Wednesday, July 20, 2011

Mushroom Soup.

Assalamualaikum
Bismillahirrahamnirrahim


Petang-petang yang tak berapa nak petang lagi macam ni best makan mushroom soup yang dicicah bersama roti. Sedap! Taklah mushroom sangat sebab campur dengan chicken soup. Ha, macam mana nak buat? Tadaa!

Pastikan duit dalam tangan ada RM10. Lebih kurang. Kemudian, pergi kedai beli Campbell soup. Banyak pilihan di situ. Senang tak? Eh, belum habis lagi. Kalau dalam tin, kena masak dulu. Oh, saya dah kurang beli yang dalam kotak punya sebab rasanya sedikit pelik. Mengikut citarasa saya. Tapi kalau dalam tin, kena ada peti ais untuk disimpan in case kalau mushroom soup tu tak habis digunakan.

Saya sangat suka Campbell soup. Before ni dah pernah cuba satu brand lain. Erk, apa ya nama brand tu. Alamak, peti menyimpan ingatan dah pergi berjalan-jalan sekejap. Mula-mula kenal Campbells soup ni, makan macam tu sahaja, sedap juga. Then, tiba-tiba bila tercetusnya idea makan roti bersama sup cendawan sama macam kat Pizza Hut, maka try lah then wahh! Okay fine, tak tahu nak cakap macam mana lagi. Yang penting, mushroom tu memang favourite saya jadi walau apa pun cendawan yang boleh dimakan, saya akan makan.


Campbell's mushroom soup versi Malaysia. Ada juga labelling lain tahu!

Dalam kotak.


Kamsamhamnida. Thank you.

No comments: