Wednesday, April 25, 2012

Scent of a woman adalah best!

Assalamualaikum

Tiap kali buka blog walaupun ada entry tak jadi, most of the time mesti akan ada reader/viewer yang akan singgah di entry Tips: Memerahkan bibir. Okay, terharu. Terima kasih daun keladi, next time datang lagi. Bukan next time, sekarang juga. Bhahaha. Sememangnya saya mahu sangat berkongsi tips-tips yang saya tahu tapi seringkali juga entry akan tak jadi. Dan memerlukan masa dan mood yang sesuai. Saya mahu berkongsi tips-tips yang berguna dari apa yang saya tahu dan juga dari pembacaan saya. Maka memerlukan masa demi menyusun ayat-ayat. Seronok tahu! Hope jika ada rezeki dan umur panjang, saya dapat tulis entry mengenai tips-tips lain.

Baiklah, sebenarnya jika korang perasan, sekarang memang jarang letak gambar-gambar bersama entry. Disebabkan gambar banyak berada dalam handphone maka terasa nantilah dahulu. Disebabkan itu juga, banyak entry tertangguh. -______-" Memang seronok letakkan gambar dan edit gambar dan kalau terlebih rajin, letak watermark sendiri. Seronok! Tapi masa mencemburui saya. Bhahaha. Walaupun tak busy, buat-buat busy sahaja.

Baru-baru ini, actually to be more accurate, sekarang saya tengah khusyuk tengok drama Korea Scent of a woman. Disebabkan ada Lee Dong Wook, memang lah bertambah semangat sebab Lee Dong Wook sangat comel! Dan tiba-tiba dengar pula soundtrack drama yang "Oh, sangat seronok". Song title adalah You're beautiful by Kim Junsu. Dalam drama itu, Kim Junsu pun ada juga. Rupanya suara Kim Junsu memang superb! Even menyanyi without lagu, juga sedap. Dan ada iras-iras Yoseob dari BEAST. Yoseob juga suara memang superb! Rasa mendayu-dayu sahaja, emosi terikut juga bila dengar mereka nyanyi. Tanpa sedar tiba-tiba riak muka telah bertukar iaitu verangan. Bhahaha. Kau hade? Tapi kan, Scent of a woman best! Baru episod 10 rasanya. Tidak dapat menghabiskan sebelum pergi travel. Yeay! Jadi, sila tengok korean drama fans!! ^___^

Thanks for reading!

Tuesday, April 17, 2012

Frust.

Assalamualaikum

Saya sangat frust. Bukan frust bercinta, tidak, tidak. Only God knows the secret of the heart. Saya tak tahu macam mana nak luahkan, maaf, saya bukan begitu. Biar saja. Itu baru betul. Makanya sebab itu juga saya begini dan begitu. Hahaha. Confirm uols tak faham. Sila buat-buat faham dengan tahap emosi malam ini. Tengok ayat-ayat saya juga seperti bunga yang mekar mengembang a.k.a kesusasteraan tetiba datang menerpa-nerpa.

Baiklah. Biarkan sahaja. Sebab itu juga Tuhan cakap kalau apa-apa, minta pada Dia. Maksudnya, apa-apa sahaja kita cakap pada Dia. Mesti takkan kecewa. Blog ini juga sometimes jadi tempat saya tulis semua. Sebab sekurang-kurangnya nanti in the future saya boleh tengok kembali entry-entry lama. Lagipun, saya menjumpai satu hobi baru bahawa saya suka berkawan dalam alam maya. Uols sangat sweet! Dan rasa macam nak join every gathering yang bloggers buat. Rasa suka melompat bila ramai kawan.

Allah hilangkan sesuatu tapi Dia bagi sesuatu yang lama sangat kita nak kan kan. Jadi, bersyukur juga. Yeay! Alhamdulillah. Syukur. Bukan satu tapi kegembiraan atau kemahuan itu banyak Dia bagi bila kita frust. Frust ini diharapkan dapat berlalu pergi selepas saya bangun esok pagi. Moga hati ini bersih. Tak mengapa. Tak mengapa. Eh, saya tak nangis. Sebab saya memang takkan menangis. Cuma hari itu bila tengok 7 Petala Cinta, tak sangka pula saya menangis. Terharu, sebak, kagum. *Tiba-tiba masuk tajuk lain pula*

Thanks for reading!

Sunday, April 8, 2012

Seriously!

Assalamualaikum

Seriously tetiba rasa nak menangis. *Tanda-tanda saya tension* Rasa sahaja, air mata tak turun pun ala-ala air terjun di tempat perkelahan. Sebabnya sedih mana pun, air mata susah nak keluar. Hati kata, buat apa kau nak menangis, daripada kau nangis, baik kau fikir how to settle. Cis, ayat poyo! Poyo = Cantik. Huahaha. Baiklah, nurul baiklah. Susah nak keluar bukan bererti tak pernah menangis langsung. Tipu itu tipu. Tapi sangat susah lah. Tiada benda yang lebih sedih dari perkara itu. Yang lain semua dugaan. Gila lah kau nurul, sempat lagi jadi ahli psikologi buat diri sendiri. Huahaha. *Mood dah jadi swing*

Masa depan, siapa tak risau (dengan suara keras sebab perkara dah berpusing lebih dari 360degree). Oh masa depan. Andai lah ada Nujum Pak Belalang. Haip! Dusta itu semua. Even tengok zodiak pun tak boleh. Years ago, I knew that tengok zodiak tak boleh. Don't believe it. Dah macam mempercayai benda yang tak pasti. Yakin pada diri, yakin. Haipppp! Sempat ceramah pula. *sigh*

Niat yang pada mulanya nak khatam Delighful Girl Chun Hyang terbantut dek perkara yang berlegar-legar ini. Legar lah, legar, one day you'll be finished! Siap! Okay, I'm a bit worried about the matter honestly. Thanks blog sebab sudi membenarkan daku menaip sebuah entry bagi meluah kata. Huahaha. Whatever it is, harus esok of course kena tanya orang rujukan utama. Perancangan datang dengan tiba-tiba.

Pilihan banyak. Dan bila dibuat pilihan, maka sometimes datang lah masanya yang the best decision kena juga dipilih. So, arrange lah mana yang okay. Relevant bla bla. Istikharah. InsyaAllah. ayat dah berterabur. Huahaha. Ok, saja nak membebel kejap. Sambil-sambil dengar lagu gila best woah! Lepas tu tengok dulu Delightful Girl Chun Nyang. Hoorayy!

Thanks for reading!

Wednesday, April 4, 2012

Mewangikan baju.

Assalamualaikum

Hidup ini perlu perubahan. Kalau asyik benda yang sama saja, memang lah agak bosan. Statement yang tak boleh blahhhhhh. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia. Hanya lah saudara mara pada tajuk di atas. I tak reti nak buat tajuk yang kontroversi sikit. Kira direct lah sahaja. Sedang mencari pengalaman, err, pengetahuan tentang blogging. Suka sangattttt baca entry blogger lain. >,<

Okay. Nak cerita pasal softener. Kalau basuh baju, memang tak sah tak letak sabun banyak-banyak (unless kalau nak jimat, duit pun ala kais pagi makan pagi, kais petang makan petang), dan WAJIB letak softener. Lepas basuh, nak pakai semula, rasa semangat nak pakai baju itu semula. Harus lah. Dan bila mana dah bosan dengan sesuatu bau itu, kita kena adakan anjakan paradigma. *tiba-tiba*

Kalau ada iklan dalam tv pasal softener, memang berkobar-kobar nak pergi bau di supermarket. Test bau itu dan ini, lama-lama dah pening. Kalau tak suka, memang mark terus, tak suka tak suka tak sukaaaaa bau ini. Orang lain-lain, taste lain-lain. Tapi kalau pergi beli dengan housemate, kawasan softener itu bagaikan kita yang punya. Bau itu, bau ini. Lama-lama pening sebab dah banyak sangat benda yang dihidu. Rasa macam nak bawa kopi sekali dan hidu satu-satu.

Tapi kan tapi kan, baru-baru ini, try satu brand. Sangattt wangi. Itulah dia Comfort!!!! Yeayyyy! The blue one. Suka bau dia. Wangi. Terasa seperti baru mandi. Cewahhhhh! Promote ni. Kita tunggu sehingga bau ini sebati dulu, maka lepas tu boleh tukar lagi. I dah pernah cuba softener Daia, Softlan, Downy, Attack. Itu sahaja yang dapat diingati buat masa sekarang. Dan semuanya Iols suka. Memang best, superb!! Tudia, tudia, kalau dah suka, memang macam kanak-kanak baru dapat gula-gula. Kalau guna Attack, memang tak payah buat kerja dua kali. Sebab Attack tu dah include sabun dan softener. Jom kita terjah tengok softener-softener itewwww.

1. Daia. Semua Iols suka. *love*


Kalau rasa nak jimat, boleh beli yang dalam packing macam ini. Sebab dah siap dengan muncung tu. So, no need to worry softener tumpah lagi.


2. Downy. Memang iklan dalam TV sangat mempengaruhi. Maka, bila softener lama habis, laju sahaja beli Downy. Downy Passion (Red in colour) sahaja pernah try. Downy Attraction (Purple in colour) tak pernah.


3. Softlan. The first softener I bought. Memang suka sangat.



4. Attack. Bau ni pun best! Sabun dan softener. 2 in 1!


5. The latest one! I mean latest one yang saya guna. Saya tahu saya sudah terlambat. Tapi nak juga. Tak kira tak kira. Introducing to you Comfort!!!! Baru try colour biru. Suka juga!!



Thanks for reading!

Tuesday, April 3, 2012

They were too innocent.

Assalamualaikum

Since I've been given the chance to become a temporary teacher, so I guess it should be a great moment for me. I met new friend, I felt the environment myself. Who said becoming a teacher is easy? Who? Who? To give education to new learners is not that easy. I felt that! The feeling of a teacher. It's not include the feeling of parents. Get married and you'll know then! Everyday I keep asking myself what was the purpose of you teaching them? Are you sincere? But the answer I get to know only when I saw them understand eventhough it's not much, but I feel happy. Sangat gembira sampai rasa nak lompat.

Each of us have our own ability. Different ability to memorize, to learn, to finish homework, etc. Kids sangat wonderful. Each job is actually penat. Not only doctors, engineers, but teachers too. I ate a lot tapi berat masih boleh turun. Of course you need to use your voice untuk "Diammmmm!!", "Teacher count until five and I wanna see each of u sit at your own seat. One, two, three,...". Maybe it's useful for Standard 2 to Standard 6 but sometimes it's not for Standard 1. So, sila lah memikirkan wise method to overcome. If not, you'll get into trouble. *warning*

Being a teacher, is actually memang ada time kita marah, tapi be sure not to be over. Unless kalau kau memang dah garang dari awal. Kalau teacher yang muda, mindset these kids akan fikir "Cikgu baik niiiii". Aip, aip, belum cuba, belum tahu. Rupa-rupanya garang macam singa betina. Saya pernah melalui experience menjaga kelas ketika exam. Seriously it's challenging. My friend told me already she teach that class, and it's not that easy to control them. Sometimes they run here and there, sometimes when you are teaching in front of the class, they will talk louder from you. Those memories are really something. Neither boys nor girls. They are all the same! Sometimes she asked for help from the other teacher to make them become silent. Bila saya menjaga kelas exam, I need to walk every second and talk to them. Ada yang berbincang, ada yang tidak memahami. Bila time nak collect papers, kira-kira, tak cukup. Finally, rupa-rupanya ada student yang dah simpan siap-siap paper tu bawah meja. Oh, anak-anak muridku!

Sometimes, they are the reason for us to laugh. "Eh, cikgu baruuuuu" padahal tak pakai cermin mata sahaja, dah tak dapat kenal lagi. Terlalu banyak memory selama 3 bulan. Two different schools, different environments too. I learnt a lot. My late mother was a teacher. She's dedicated and hardworking. Care about her students. Her ex-students themselves told me, my late mother was a strict person, but she's never scolded her students without any reasons. Masih ingat lagi hari di mana arwah hendak dikebumikan (hari bersekolah), ramai students arwah datang ziarah. So, I wanna be like her. Boleh jadi seorang guru, boleh jadi seorang rakan pada students. Bukan setakat sesi pengajaran dan pembelajaran tapi it's more than that.

Dalam class, I prefer to teach them and then give them exercises to do. While waiting for them to finish up the exercises given, I'll call students yang tak memahami. Dari sesi tersebut, saya tahu apa kelemahan mereka. Sometimes, saya akan pergi jenguk seorang-seorang untuk pastikan semua orang buat. Please don't believe them. Haha. Sebab kalau tak memantau, alamatnya memang akan ada yang dapat telur sahaja bila marking buku. Saya tahu mereka semua boleh, lambat atau cepat, it doesn't matter, cuma ada yang perlukan bimbingan lebih. Memang tak sempat nak bolehkan semua, tapi sekurang-kurangnya ada juga kemajuan. How happy I was bila saya ajar mereka dan mereka faham. Sedikit pun tak apa tapi at least ada. Barulah tahu perasaan itu.

Tak dinafikan, bila time petang gantikan kelas kafa, bukan mereka sahaja yang belajar tapi saya pun belajar sekali. Refresh semula pelajaran lepas. Belajar pegang pensel khat untuk tulis khat (memang teringin nak belajar tulisan khat dan tulis tulisan jawi cantik sebab tulisan saya burukkkk). Time PJK pulak, saya juga turut exercise. Memang tak perlu lagi susah-susah pergi exercise petang-petang sebab pagi dah exercise dengan students.

Itulah budak-budak yang comel. Comel aje.

Thanks for reading!