Sunday, July 24, 2011

Tips untuk mengelakkan loya ketika di luar.

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Kadang-kadang, jarang-jarang kita keluar, keluar? Lebih kurang lah. Tapi more to keluar berjalan, travelling macam tu. Best berjalan-jalan. Tengok dunia. Bak kata pepatah, jauh perjalanan, indah pemandangan. Kenali Malaysia~ Macam dalam iklan. Saya sangat teringin nak pergi Pulau Perhentian. Snorkeling. Woh, syoknya!

Okay, kadang-kadang bila kita ke mana-mana, tak kisah dalam negara mahupun luar, dalam bas misalnya, then disebabkan keadaan geometri sebuah tempat tu, jalan bengkang bengkok, kita loya. Bas pusing sana, pusing sini, then otak berpusing-pusing dan menyebabkan kita rasa loya, nak muntah, nak berhenti tak boleh. First mesti kena ada plastik. Standby kalau apa-apa. Kalau boleh, plastik hitam. Sebab anda tergamak kah tengok semula muntah anda dalam plastik lutsinar? Bawa plastik banyak pun tak mengapa.

Cara kedua pula, anda boleh memandang tumbuhan hijau, kosongkan fikiran anda, pejam mata dan tarik nafas. Bayangkan indahnya tumbuhan hijau yang segar. Maka dengan itu sedikit sebanyak boleh mengurangkan rasa loya. Seelok-eloknya bila dah terasa pening kepala mahu mengunjung, maka cara kedua adalah lebih berkesan.

Segarnya tumbuhan hijau ibarat salad yang ada dalam nasi ayam. (-.-")

Pohonan hijau merimbun.


Sekadar perkongsian. Semoga bermanfaat untuk kita semua demi untuk travel ke tempat lain. Yeay!

Kamsamhamnida. Thank you.

No comments: