Thursday, June 23, 2011

Haiwan yang paling digeli. Kau ada?

السلام عليكم ورحمة وبركاته


Kalau tengok dari tajuk di atas, memang sah dari segi tatabahasa Bahasa Melayu adalah menyalahi undang-undang. Dari tadi berusaha sepenuh hati untuk tidur tapi tetap tak boleh. Bergolek sana, bergolek sini, nasib baik tak bergolek terus ke bawah. Perhatian! Perhatian! Cerita di sebelah adalah rekaan semata-mata. Mana boleh bergolek kalau adik aku yang kecik sekali dah khusyuk tidur. Sengaja nak spread out yang aku tidur sopan. >,<

Kali ni aku nak kongsi haiwan apa yang paling menggelikan. Haha. Ni memang aku dah sedar yang aku memang geli dengan haiwan itu. Walaupun aku dilahirkan dalam tahun ular, tapi memang aku tak boleh nak bermesra-mesra dengan ular. Kita guna teknik imbas kembali dengan background music lagu Bonamana by SuperJunior. Beberapa tahun lepas, masa tu aku sekolah menengah lagi rasanya. Masa tu hanya ada aku, arwah mama, dan adik bongsu aku. Arwah mama aku ada di belakang, adik aku dan aku ada di ruang family. Kemudian, datanglah haiwan itu sambil menari-nari masuk ke dalam rumah. Ular air ke ular daun entah tapi yang penting size ular tu kecik je. Demi ternampak ular itu, aku dengan spontan dah tak fikir apa dah lari naik atas kerusi kat dapur. Dan pada masa yang sama, kedengaran lah suara merdu adik aku menangis. Haha. Kalau kegelian ular, macam tu lah keadaannya. Bukan ketakutan, kegelian. Sebenarnya tak takut pun (cakap besar kononnya walhal kalau dah nampak kepala ular pun, aku dah cabut dulu. Haha)

Haiwan yang kedua, jatuh kepada tikus. Tikus hitam dan ekor panjang. Dua syarat tu memang wajib ada pada tikus yang digelikan oleh aku. Jom tengok awan atas kepala aku. Pernah satu masa aku di rumah kawan aku, ada tikus hitam. Aku cari kerusi dulu. Kalau lah aku boleh panjat naik atas dinding macam dalam cerita Cicakman, memang dah lama aku ada atas bumbung rumah.  Sama lah masa aku masuk pet shop. Memang aku tak pandang tikus hitam dan tikus yang berekor panjang. Tapi, aku sangat suka hamster. Comel! Teringat-ingat hamster di rumah family angkat aku. Dulu aku tak berani pegang, tapi lama-lama aku jadik sayang dengan hamster. Ada seekor hamster tu sangat aktif. Aku tak berapa berani nak pegang sebab speed hamster tu lari sangat lah laju. Teringat-ingat aku tikus hitam. Haha.

Kamsamhamnida. Thank you.

3 comments:

Gagak said...

katak, cicak , lipas?hehhee

NurulAini said...

Katak yg gagah, cicak yg tinggi dan lipas yg kaya blh tahan lg..haha..

Gagak said...

hahaha