Monday, July 11, 2011

Cikgu.

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Kadang-kadang di ambang penungguan ni, terfikir jugak seronok jugak kan kalau kerja cikgu. Mengajar budak-budak yang kecil molek lagi. Haha. Macam inilah jadinya kalau rasa suka dekat budak-budak tu meninggi. Adik-adik semua dah besar belaka. Jadi, adik bongsu yang akan menjadi mangsa untuk digomol. Hehe.

Ambil experience dulu kerja cikgu. Boleh duduk di rumah jugak. Rumahku syurgaku. Sementara memikirkan tentang masa depan. Sebenarnya dah ada planning untuk masa depan. InsyaAllah, ada rezeki, ada lah. Cuma dalam membuat preparation tu, mahu jugak melompat sekejap dalam bidang perguruan. Arwah mama saya dulu cikgu tahu. (^__^)

Adik saya juga bakal seorang teacher, insyaAllah. Minat dalam bidang perguruan. Dan english. Teringat dulu disebabkan di sekolah semuanya pelajar perempuan jadi kami mempunyai sedikit kebebasan. Bila sahaja teacher English masuk ke kelas, semua mata akan merenung dari atas ke bawah. Hehe. Beg, kasut, tudung teacher akan mengikut warna baju. Yang paling penting, teacher sangat best dan sporting.

Kalau mengajar di sekolah rendah, persekitarannya bersama budak-budak yang comel. Mesti akan teringat memori sekolah rendah suatu ketika dulu. Sangat best. Budak-budak sangat innocent tapi comel! Kalau mengajar di sekolah menengah pula, persekitarannya pula bersama dengan pelajar-pelajar yang sudah remaja. Jadi, boleh buat kawan. Tapi dalam sesentengah benda, ada juga batasnya. Apa-apa pun, cikgu tetap best!

Kamsamhamnida. Thank you.

No comments: