Wednesday, March 30, 2011

Breakfast.


السلام عليكم ورحمة وبركاته

Memang buat tebiat pun ada lah juga tadi. Sebab sebab sebab. Seawal pukul 5.15 pagi (lebih kurang lah), dah terpacak kat McD. Konon budget 5.15 awal. Rupanya tidak lah seawal mana. Ramai dah beratur panjang. Boleh dikatakan panjang. Ramai yang amat. Siapa yang tak mahu benda free.

Beli sahaja minimum RM5, boleh dapat dua set big breakfast. 2 set ok, 2 set. Jadi boleh lah berkongsi dengan sahabat-sahabat, saudara mara atau sesiapa demi mendapatkan breakfast free. Air Coke (mesti cari air paling murah punya) = RM2.45 plus Milo panas plus tax, total = RM6. Jimat! Dah tak perlu memikirkan pasal perut yang akan berkeroncong minta diisikan setiap pagi. Dan juga nak makan apa untuk pagi nih. Terus sahaja boleh fikir pasal lunch. Alhamdulillah kenyang. :)

Promosi dekat McD nih last 31st March. Kiranya esok lah hari terakhir. Maka kepada sesiapa yang belum try lagi, cepat-cepat ke McD terdekat! Pergi pukul 3.45 AM duduk-duduk dulu before beratur demi untuk mengelakkan traffic jam masa beratur nak beli. Hehehe.  Teringat pulak masa pergi McD itu hari for the same purpose jugak. Fortunately, dapat jugak merasa breakfast free McD hari tuh for the first time. :)

No comments: