Wednesday, September 14, 2011

Aiskrim Malaysia.

Assalamualaikum

Dalam khusyuk dengan iklan aiskrim yang macam-macam ada di kaca televisyen, aiskrim Malaysia tetap tak dilupakan. Murah dan juga boleh dibuat sendiri. Buat Milo satu Jug dan kemudian lawan masukkan dalam plastik aiskrim Malaysia. Lepas dah beku, keraskan gigi untuk makan. Challenge ni, challenge. Mencabar gigi. Gigi sensitif? Gunalah Sensodyne. *Tiba-tiba*

Kalau tengah beristirehat bersama keluarga dan cuaca juga agak panas, maka kerongkong dah mula kering, jadi di samping sky juice, demi untuk memenuhi rasa mengidam, ambil basikal pergi beli aiskrim Malaysia. Macam-macam flavour. Cakap sahaja nak apa. Milo, asam, jagung. Antara flavour yang memang selalu ada. Dan asam lah the first winner among all the flavours. Sebab tengok asam sebiji dalam plastik ais tu, maka hati tertarik penuh minat.

Kalau beli, biasanya RM0.20. Jadi, kalau RM1, dah boleh beli lima bungkus. Tapi selalunya aiskrim Malaysia akan dirasai bila keluarga besar ada bersama. Baru best! Beli satu plastik, jadi ambil sahaja flavour apa yang disukai. Yang selebihnya, akan disimpan disebabkan sekejap lagi ada yang akan mencari lagi. Kalau gigi tahan dengan cabaran sejuk, maka memang tak serik-serik makan lagi.

Kadang-kadang, masing-masing juga akan asah skill sendiri untuk buat aiskrim Malaysia. Ada plastik dan air yang dah dibancuh. Itu sahaja bahan yang diperlukan. Cukup satu jug, dah boleh tahan beberapa hari. Sementara tunggu aiskrim Malaysia disejuk bekukan, masing-masing asyik tengok jam pukul berapa untuk nak pergi jenguk ais buatan sendiri. Kalau dah sejuk beku, masing-masing akan gembira sebab dah boleh makan aiskrim Malaysia. Yeay!


Aiskrim Malaysia.

Variety of Aiskrim Malaysia.

Kamsamhamnida. Thank you.

2 comments:

azizul said...

murah dan mudah disediakan

ansarz said...

feveret malaysians kan....