Wednesday, April 20, 2011

Kenny Rogers Again.

السلام عليكم ورحمة وبركاته

Dah lama aku mengidam makan Kenny Rogers sejak tahu harga dia reasonable. Maksud aku, mampu dimakan. Tapi haruslah jimat duit makan untuk beberapa hari. Hehe. Tapi takpe, demi  penuhi ngidam aku, aku sanggup. Meredah malam seorang diri. Cewah!

Kali ni aku test Smoked BBQ Chicken pulak. Best! Sedap. Untuk side dishes, of course lah aku pilih macaroni and cheese then satu lagi aromatic rice. Recommended. Aromatic rice recommended. Try sendiri, kompem nak lagi. Actually, untuk side dishes, aku ambil 2 side dishes yang sama. Untuk penggemar @ fanatik macaroni macam aku ni, sah-sah aku ambil macaroni and cheese tu untuk 2 side dishes aku even though macaroni tu dia rebus je dan dicampur dengan cheese sahaja. Untuk muffin, tak lain tak bukan, my favourite, Chocolate flavour. Muffin Kenny Rogers ni memang sedap. Aku suka sangat. :)

Hari tu aku ada post pasal Kenny Rogers juga. Kiranya ni kali kedua lah aku merasa Kenny Rogers. Hehe. Hari tu untuk side dishes, aku ambil macaroni & cheese, pasta, dengan apa ya. Lupa pulak nama. Aku tak berapa kenan dengan pasta dia. Hari tu aku ambil set BBQ chicken. Pun sedap! Oh ya! Aku lupa cakap pasal harga. Harga untuk BBQ chicken itu hari RM16.90 including tax. Untuk Smoked BBQ Chicken set RM17.90 including tax. Bagi aku, berbaloi makan Kenny Rogers ni sebab boleh makan dua kali. Set dia banyak yang amat. Memang takkan habis kalau makan sekali sahaja. So, boleh lah makan dua kali.

Sesiapa yang belum pernah try Kenny Rogers, go and try. Tak rugi. Mesti kompem nak lagi. Hehe. 

Thanks for reading!

No comments: