Wednesday, July 27, 2011

Hari yang sakit membataskan segala.

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

It's still morning. Okay, fine. Before this, lepas subuh, saya akan mengadap lappy untuk menaip entry baru. Disebabkan jadual tidur sudah mula teratur, makanya bila wake up in the morning, otak terasa segar seperti sayuran segar di pasar. Dan pastinya selepas menulis entry, maka akan mula mengatur langkah untuk breakfast. Breakfast yang sepatutnya harus diambil antara pukul 7-9 pagi tahu!

Well, recently since these days adalah hari-hari yang sakit, saya sakit lah. Tiada maksud tersirat di sebaliknya. Haha. Bila dah sakit, omputeh cakap not in a pink of health. First time dengar perkataan ni masa nak buat surat di sekolah rendah. Jadual tidur mula tak teratur. Walaupun sangat menumpukan perhatian untuk melelapkan diri sehingga berkerut-kerut dahi, tapi tetap juga tak boleh.

Bila suara dah kedengaran 'handsome', jadi tiap malam akan ada music terbaru. Sehingga sangat terharu lalu menitiskan air mata. Dan kepantangan terhadap air sejuk, haruslah berada pada tahap paling maximum walaupun hati kata mahu. Jadi air suam akan menjadi peneman paling setia.

Bila dah kesihatan tak mengizinkan. Cewah! Maka idea untuk membuat entry dah macam pergi bersiar-siar. Dan bila tak duduk di depan lappy, idea dah penat bersiar-siar lalu pulang ke rumahnya dengan selamat. Saya tipu. Sama juga kalau tengah sihat walafiat.

Teringat pula dulu masa sekolah menengah, form 4 atau form 5, rasanya di akhir tahun form 4, saya pernah batuk sebulan. Not exact sebulan. Sama ada plus minus. Then kawan saya juga batuk. Disebabkan itu, maka cikgu-cikgu yang perasan akan menegur. Tapi disebabkan ketidak rapatan dengan ubat, maka kawan saya sembuh dulu. Hanya selepas itu baru saya makan ubat sebab dah lama batuk. Dan tak lama lepas tu, hilang. Yeay!

Kamsamhamnida. Thank you.

1 comment:

suriani azwan said...

tenkiu dtg singgah....sue dtg membalas kunjungan...