Tuesday, November 20, 2012

Crab dumpling

Assalamualaikum

Semalam pergi ke tesco tujuan asal semata nak tengok rega (harga) washing machine, tapi terbabas pula. Sikit la terbabas. Sambil usha makanan untuk dinner, ter pergi ke tempat frozen foods. Memula ter berhenti dan ter khusyuk tengok kimchi. Sila ambil perhatian bahawa penggunaan 'ter' banyak digunakan di sini maka, perbuatan ini adalah secara tak sengaja. Bhahaha. (Sambung balik) Tapi sebab kimchi kat rumah ada lagi maka, cancel. Takut banyak sangat nanti membazir.

Dalam berjalan-jalan itu, tanpa disedari telah memasuki lane lain. Sebelum itu, telah berjaya membawa susu DHL chocolate sekotak. Okay fine, saya rasa macam nak beli lagi sekarang!! Original susu DHL pun memang sedap okay! Terima kasih cik promoter sebab telah memberi peluang kepada saya untuk membawa pulang susu DHL.

Setelah memasuki lane lain, tiba-tiba kaki saya telah membawa saya ke bahagian dumpling. Disebabkan saya belum pernah merasai dumpling maka, ini adalah pilihan yang bijak! Rasa macam nak volunteer jadi pengacara Jalan-jalan Cari Makan pula sebab semua benda yang tak pernah makan dan kedai yang belum pernah pergi rasa semuanya nak mencuba. Alangkah bestnya! *Verangan*

Disebabkan kami begitu mengambil masa untuk tengok kandungan kolesterol, carbs, dan sebagainya, maka agak lama juga berhenti di situ. Disebabkan saya juga belum memiliki microwave, maka harus diteliti dengan betul bahawa makanan itu tak perlu menggunakan microwave/oven. Tahniah pada KAMI Crab Dumpling kerana telah terpilih untuk dibawa pulang ke rumah sebanyak
.
..
...
....
.....
......
.......
........
.........
..........
...........
............
.............
..............
...............
................
.................
..................
...................
....................
.....................
......................
.......................
........................
.........................
..........................
...........................
SEKOTAK! Bhahaha. Sekotak dulu untuk merasa. Tapi nanti nak merasa benda lain pula. Sungguh tak sabar nak membeli microwave sendiri. *Verangan lagi* Harga sekotak Crab Dumpling brand KAMI adalah tak sampai RM5. RM4.++ Ada 10 pcs dalam satu kotak. Mulanya ter confuse nak beli Prawn atau Crab. Tapi akhirnya hati telah membuat pilihan untuk memilih encik Crab. Ada dua cara untuk memasak iaitu deep fry atau boil. Disebabkan ada 10 pcs, maka sekali dimasak dengan cara deep fry, sekali dimasak dengan cara boiling. Teringin mahu mengambil gambar dan letakkan bersama entry tapi apakan daya, handphone tak terdaya sebab camera ada masalah. *sedih*

Esok masa untuk cuba Durian Crepe pula. Seronoknya! Nampak tak keterujaan saya bila dapat merasa makanan baru? Nampak tak, nampak tak. Dah lama tengok Durian Crepe yang semakin famous dalam internet. Maka, sekarang terasa mahu mencuba Durian Crepe. ^_^ InsyaAllah ada masa esok, saya cuba pos tentang Durian Crepe pula.

Sekian, wassalam.

2 comments:

sheera aya said...

Sedap tak dumpliing tu?slalu tgk cte korea mcm sedap je dorg mkn.tp biasanya dorg boil,jrg nmpk yg fry.
http://sheeraya.blogspot.com

Razil Tahir said...

Wargh! Dumpling sedap!! XD