Sunday, November 18, 2012

Kelas macaroon

Assalamualaikum

Tadi ingatkan 'beruk' dah tak boleh pakai, sobsobsob. Cukuplah dugaan yang datang menimpa ni dah tak tertahan, kalau 'beruk' pun rosak, gua memang cabut balik rumah esok. Apakah? Semata sebab 'beruk' rosak, sanggup balik ke kampung yang ambil masa 2 jam dan kemudian datang balik hari sebab isnin dah bekerja, memang tak berbaloi! Baiklah! Sila berdoa agar moga saya kuat dan segala urusan dipermudahkan. Ameen!

Entah dua tiga hari, semenjak dua menjak ni, ku rasakan macam nak menaip entry sahaja. Memanglah kebiasaan tenggelam timbul tenggelam timbul, sebab semangat nak menaip entry yang berkobar-kobar jarang ada sebab busy sangat, plus saya hanyalah mampu memakai 'beruk'. Siapalah yang nak sponsor pakai unifi, memanglah seorang yang sangat baik hati. *mata berkaca-kaca berkelip-kelip bak bulan purnama di pagar bintang*

Sila ambil perhatian, tajuk di atas sebenarnya belum berlaku lagi. Sebab rasa excited teramat, maka nak juga buat entry. Kelas macaroon ni seperti juga semalam, tak lain tak bukan of course sumber daripada groupon.my. Thank you groupon.my! I lap u lahhh! Boleh teman belajor cara buat macaroon dengan Hokkaido Cake. Ni first time join kelas buat cake dan seangkatan dengannya. Sebelum ni, kalau buat cakes atau seangkatan dengannya, memang main hentam saja lah labu! Labu pun cakap ya, hentamlah saya. So, no point lah kan pergi kelas? *sambil angkat-angkat kening sebelah*

Sebenarnya memang jauh di lubuk hatiku, acewahh! teringin nak buat macaroon, nak jugak hentam saja lah labu tu, tapi labu cakap tak boleh. Sebabnya adalah macaroon ni adalah sedikit leceh. Maka, bila ada kelas, dan juga agak dekat (satu negeri ja ponn), boleh lah boleh lah join. Boleh belajar cara buat Hokkaido cakes dan juga macaroons. 2 in 1! Lepas tu balik rumah, boleh practice balik. Harap dapat beli oven untuk next month. Panasonic oven 3 in 1. I loike panasonic~ ^___^ Setiap bulan haruslah ada target untuk membeli barang dan juga mencuba makanan. Yeay~ Saya suka!!

Bukan sahaja boleh belajar cara nak buat tapi boleh bawak balik sekali cake dan macaroon yang dibuat. Yeay, yeay! Jelas kan kata yang saya memang excited nak pergi kelas tu. Bhahaha.

Sekian, wassalam. Good night!

No comments: