Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim
Since hari ini juga tugas saya memasak untuk lunch, maka mari kita bersorak riang gembira hooray! Dapur 'ana' yang punya. Saya sangat suka memasak sendiri. Saya akan menjadi segan bila ada orang lain. *Muka blushing. Muka tahu, bukan pipi sahaja. Harap maklum!* Unless kalau ada orang yang membantu potong-memotong, mengelap macam itu barulah sedikit senang hati. Tapi since alone, macam-macam idea keluar.
Untuk hari ini, ada sotong, ayam, dan juga kangkung. Sotong pada asalnya nak buat masak tepung. Then, tengok tepung adabi, alamak! Tarikh luput dah lepas. Okay, fine tepung. Fine! Maka dengan itu, membuat tepung goreng sendiri. Dang ding dong deng deng, dah siap. Disimpan juga sedikit sotong untuk masak dengan sayur. Tang ting tung teng tong tong, dah siap.
Ayam nak buat masak kicap. Dalam fikiran sebelumnya. Tapi macam dah biasa. Tiba-tiba, 'terbakar' fikiran. Roasted chicken! Yeay! Itulah yang kita mahu. Maka untuk kali pertama buat roasted chicken. Minyak juga boleh dikurangkan. Perap ayam selama sejam. Then dalam tempoh itu, maka bergegarlah dapur ibarat Jom Heboh Masak.
Dah habis masak lauk-lauh yang lain semua bagai, then bermula lah ekspedisi membuat roasted chicken. Masa berlalu. Ayah juga dah balik. Then, bila time makan, tanya mereka, okay tak sotong masak tepung buatan sendiri, sayur hentam saja lah, dengan roasted chicken first trial. Wah, semua ada nama tambahan di belakang okay. Harap maklum. Maka, jawapan mereka, okay. Alhamdulillah. Okay, since saya tak pandai masak. Mengaku ni, harus! Saya sangat suka bila saya masak, then orang makan nampak macam bahagia dan lauk juga habis. Terasa bahagianya hidupku. (+_+)
Dulu ada sekali buat ikan kembung masak lemak cili api dekat arwah mama. Since masa tu, arwah mama dah sakit, maka selera makan juga berkurang. Tapi hari tu, mama tambah nasi. Yeay! Sangat terharu. Lepas ni, teringin nak buat chicken chop dan roti sendiri buat.
Kamsamhamnida. Thank you.
No comments:
Post a Comment