Sunday, July 10, 2011

Flu a.k.a Selsema.

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Dalam banyak-banyak sakit yang tak kritikal, aku paling lemah dengan selsema. Demam aku boleh tahan lagi. Sebabnya selalu kalau aku demam sehari dua macam tu. Dan bila demam, demam sahaja. Means that takde sakit sampingan macam sakit kepala semua. Dan selera makan juga tidak terganggu langsung walaupun demam. Kerja juga boleh buat dengan sepenuh hati.

Tapi lain pulak bila aku kena selsema. Bila selsema, sakit kepala akan tumpang sekali. Dan aku akan rasa macam tak sihat, tak bersemangat kalau selsema. Lain macam aku rasa. Sebab tu kalau agak-agak demam, aku akan beli satu botol besar 100 plus. Petua orang bagi aku. Tapi ada sekali sebelum aku hampir kena selsema, aku minum 100 plus, then selsema tu tak jadi nak berlarutan.

Disebabkan aku pulak memang jenis tak reti nak makan ubat walaupun sakit, menambahkan sakit tu. Dari dulu memang aku tak suka makan ubat kalau sakit tak teruk. Takut jugak aku terlalu bergantung pada ubat. Bila sakit kepala pun, aku biarkan saja. Panadol aku memang tak pernah beli untuk dimakan diri sendiri. In case kalau teruk, aku akan pergi klinik then makan ubat doktor. Itupun tak habis walaupun doktor suruh habiskan. Bajet dah lega, then beraksi seperti kacang lupakan kulit. Memang aku akan lupakan ubat itu immediately. Haha. Harap selsema aku kali ni jugak tak menjadi.

Kamsamhamnida. Thank you.

No comments: