Monday, July 25, 2011

Ubat.

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Kalau sakit, mesti ada penawar. Kalau cara moden, by taking medicine lah kan. Batuk, selsema, demam, sakit kepala, sakit perut, semua ada. Cakap sahaja sakit apa. Well, zaman semakin moden, semakin banyak penyakit. Dan semakin banyak ubat-ubatan. Hipotesis tiga sekaligus. Tak bagus untuk hipotesis eksperimen Sains. Tapi itu sememangnya dah bukan hipotesis tapi, reality.

Zaman sekarang ubat bukan sahaja boleh diperolehi di klinik, tapi dekat kedai pun dah boleh. Untuk ubat yang terkawal, contohnya painkiller, of course di kedai tiada. Di farmasi, klinik, hospital bla bla di mana ada pakar untuk control lah. They know better than us. Nanti tiba-tiba ubat itu terkawal tapi suka-suka membeli maka ibarat macam tiada penyakit, cari penyakit.

Sakit ni ada juga hikmahnya. Boleh menghapuskan dosa-dosa kecil. Dan wudhu' juga boleh menghapuskan dosa-dosa kecil. Itulah kelebihan berwudhu'. Bercakap pasal ubat, I'm the one yang memang tak suka makan ubat. Entah kenapa. Nak cakap tak sedap, memang benda yang menyihatkan tu tak sedap, pahit bagai. Cewah! Buat-buat tak tahu pula kenapa. Tapi I don't know the exact reason sebab tak suka makan ubat.

I prefer to let sakit tu sembuh dengan sendiri without makan ubat most of the time. Not without doing anything, sebab misalnya kalau sakit tekak dan batuk sekaligus, saya minum lemon suam. Macam itu sahaja to treat my illness. Sebab ada ubat yang boleh menyebabkan kompilasi buah pinggang kalau kita tak tahu cara yang betul. Contohnya ubat sakit kepala. Dah tak ingat nama saintifik ubat tu. Air haruslah diminum dengan banyak. Jadi, saya prefer tak makan ubat sebab tu. Takut juga. Biar sakit sikit macam ni, daripada sakit-sakit yang akan datang.

Kamsamhamnida. Thank you.

No comments: