Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim
Pagi-pagi seperti biasa check email dulu. Then saya terima satu email pasal duit. Mula-mula baca jugak. Panjang jugak introduction dia. Ini kalau masuk pertandingan buat essay, boleh menang ni. Hehe. Disebabkan terlalu panjang maka saya dah penat membaca isi kandungan yang seterusnya. Subject dia, mahukan saya balas secepat mungkin. Konon ingatkan company mana nak offer kerja kan. Hehe.
Kalau ada orang yang dipercayai ajak buat bisnes, kalau ada rezeki, duit, mungkin saya akan terima. Tapi kalau dapat duit bulat-bulat macam tu sahaja tanpa buat apa-apa, sila ke kaunter pertanyaan lain. Haha. Dalam dunia ni, bagi saya, duit takkan senang jatuh bergolek. Orang yang kaya gilos pun berusaha berpenat lelah buat hok tu buat hok ni untuk nak berjaya, jadik jutawan, dapat duit banyak. Wah, entry penuh emosi di pagi hari besertakan ayat yang agak skema. Hehe.
Kadang-kadang terjumpa jugak di website mana-mana, 'Buat 5k dalam masa dua minggu', contohnya, mungkin betul ada orang dapat buat 5k dalam masa 2 minggu tapi saya memang tak berminat. Strictly said, I don't have any interest of making money in a short period. Sama jugak macam MLM. Untuk orang yang pandai bercakap dan bersemangat, mungkin sesuai. Tapi untuk orang macam saya, saya memang tak berminat. Saya prefer bisnes jual beli yang nampak dengan mata. Ada barang untuk dijual beli. Biarlah susah sikit tapi sekurang-kurangnya saya nampak pengaliran duit tu. Plus, tipu customer memang jugak tak minat. Walau apa pun. Tak berkat bisnes tu.
Kamsamhamnida. Thank you.
No comments:
Post a Comment