Friday, August 5, 2011

Kurus tak semestinya sihat.

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Siapa cakap kurus itu sihat? Siapa? Siapa cakap orang yang kurus takkan dapat obesiti? Kalau dia tak menjaga apa yang sepatutnya dijaga, maka nanti ada juga risiko. Kurus kalau dari segi luaran, memang sihat. Sebab, sekurang-kurangnya dapat terhindar dari obesiti. Betul tak? Yang penting, sihat.


Lemak sebenarnya bukan pada luaran sahaja. Lemak luaran yang menyebabkan keadaan fizikal seseorang berubah. Tapi lemak dalaman pun ada tahu! Ini yang patut kita jaga. Murid-murid!! Dengar sini, lecturer mahu bagi lecture. Okay, kita sambung. Lemak luaran pun kena jaga juga tapi selalunya most of the time we only care dekat lemak luaran. Lemak dalaman kita tak kisah, kasihan dia. Anyonyonyo. Nyah kau, lemak-lemak sekalian!!!!


Kawasan perumahan lemak di badan.


Kurus tak semestinya sihat. Itu adalah fakta. Sesetengah beranggapan bahawa kurus itu cantik. Well, bila ada fikiran macam itu, maka kita harus bersama-sama reset balik. Yang penting sihat. Then barulah cantik itu datang. Ini bercakap pasal kecantikan fizikal tahu! The definition of the beauty bagi setiap orang adalah lain belaka.


Untuk sihat, bukan sahaja kita jaga makan. Some of us demi menjaga kesliman fizikal, hanyalah bergantung pada penjagaan fizikal semata. Kawan-kawan lemak cakap, 'Nantilah kau! Aku nak pergi berhijrah ke dalam pula'. Diet mesti datang dengan exercise. Depa dua geng. Tak boleh berpisah. Dah ditakdirkan bersama hingga ke akhirnya.


Suami isteri yang sehati sejiwa melakukan exercise bersama.


Banyak kelebihan exercise. Dan exercise juga tak semestinya 'Okay. Petang ni nak pergi Taman Botanikal. 2 jam kita jogging sambil sesi kenal dengan semua pelancong di situ'. Jalan cepat, naik turun tangga juga boleh jadi satu exercise. Macam di Jepun. Orang Jepun memang famous dengan berjalan cepat. That's why ada orang cakap kalau kita berjalan dengan penuh sopan dan santun, maka kita akan ketinggalan. Of course lah, just imagine that semua orang cepat, kita seorang sahaja yang lemah lembut. Quite weird di situ. Jadi, kesimpulannya, sihat adalah lebih penting dari segalanya.


Kamsamhamnida. Thank you.

4 comments:

ninie_azriena said...

jom join segmen "bloglist teruja" ninie ;) http://ninieazriena91.blogspot.com/2011/08/ninie-azriena-ajak-join-bloglist-teruja.html

oktant said...

Kesimpulannya, amalkan gaya hidup sihat agar boleh kurus secara sihat. =)

yad'z said...

hidup mesti sihat! hehehe.. ^^

kaizen said...

agree.. mcm2 leh buat tok sihat x semestinya joging jer...

latest entry Apa Yang BLOGGER PERLU ADA?? [PART 2]