Sunday, November 7, 2010

14 Oktober 2008

14 oktober 2008..
genap 14 hari hari raya puasa..
genap 7 hari hari lahir Cik Nurul yang ke 19 tahun..
tarikh yang takkan dilupakan seumur hidup..
tarikh dimana Cik Nurul kehilangan orang yang sangat penting dalam hidup Cik Nurul..

Mama pergi lepas lebih kurang 2 tahun menderita sakit breast cancer..
kehilangan mama memberi kesan yang sangat besar dalam hidup..
sedih sebab dalam usia 19 tahun, Cik Nurul kehilangan ibu yang melahirkan Cik Nurul..
tak dapat lagi nak dengar mama membebel..
tak dapat lagi nak manja dengan mama..
tak dapat pegang tangan mama lagi..
tak dapat beraya dengan mama..
segala2nya tak mungkin lagi bersama mama..
i miss every moment with mama..

masih terngiang2 di telinga..
pesan mama, "kakak..kalau mama xdak nanti..kakak jangan patah semangat nak belajar"..
mengalir airmata mama berpesan pada Cik Nurul..
mahu sahaja airmata ni mengalir bila dengar mama pesan macam tue..
Cik Nurul tahan jugak sebab taknak mama sedih..

time exam..
mama takkan lupa baca yasin untuk Cik Nurul..
dengan harapan yang satu: Cik Nurul dapat jawab exam dengan tenang..
bila sakit, mama laa yang bersusah payah menjaga Cik Nurul..
rindu sangat2 belaian mama hanya Tuhan saja yang tahu..

Walaupun terkadang terlintas jua di hati kenapa mama pergi begitu awal..
namun Cik Nurul pasrah..
Tuhan lebih sayangkan mama..
Cik Nurul bersyukur sangat2..
dapat seorang ayah yang sangat prihatin, bertanggungjawab..
walaupun mama dah xdak, tapi kasih ayah tak pernah kurang sedikit pun..

Namun..terkadang..
rasa rindu menggamit di hati..
Ya Allah, tabahkanlah hati hambaMu yang lemah ini..
Kuatkanlah hambaMu dalam menghadapi cabaran ini....

Buat Mama..
moga Mama bahagia di sana..
semoga rohnya ditempatkan bersama2 dengan orang yang beriman..
i love u Mama....

Buat sahabat2 ku di luar sana..
hargailah ibu bapa anda..
kerana..
kita tidak tahu..
selama mana kita masih akan dapat melihat wajah mereka..

No comments: