Friday, July 22, 2011

Guling-guling macam tenggiling.

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Semalam, tiba-tiba terasa kesusahan untuk bernafas sebab mukus dalam hidung merembes dengan kadar yang tinggi. Oh, mantapnya Biologi saya. Masuk bakul angkat sendiri. Toink toink toink. Itu sahaja yang saya tahu. Disebabkan minat terhadap subjek calculation amatlah tinggi gedabak maka harus memohon maaf pada Biologi. Ampun Biologi.

Bila makcik selsema dah datang maka dengan sendiri kepala juga akan rasa nyot nyot nyot. Sakit woh! Disebabkan panas dalam, maka air akan sentiasa menjadi sahabat sejati. Kalau tak, bukan setakat guling-guling macam tenggiling lagi tapi dah kena guling, naik turun 360 degree.

Selsema agak terseksa. Sebab, sebab apa eh. Tak selesa. Even tak demam pun rasa macam nak demam. Oh, okay. Sebab selsema datang sekali dengan sakit kepala yang amat. Rasanya selsema lebih teruk dari demam. Saya adalah orang sakit sekarang. Jadi, jom guling-guling macam tenggiling macam dalam filem hindustan!!

Kamsamhamnida. Thank you.

No comments: