Friday, July 15, 2011

Matahari Istiwa di atas Kaabah. Apa tu?

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim

Tadi saya baca status facebook seorang rakan saya pasal Matahari Istiwa di atas Kaabah. Tahun ni akan berlaku pada 16 Julai 2011 pada jam 5.28 petang waktu Malaysia. Bila dah baca tu, then macam curious nak tahu apa yang berlaku di sebalik Matahari berada di atas Kaabah.

Nak tahu apa? Matahari Istiwa di atas Kaabah ni sebenarnya satu keadaan di mana matahari akan berada tepat di titik zenith (ghayah) ketika istiwa.Sekadar perkongsian apa sebenarnya Matahari Istiwa di atas Kaabah. Saya pun tak begitu memahami. Cuma mengambil beberapa benda yang boleh dijadikan pengetahuan baru. Yeah! Ayat mulai skema.

Peristiwa 'Matahari Istiwa di atas Kaabah' ni berlaku dua kali setahun. Apa yang kita boleh buat. Sebenarnya daripada peristiwa ni, kita boleh tahu arah kiblat yang tepat. Means that, kita boleh menyemak semula dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain. Di Malaysia, peristiwa ini berlaku pada 28 Mei jam 5.16 petang dan sekali lagi pada 16 Julai 2011 jam 5.28 petang.


Sumber : Ittutor

Kamsamhamnida. Thank you.

No comments: