Friday, July 22, 2011

Saya suka bernasyid.

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Sekarang suka sangat mengimbau masa lalu. Rasa seronok sangat. Teringat zaman sekolah rendah dulu. Sangat banyak kenangan manis. Kanak-kanak ribena dulu. Pejam celik pejam celik, dah lama meninggalkan alam sekolah rendah. Dulu saya tak tadika tahu! Orang lain syok tunjuk gambar tadika bagai, saya tengok sahaja. Lagu-lagu yang belajar di tadika saya tak tahu. Dengar sahaja. Hehe.

Dulu saya adalah batch pertama di sekolah. Maka segala aktiviti boleh lah di conquer. Senior okay! Berani kau melawan senior! Nanti kena blacklist. Grr!~ Haha. Lagipun disebabkan batch pertama, maka kelas hanya ada satu. Batch selepas saya dan seterusnya, barulah kelas bertambah. I mean that kelas A dan B. Jadi, semua orang masa batch saya adalah kelas A. Yeay!

Saya tak berapa ingat macam mana saya boleh terjebak dengan dunia nasyid. Seronok woh! Enjoy! Disebabkan dulu sekolah sehingga petang, dari pagi sampai petang dan masa rehat ada dua kali iaitu pagi dan tengahari, maka practice untuk nasyid akan dibuat time rehat tengahari. Curi masa sekejap. Paling tak boleh lupa, saya diberi peluang untuk menjadi tekong. Dan kejayaan yang sangat bermakna buat saya sepanjang saya menjadi tekong apabila kumpulan nasyid sekolah saya menang tempat pertama dalam pertandingan nasyid. Best woh! (*_*) Muka excited cenggini.

Then bila masuk sekolah menengah, saya sudah tak aktif. Sebab saya mengejar masa. Itulah, degil mahu duduk di rumah. Eh, tapi duduk di hostel saya pernah tertidur masa prep. Dan masa tu ustaz datang then cakap kesian pada saya dan kawan saya sebab penat sangat. Orang sibuk prep, kau sibuk tidur. Eh, tak. Masa tu, awal-awal masa form 1. Jadi, tiada apa yang nak kena study lagi. Boleh tidur masa prep. Yeay!

Kamsamhamnida. Thank you.

No comments: