السلام عليكم ورحمة وبركاته
Balik sahaja ke rumah, rasa macam yang tak dapat makan di Melaka semua nak makan. Mengenang kembali kisah lalu. Cewah! Ayat jiwang kadang-kadang disebabkan untuk mengubati hati yang lara disebabkan lompat tengok drama korea yang sad ending. OMG! Kalau lah aku tahu sad ending, memang tak tengok dah. Tapi saya tak nangis pun. Cuma sedih dan asyik teringat. Tak puas hati! >,<
Ingat dulu masa kecik-kecik, time sekolah rendah, pagi-pagi mesti tunggu tepi jalan dengan arwah mama. Menunggu pakcik jual kuih. Dan kuih yang wajib dibeli semestinya Pak Tongko a.k.a Cakui. Dulu rupa Cakui tu berbentuk empat segi. Kalau beli dari pakcik tu. Tapi mengikut pemerhatian eksperimen aku, selalu bentuk Cakui panjang dan kembar dua. Cakui berbentuk empat segi tu dah tak jumpa lagi sekarang. Dan nak mencari kuih yang bernama Cakui pun agak sedikit susah. T_T
Aku pun tak berapa nak ingat macam mana aku boleh teringat Cakui lalu teringin nak makan. Tapi memang favourite aku. Masa aku di Matrikulasi, pakcik/makcik (disebabkan tak pasti pakcik atau makcik atau kedua-duanya) cafe D ada jual Cakui. Baru aku tahu Cakui ni sebenarnya dimakan bersama kuah kacang. Selalu aku makan kosong macam tu. Tapi walaupun kosong, tetap sedap!! ^_^
Di rumah, aku jumpa Cakui di pasar malam. Suka sangat pergi pasar malam sebenarnya. Sangat banyak gerai sekarang okay! Tengok aja sebab nanti kalau beli banyak-banyak, takut tak habis dan membazir. Ada lah jugak time bukan pasar malam, teringin nak makan. Ada jual pagi-pagi. Tapi tiap kali aku pergi, tiap kali itulah takde. Itulah yang dinamakan bukan rezeki. Habis hari tu bila pergi pasar malam, aku shopping Cakui RM2. Itulah kali pertama sejak balik ke rumah dan mengidam Cakui, aku dapat makan. Jadi kalau Rabu ni still tetap takde jugak, maka memang aku bakal shopping Cakui banyak-banyak lagi. Sedap!
Cakui berbentuk panjang
Cakui yang sudah dipotong. Nampak menyelerakan! ^_^
Lepas ni, boleh lah try usha resepi Cakui dan try buat. Tak payah lagi nak mencari dan mengidam tak sudah macam ni.
Kamsamhamnida. Thank you.
No comments:
Post a Comment