Monday, July 18, 2011

Panas.

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Bila tengahari menjelma, maka terasa macam nak duduk hotel sahaja. Tapi memandangkan terdapat kesedaran diri bahawa duit tiada, jadi bertahan. Bayangkan para petani menuai padi di tengah panas. Harus juga belajar kesusahan. Padi yang kemudian menjadi beras itulah yang dimakan setiap hari. Jadi, kalau tiada petani, siapalah kita.

Ini baru panas dunia. Macam mana panas neraka nanti, wallahualam. Salah satu daripada hukuman Allah, matahari berada sejengkal di atas kepala. More info, saya ada post pasal gambaran Hari Kiamat di sini. Kalau sekarang pun sudah terasa kepanasan, mengadu panas, cepat-cepat mencari tempat berteduh, tempar ber'air-cond', di akhirat nanti, wallahualam.

Panas begini, teringat zaman dahulu masa sekolah. Balik dari sekolah kadang-kadang menghadap panas macam ni. Unless kalau balik petang then kepanasan berkurang. Disebabkan migrain, maka kipas kecil menjadi peneman setia bila masuk matrikulasi dan universiti. Kalau tiada kipas, maka siapalah saya. Cewah!

Kamsamhamnida. Thank you.

No comments: