Friday, June 24, 2011

PTPTN akan hentikan pinjaman 152,000 pelajar? Biar Betik?

السلام عليكم ورحمة وبركاته



Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan memberhentikan pinjaman kepada 152,000 pelajar berikutan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang diperolehi mereka adalah 2.0 ke bawah.

Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamed Said berkata, jumlah pelajar yang ditamatkan pinjaman itu membabitkan pinjaman sebanyak RM632 juta.

"Mereka sebelum ini merupakan pelajar terbaik yang maju dalam pelajaran tetapi atas sebab tertentu pembelajaran mereka semakin merosot dan keputusan peperiksaan semester dua gagal mencapai 2.0 mengikut PNGK.

"Bagaimanapun jika mereka berjaya mendapat keputusan PNGK 2.0 ke atas dalam peperiksaan berikutnya PTPTN akan menyambung semula pinjaman tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan wang pendahuluan pembiayaan pinjaman PTPTN kepada seramai 100 pelajar kawasan Parlimen Kuala Krau yang layak memasuki IPTA dan IPTS di Jengka dekat Temerloh hari ini.

Ismail berkata, PTPTN memberi pinjaman sebanyak RM38.69 bilion kepada seramai 1.75 juta pelajar setakat ini.

Dalam pada itu katanya, PTPTN melupuskan pinjaman sebanyak RM277.99 juta kepada seramai 9,545 pelajar yang mendapat ijazah kelas pertama pada tahun lepas.

"Tindakan menyenaraihitamkan mereka yang liat membayar pinjaman diteruskan dan sehingga kini seramai 132,180 orang berada di bawah senarai berkenaan," katanya.

Katanya seramai 12,400 peminjam membayar balik pinjaman dengan kutipan berjumlah RM113.9 juta.

- Bernama

Sumber : malaysiakini

p/s : Oh. Ada syaratnya. Untuk pelajar yang dapat PNGK bawah 2.0. Jadi pada adik-adik, fighting! Do your best! Maintain your result okay. :)

Kamsamhamnida. Thank you.

4 comments:

Fuza Marquis said...

152 000 orang tu dpt cgpa under 2?
this is a very critical problem!


hey, i follow ur blog ni ok! :D

Unknown said...

first time singgah sini


salwa buat GA. jom la singgah tengok.
:)
http://salwaismail.blogspot.com

NurulAini said...

Miss Marquis, a'ah. Kena berusaha sikit la adik-adik. Hehe.

Btw, thanks for following. :)

NurulAini said...

salwaismail, insyaAllah. Bakal berblog walking ke blog kamu. :)