Sunday, October 16, 2011

Jasamu dikenang.

Assalamualaikum

Petang-petang begini tiba-tiba teringatkan seseorang. Seseorang yang sangat berjasa. Banyak bagi nasihat, bimbingan, semangat dan dorongan. Suspens betul lah. Saja nak buat introduction panjang-panjang sebab kata nak buat novel sendiri memang berkurun pun belum tentu siap. Jadi, mari mencurah-curahkan idea pada blog. Entry ini tiada kaitan adik beradik dengan idea. Sebab entry ini lebih kurang macam nak dedicate pada someone. Orang lain dedicate song, saya buat entry ini.

Okay, tanpa berlengah-lengah lagi. Eh! Actually someone itu adalah lecturer saya masa study di Matrikulasi dulu. Alhamdulillah, kerana beliau, maka sedikit sebanyak mempengaruhi masa depan saya a.k.a bidang yang menjadi pilihan hati jantung.

Dulu, time sekolah, bila dah nama sains tulen, maka tulen lah juga otak ini. Some people prefer subjek yang jenis membaca dan some pula yang jenis mengira. Me of course love everything about number. Eh, sebenarnya ini ada kaitan sikit-sikit sahaja. Biologi kita tolak tepi siap-siap. I hate Biology! Tak mahu kawan! Okay, seriously memang minat saya lebih kepada mengira. Sains Tulen ada 3 subjek sains. Kimia and Physic yang lagi dua.

Lepas itu, masuk matriks, we need to choose sama ada nak Sains Fizik or Sains Hayat. Then, of course lah I choose Sains Fizik. Semester pertama lebih kepada menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran. Then, semester kedua, she's taught us. Tutor. Beliau seorang yang peramah. Entah macam mana saya boleh rapat dengan beliau. Disebabkan kepala otak masa itu sedikit kompleks, maka setiap benda termasuk lah hukum sains, I will ask 'kenapa macam ni', 'kenapa boleh jadi macam ni'. That's my problem. Rasa macam nak cuci otak so that fikiran macam tu takkan menjelma.

And one day, I had the chance to talk to her. Hey, banyak chance. And bila tengah berdiskusi itu, then I know. Beliau banyak mengajar saya, bagi saya semangat. Dan pilihan bidang juga beliau banyak beri tunjuk ajar pada saya. Alhamdulillah, result Fizik memberangsangkan. I didn't expect I will get such result. Bila dah tahu result Fizik that morning, terus call beritahu puan.

Alhamdulillah. Sampai masuk universiti juga, I know how to handle fikiran begitu. Thanks to her. Actually I lost contact with her. Handset tiba-tiba pun macam hilang arah tuju, maka contact dalam tu tak dapat dilihat. Even so, hope she's fine there. And perhaps one day, I can meet her again. Thanks Puan Zainah for your guidance.

Thank you.