Bismillahirrahmanirrahim
Eh, salah letak gambar. Okay, tipu. Bila keinginan untuk berjalan-jalan makan angin membuak-buak, maka tadi satu family, eh tak, sebab ada yang tak dapat join, maka pergi jalan-jalan makan angin. Kadang-kadang kalau itu namanya suka the simple one, jadi bedak pun tak pakai. Natural beauty katanya. Beauty ke? Tak pun, kulit yang kusam, warna yang hitam. Eh, pandai lah buat pantun dua kerat.
Bila berjalan, naik kereta okay, naik kereta. Taklah berjalan kaki. Kalau tak, mesti dah tak payah lagi buat exercise setengah jam pagi petang malam selama sebulan. Eh, dah lama tak berjalan mengelilingi negeri kelahiran. Maka, sedikit teruja. Disebabkan kawasannya sedikit ke arah utara, maka bila ada orang bertanya, nanti mesti garu-garu kepala, 'Oh, di manakah?'.
Tersedar dari lamunan bahawa betapa cantiknya alam ciptaan tuhan di negeri kelahiran sendiri. Sungguhpun tidaklah seperti Kuala Lumpur yang ada taman tema, shopping complex bagai, terdetik juga rasa di hati betapa cantiknya alam ini. Pohon yang menghijau, langit yang memutih. Bersiar-siar di tempat yang lapang, kiri kanan ada sawah pad kehijauan dan di depan ada bukit. Subhanallah, cantiknya! Terasa kalau menunggang basikal pun sangat seronok. Rupanya ada juga tempat yang masih belum dijelajah. Tenangnya bila ada di sana. (+_+) *Muka excited sampai mata terjuling sebab kekaguman yang melampaui batas jalan*
Turun dari kereta untuk ambil gambar ni. Jakun sebentar. Tak, sepenuhnya jakun. |
Ada orang menunggang kuda. Seronok okay! |
No comments:
Post a Comment