigment bagai, tangan akan curi-curi juga ambil biskut ini. Tak sempurna assignment kalau tiada biskut or snack or something untuk dikunyah.

Kalau petang-petang tengah rest ramai-ramai, memang heaven kalau ada teh o panas, dan biskut. Masa petang yang dirasakan 'Oh, janganlah cepat berlalu'. *Sangat lah over tak mahu petang berlalu walhal tak sabar menanti malam sebab malam is equal to rest yang paling lama dalam sehari*.

Kalau pergi membeli barang yang dah kehabisan stock di rumah sewa or hostel, memang bahagian biskut takkan lepas mostly. Buat tawaf di bahagian biskut. Demi memikirkan biskut apa yang menjadi idaman hati. Once dah merasa biskut lexus, memang tak lepas. Best! Maka, tak hairan kalau biskut lexus berlegar-legar di pekarangan minda.


Kamsamhamnida. Thank you.

Wednesday, September 14, 2011

Aiskrim Malaysia.

Assalamualaikum

Dalam khusyuk dengan iklan aiskrim yang macam-macam ada di kaca televisyen, aiskrim Malaysia tetap tak dilupakan. Murah dan juga boleh dibuat sendiri. Buat Milo satu Jug dan kemudian lawan masukkan dalam plastik aiskrim Malaysia. Lepas dah beku, keraskan gigi untuk makan. Challenge ni, challenge. Mencabar gigi. Gigi sensitif? Gunalah Sensodyne. *Tiba-tiba*

Kalau tengah beristirehat bersama keluarga dan cuaca juga agak panas, maka kerongkong dah mula kering, jadi di samping sky juice, demi untuk memenuhi rasa mengidam, ambil basikal pergi beli aiskrim Malaysia. Macam-macam flavour. Cakap sahaja nak apa. Milo, asam, jagung. Antara flavour yang memang selalu ada. Dan asam lah the first winner among all the flavours. Sebab tengok asam sebiji dalam plastik ais tu, maka hati tertarik penuh minat.

Kalau beli, biasanya RM0.20. Jadi, kalau RM1, dah boleh beli lima bungkus. Tapi selalunya aiskrim Malaysia akan dirasai bila keluarga besar ada bersama. Baru best! Beli satu plastik, jadi ambil sahaja flavour apa yang disukai. Yang selebihnya, akan disimpan disebabkan sekejap lagi ada yang akan mencari lagi. Kalau gigi tahan dengan cabaran sejuk, maka memang tak serik-serik makan lagi.

Kadang-kadang, masing-masing juga akan asah skill sendiri untuk buat aiskrim Malaysia. Ada plastik dan air yang dah dibancuh. Itu sahaja bahan yang diperlukan. Cukup satu jug, dah boleh tahan beberapa hari. Sementara tunggu aiskrim Malaysia disejuk bekukan, masing-masing asyik tengok jam pukul berapa untuk nak pergi jenguk ais buatan sendiri. Kalau dah sejuk beku, masing-masing akan gembira sebab dah boleh makan aiskrim Malaysia. Yeay!


Aiskrim Malaysia.

Variety of Aiskrim Malaysia.

Kamsamhamnida. Thank you.