Saturday, July 23, 2011

Durian.

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Sekarang musim durian, memang best. Kalau time bukan musim, memang susah nak dapat. Mahal pula tu. Kalau tengah study dulu, alamat tunggu balik rumah dulu baru dapat makan. Disebabkan penjimatan duit harus dilakukan. Baru berapa ulas durian, dah berapa belas ringgit. Mahal, mahal. *Sambil geleng-geleng kepala 180 degree*.

Dah lama rasanya tak makan cucur durian. Sedap tahu! Dulu arwah mama selalu juga buat. Sedap woh! Then, pulut durian memang tak lepas. Taklah selalu, hanya bila terasa dah lama tak makan, maka dapatlah makan pulut durian. Pulut durian yang sangat best kalau makan adalah bila dimakan bersama santan dan gula. Dah lama sangat tak makan macam tu. Tapi hari tu tercapai juga nak makan cara macam tu di rumah ibu saudara. Yeay!

Bubur durian sedap dimakan dengan roti. Kalau dapat, then ada sekali dengan roti, terasa bahagianya hidup. Haha. Tapi makan, makan juga. Nanti panas satu badan. Hehe. Plus, durian tak berapa sesuai untuk orang yang migrain. Nanti kalau dah sakit, memang menyesal sebab makan terlalu banyak tapi selepas itu, makan lagi. Haha. Info kesihatan, bagi orang yang ada migrain, jangan makan terlalu banyak durian okay. Utamakan kesihatan anda! Mesej ini dibawa kepada anda oleh dot dot.


Sekarang famous pasal durian king. Teringin nak cuba. Sebab durian tu orang cakap sangat sedap. Harga dia pun sangat sedap lah. Then, cuba tu hanya angan-angan dulu sebelum duit cukup. Duit cukup tak tahu bila sebab macam banyak barang nak dibeli. Hehe. Tapi kalau duit ada, apa salahnya mencuba kan.


Bubur durian. Ada satu istilah lagi tapi dah lupa. (*_*)

Cucur durian. Sedap!

Durian.

Pulut durian yang dimakan bersama santan dengan gula.

Kamsamhamnida. Thank you.

No comments: