Thursday, July 21, 2011

Accident.

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Rasanya almost orang yang dah tahu driving, ada experience excident. Semua orang yang tahu driving di sini tak kisah ada lesen atau tak sebab ada juga yang tiada lesen pun tahu driving okay. Saya juga tak lepas dari excident.

Tiga tahun lepas, sebulan saya bawa scooter, then of course scooter tu digunakan untuk ulang alik ke universiti. Kelas tak tentu. Kadang-kadang tiba-tiba cancel sebab lecturer ada meeting, emergency dan sebagainya. Maka, pembawaan scooter sangatlah bermakna dalam hidupku.

Hari tu hari khamis. Saya ingat okay! Hari tu saya juga sedar saya sedikit weird. Happy terlampau. Eh, saya pun hairan dengan diri sendiri okay. Selalu taklah over happy macam hari tu. Then, hari itu juga saya lupa baca doa naik kenderaan masa nak balik ke hostel. Lupa okay.

Masa saya accident, memang dah nampak asrama di depan. Itulah yang dikatakan takdir. Dan tempat saya accident tu betul-betul dekat dengan klinik. Alhamdulillah, tiada serious injury. Even dibawa scan di hospital, tiada patah tulang dan sebagainya. Sebenarnya accident itu hanya penyebab. Penyebab untuk saya balik sementara ke kampung halaman. Hari tu, saya pakai labcoat dan jeans. So, secara tak langsung labcoat dan jeans tu menyelamatkan saya dari luka yang pilu.

Sebab saya accident, then doktor bagi mc beberapa hari. Saya still terkejut lagi masa tu so macam terpinga-pinga juga bila cousin saya dari KL datang ambil untuk bawa balik ke rumah. Then, they told me yang arwah mama saya dah tenat masa tu. Dan hari selasa berikutnya, arwah mama pergi. Sebab itu saya cakap, accident tu hanyalah penyebab. Masa arwah mama tiada, saya ada di rumah.

Saksi-saksi kejadian, cewah! Macam di mahkamah pula. Mereka cakap kalau saya tak langgar tiang stop di simpang tu, mungkin saya akan terseret lagi. Tiang tu ternaik sikit okay. Kenangan tu. Tiap kali lalu di situ, mesti teringat. Oh tiang stop ku! Memang betul-betul buat saya stop. Haha.

Kamsamhamnida. Thank you.