Friday, August 26, 2011

Sahur.

Assalamualaikum

Time belajar, kadang-kadang dah tak bangun makan sahur. Hanya meneguk air. Eh, kira sahur jugalah. Tapi sekarang, keadaan dah lain. Sebab sahur sangat penting. It just like our breakfast. Breakfast sangat penting! Even kurma sebiji dua sekali pun, haruslah mengambil sedikit makanan untuk tenaga. Penting, penting!

Dulu, masa kecil-kecil, disebabkan belajar berpuasa, maka bersahur dengan nasi bersama telur goreng dan kicap. Dah berselera makan sahur macam berbuka juga. Eh, tak. Tiada kaitan dengan zaman kanak-kanak ribena. Sebab kadang-kadang juga terasa makan sebegitu boleh membuka selera. I like kicap. Ditambah pula telur separuh masak. Telur goreng. Memang best!

Kadang-kadang lebihan dari berbuka dipanaskan dan dibuat sahur. Tak baik membazir tahu. Kebiasaannya akan memasak lebih untuk disimpan buat bersahur. Dan lepas selesai segala, maka suara berkumandang merdu memanggil adik-adik. Lampu harus dibuka, kalau tak, mesti terkejut masuk bilik kembali tengok aksi spiderman. Eh, tak. Saya tipu.

Sepanjang Ramadhan tahun ini pula, sama ada memanaskan lebihan berbuka tadi. Tadi? Confuse I! I mean, masa berbuka. Atau pun buat nasi goreng mahu pun makan roti. Selepas itu, air akan diminum bergelen-gelen demi mengelakkan dehydration.

Air diminum bergelen-gelen. Harus cukup 8 gelas sehari!

Bersahur tak macam berbuka. Juadah untuk bersahur juga lebih simple. Sebab masa itu setiap orang dengan muka comel baru bangun dari tidur anyonyonyo. Berbuka sedikit meriah dengan kehadiran juadah utama, bersama sayur, dan juga kuih. Kurma dan air tak dilupakan.

Kamsamhamnida. Thank you.

3 comments:

haikalblank said...

hekhek sahur pelajar kolej dan universiti biasanya hanya air masak...kahkah

haikalblank said...
This comment has been removed by the author.
NURUL AINI NORAZMAN said...

hehehe aini sahur mcm buka,.=p

eh nama kita sama la!!exsaited plak,.=p