Thursday, August 4, 2011

Bila berhadapan dengan incik JPJ.

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Bagi yang dah ada lesen memandu, yang tengah practice dan seangkatan dengannya, mesti akan melalui pengalaman yang agak mengerikan ini. Lebih mengerikan daripada exam dalam dewan yang besar dan dikekelilingi pengawas exam. Ngeri sungguh! Bila practice, semua okay. Parking masuk, naik bukit juga kereta tak berjalan ke belakang semula dan bila bawa atas jalanraya, rasa macam nak bawa dari utara ke selatan.

Well, it's such a nice experience though. Even though sangatlah tragis mengenangkan saat-saat untuk bergelut. Sounds like nak pergi berperang di medan perang. Itulah namanya hiperbola, bukan bola sepak. Demi mendapatkan driving license untuk senang pergi beraya dan collect duit raya. Sungguh tak murni niat itu. Baru hari keempat berpuasa, dah memikirkan pasal raya. *Geleng kepala 710 degree*

Bila tiba masanya, insaflah diri. Selimut putih lalalalalalala. Tiba-tiba teringat nasyid tu. *Iklan sebentar* Bila tiba masa yang ditunggu. Saat yang terakhir, eh bukan saat. Proses terakhir untuk dapat lesen iaitu Ujian JPJ. Kalau first candidate, just like, 'Okay, nevermind, apa nak jadi, jadilah. Yang penting aku takkan menyaksikan detik-detik cemas dan mendebarkan. Habis sahaja, terus balik'. Kalau tengah, last candidate. Wah, menimba ilmu sakan sebelum diuji.

Bila tiba sahaja turn nak menjalani ujian JPJ, jantung berdegup mengalahkan orang yang lari 10KM dan peluh juga keluar bak tengah masak lemang. *Tetiba* Padahal incik JPJ tu cool sahaja. Itulah hakikatnya. Please, terimalah hakikat okay, tolong! *dengan mata bercahaya silau yang tinggi a.k.a rabun rupanya* Bukan itu sahaja, perut tiba-tiba akan rasa senak. Hanya sebab berhadapan dengan incik JPJ. Tahap kerisauan berada di tahap yang agak membimbangkan.


Bila nampak tulisan JPJ pun, lutut dah menggeletar. (-.-")


Tapi, bila dah habis dengan jayanya ujian tu, terus tahap kerisauan menurun. Ditambah pula dengan kejayaan setelah menjalani ujian JPJ. Kejap!!!! Cakap tak habis lagi. Berjaya dengan lulusnya a.k.a tak payah lagi ambil ujian JPJ a.k.a dah boleh dapat lesen lepas ni. Yeay! Sorak dengan riang gembira. Bila dah dapat lesen, dah tak tunggu lagi, terus meng'offer'kan diri untuk drive kalau nak pergi mana-mana. Tapi bila dah lama-lama, tak payah suruh pun, dengan spontan, memberi alasan, 'Alamak, peninglah! I tak boleh bawa kereta. I allergic'. Ada ke allergic driving?


Kalau jalan tengah sibuk, maka hati takkan berasa tenang dan damai.

Terasa mahu bawa pegawai JPJ pergi berjalan-jalan kalau jalan lengang. Hati akan bersorak sakan. Yeay!


Kamsamhamnida. Thank you.

3 comments:

intan said...

mcm mna tu geleng kpala 710deg??wt demo ckit..heee..ape pn,thniah..pas ni bleh la "mrempit" ngn kete =p

shafiqabdshukor said...

wah.. tahniah..
leh la tumpang g beraya lepas ni..
hehehehehe

EmpayarUtama said...

Tahniah, kunjungan dr Innit-Nuff