Monday, July 18, 2011

Bahayanya terlalu kenyang.

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim


Makan  semasa lapar. Terasa nikmatnya makanan itu. Makanan yang kurang digemari pun boleh dihabiskan kalau time tengah lapar. Tapi, haa ada tapi tahu. Surprise gitu. Makan memang perlu demi untuk menahan rasa lapar dan seterusnya bolehlah buat kerja-kerja seharian. Tapi makan sehingga terlalu kenyang, ada bahayanya. Bawah ini ada 10 bahaya akibat terlalu kenyang. Sangat penting demi kebaikan kita bersama. *Sumber : widura*

Dalam kitab Minhajul 'Abidin daripada Imam al-Ghazali, beliau menggariskan 10 bahaya akibat terlalu kenyang:

1. Banyak makan menyebabkan hati menjadi keras.

2. Banyak makan membangkitkan segala anggota dalam berbuat perkara yang sia-sia dan kejahatan.

3. Banyak makan membinasakan kecerdikan dan kepintaran serta menyebabkan sedikit faham dan kurang pengetahuan.

4. Banyak makan mengurangkan amal ibadat kerana manusia apabila banyak makan menyebabkan berat badannya yang membawa kepada mengantuk dan malas.

5. Banyak makan menyebabkan kurang selesa ketika menunaikan ibadat.

6. Banyak makan ditakuti jatuh kepada yang haram atau syubhat.

7. Banyak makan menyebabkan hati sentiasa risau berkenaannya, memenatkan badan untuk mencari serta menyediakannya. Begitu juga untuk memakannya dan melepaskan mudharatnya.

8. Banyak makan menyebabkan bersangatan sakit ketika mati kerana kesakitan dan kesusahan ketika mati bergantung kepada sekadar mana kesedapan dunia yang dinikmati oleh kita.

9. Banyak makan menyebabkan kurang pahala akhirat.

10. Banyak makan menyebabkan banyak hisab di akhirat.

Wallahualam.



Kamsamhamnida. Thank you.

No comments: