Wednesday, May 16, 2012

Mama.

Assalamualaikum

Bila saya menginjak remaja iaitu beberapa tahun dahulu, saya menyedari bahawa tugas dan tanggungjawab seorang ibu bukan lah sesuatu yang mudah. Kecik-kecik tak nmenyedari lagi sebab sibuk bermain pondok-pondok, tumbuk buah belimbing lepas tu main masak-masak. Sampai masa makan, dengan gembira pergi makan. Maka, sebab itu saya mula belajar berdikari apabila masuk sekolah menengah. Kalau terlepas bas pukul 2.30 petang, harus menunggu bas seterusnya pukul 4.00 petang atau 4.30 petang dan ke atas.

Bila usia menginjak lagi, dan saya pergi merantau sana sini dan boleh berfikir secara dewasa, plus buat sendiri house chores, maka sebenarnya house chores adalah lebih penat dari kerja-kerja lain. Sebab itu syurga di bawah tapak kaki ibu. Subhanallah. Seorang isteri perlu taat pada suaminya tapi seorang suami perlu taat pada ibunya. MasyaAllah. Begitu mulia sekali seorang ibu! Itu belum termasuk lagi 9 bulan dalam rahim ibu. Bawa kita ke mana-mana. Bukan senang mahu menjaga kandungan. Selepas melahirkan juga, ada masa berpantang, tak boleh makan itu ini dan sebagainya. Hebatnya seorang ibu!

Kalau bertanya pada saya sendiri, siapa idola saya, tentu sahaja salah seorang daripada idola saya adalah arwah mama selain ayah saya. Saya tak pernah jumpa orang macam mereka. Ayah sendiri pernah mengaku bahawa ayah belum pernah jumpa orang seperti mama. Mama bekerja sebagai seorang guru. Selesai tugas di sekolah, mama pulang solat berehat dan sebagainya kemudian masak. Tiap hujung minggu, mama akan kemas satu rumah. Pagi-pagi mama bangun awal, dan adakalanya bila saya terlalu penat untuk iron baju (keluar rumah after subuh, dan balik rumah sebelum maghrib iaitu 6.40 pagi - 7.00 petang), bila saya terbangun pagi, baju sekolah saya sudah di iron oleh mama.

Arwah mama juga merupakan  seorang wanita, isteri, ibu, guru dan muslimah yang baik. Saya sangat mengagumi mama saya. Walaupun mama sakit, mama TAK PERNAH tinggal solat. Walaupun keadaan mama sudah tenat, mama tak lupa langsung! Sakit yang mama tanggung memang sakit. Seorang ibu yang tak pernah memperlihatkan kesakitannya akhirnya bila saya menjaga mama di pusat perubatan, saya nampak air mata mama mengalir tanda sakit yang amat! Sakit yang ditanggung mama bukan kepalang! Saya sendiri menyaksikan. Tiga tahun mama sakit dan akhirnya penderitaan mama berakhir apabila Tuhan menjemput mama. Ketika malaikat sakaratulmaut datang menjemput, ayah berada di sisi mama. Alhamdulillah. Dan roh mama tidak susah dipisahkan dengan jasad mama. Alhamdulillah.

Bagi setiap orang, tentu lah ibu bapa adalah segala-galanya. Masing-masing mengagumi ibu bapa masing-masing. Tidak tergambar oleh kata-kata, tidak terbalas oleh perbuatan. Bila sakit, dijaganya kita dengan baik. Kadang-kadang tidur tak menentu supaya demam kita hilang. Kasih seorang ibu. Bersusah payah melahirkan kita.

Semoga syurga lah tempat ibu-ibu kita. Ameen....