Sunday, October 14, 2012

Awesome food at Kapitan

Assalamualaikum

Alhamdulillah, today I had a great time with sisters. We had the chance to have our lunch at Restoran Kapitan after performing our Zohor prayer. Selepas berpusing lebih daripada 360 degree mencari parking, ada juga tempat akhirnya. The road just similar with the one in Malacca. Kalau nak cerita pasal our journey today, kena buat separate entry. Well, tak best kalau campur dalam satu entry. Plus, all the pictures ada pada orang lain. Di mana kamera menghala, di situlah saya menempek. Itulah kerja saya. Bhahaha. Tapi bila tiba masa makan, maka memang tangan sepantas kilat yang sabung menyabung terus snap gambar untuk letak dalam blog. 

At first, we planned to have our lunch kat mee sotong. But actually during our mid year party, saya sudah sempat merasai. Mabeles! Tapi disebabkan gerai tu tutup, maka kita bertukar ke plan B. Berjalan sekitar Cornwallis dan kemudian pergi Masjid untuk solat baru menuju ke Restoran Kapitan. Oh ya by the way, segala tempat kejadian yang ada dalam 'skrip' ini adalah di Penang Island.

Restoran Kapitan ni ada dua tingkat. Maka, kepada new comers kalau rasa panas, boleh pergi ke tingkat 1 disebabkan kat tingkat atas, ada air-cond okay. Maka, sesuai dengan cuaca yang agak panas tadi plus aktiviti berjalan tadi, maka tingkat 1 memang sesuai untuk mengisi perut yang sudah mula berkeroncong lagu Upin Ipin. Sampai sahaja menu pada kami, maka saya seperti biasa, bila pilihan banyak, rasa semua sedap sampai tak tahu nak pilih apa. Bhahaha. Tapi as usual, setiap restoran mesti ada recommendation menu right. Maka, itulah menjadi keutamaan saya disebabkan saya juga adalah new comer.

Actually, Restoran Kapitan ni dah pernah masuk Jalan-jalan Cari Makan. So, bukan calang-calang restoran dan terbukti sedap! Disebabkan nama nasi ini agak panjang so harap maaf, memang tak ingat. Bhahaha. But for those yang minat cheese, memang recommended try this menu! Harganya RM11. Don't forget to ask for Tairu untuk bagi rasa masam sedikit. Nasi Beriani di Restoran Kapitan ni memang mabeles!  kata KFC, sedap hingga menjilat jari.

Nasi Beriani.... Nama panjang, tak ingat tapi menu ini termasuk dalam recommendation menu. Kuah nasi ni cheese. Mabeles!

Nasi Beriani Ayam. Besar kan ayam? Makan hari ni, simpan sampai esok macam penguin.

Selepas. Alhamdulillah.:)

Friday, October 12, 2012

Char Hor Fun

Assalamualaikum

Tadi on the way back home, boleh dikatakan hampir-hampir nak sampai dah, tiba-tiba terbayang-bayang makanan apakah yang akan dijadikan santapan. Sebenarnya sebaik masuk selekoh nampak kedai makanan sedap, tiba-tiba otak boleh memberikan jawapan yang spontan iaitu cepat bagi signal ke kanan dan berhenti! Jadi plan untuk menjimatkan duit tidak berjaya kali ini. Bhahaha.

Bila sampai sahaja, maka terus menuju ke menu. Disebabkan makanan di situ sedap, maka terasa berbelah bagi nak makan apa. Kakak mengambil order sudah berada di hadapan saya, maka mata laju mencari menu yang dirasakan sesuai dengan selera hari ini. Menu nasi goreng kampung dan telur separuh masak! Maka, bila kakak mengambil order dah habis tulis atas kertas, tiba-tiba mata tertancap pada Char Hor Fun. Nasib baik orang yang ambil pesanan itu tahu kehendak pelanggannya ini, maka terus mencadangkan Char Hor Fun. Terima kasih kakak mengambil order! Memang sedap! Saya yang kurang gemar menghirup kuah ini juga berjaya melicinkan kuah Char Hor Fun.

Sebelum ini saya dah pernah beli makanan kat kedai tu. Menu nasi goreng. Mabeles! Sebab itu tak rasa rugi bila beli makanan di situ. Nasi goreng kampung yang berharga RM4 telah bertukar menjadi Char Hor Fun yang berharga RM5. Sila jangan terkejut kerana boleh bilang dengan jari berapa kali saya beli makanan di luar kecuali fast food. Dan juga boleh dikira berapa kali saya makan di luar. Teringin mahu menjadi seperti zaman study dulu. Lepas maghrib, akan keluar dengan kawan-kawan saya makan di luar. Sambil sembang-sembang. Di Melaka sangatlah bersepah gerai makanan. Maka harus mencuba! Bila sedap, maka bila pergi kedai yang sama lagi, selalu sahaja order menu yang sama!

Oh, cerita punya cerita, silalah jamu mata anda dengan gambar Char Hor Fun yang sempat saya snap gambar sebelum makan. Maaf kualiti gambar tidak sehebat kamera DSLR disebabkan handphone murah sahaja yang mampu.:)


Wednesday, May 16, 2012

Mama.

Assalamualaikum

Bila saya menginjak remaja iaitu beberapa tahun dahulu, saya menyedari bahawa tugas dan tanggungjawab seorang ibu bukan lah sesuatu yang mudah. Kecik-kecik tak nmenyedari lagi sebab sibuk bermain pondok-pondok, tumbuk buah belimbing lepas tu main masak-masak. Sampai masa makan, dengan gembira pergi makan. Maka, sebab itu saya mula belajar berdikari apabila masuk sekolah menengah. Kalau terlepas bas pukul 2.30 petang, harus menunggu bas seterusnya pukul 4.00 petang atau 4.30 petang dan ke atas.

Bila usia menginjak lagi, dan saya pergi merantau sana sini dan boleh berfikir secara dewasa, plus buat sendiri house chores, maka sebenarnya house chores adalah lebih penat dari kerja-kerja lain. Sebab itu syurga di bawah tapak kaki ibu. Subhanallah. Seorang isteri perlu taat pada suaminya tapi seorang suami perlu taat pada ibunya. MasyaAllah. Begitu mulia sekali seorang ibu! Itu belum termasuk lagi 9 bulan dalam rahim ibu. Bawa kita ke mana-mana. Bukan senang mahu menjaga kandungan. Selepas melahirkan juga, ada masa berpantang, tak boleh makan itu ini dan sebagainya. Hebatnya seorang ibu!

Kalau bertanya pada saya sendiri, siapa idola saya, tentu sahaja salah seorang daripada idola saya adalah arwah mama selain ayah saya. Saya tak pernah jumpa orang macam mereka. Ayah sendiri pernah mengaku bahawa ayah belum pernah jumpa orang seperti mama. Mama bekerja sebagai seorang guru. Selesai tugas di sekolah, mama pulang solat berehat dan sebagainya kemudian masak. Tiap hujung minggu, mama akan kemas satu rumah. Pagi-pagi mama bangun awal, dan adakalanya bila saya terlalu penat untuk iron baju (keluar rumah after subuh, dan balik rumah sebelum maghrib iaitu 6.40 pagi - 7.00 petang), bila saya terbangun pagi, baju sekolah saya sudah di iron oleh mama.

Arwah mama juga merupakan  seorang wanita, isteri, ibu, guru dan muslimah yang baik. Saya sangat mengagumi mama saya. Walaupun mama sakit, mama TAK PERNAH tinggal solat. Walaupun keadaan mama sudah tenat, mama tak lupa langsung! Sakit yang mama tanggung memang sakit. Seorang ibu yang tak pernah memperlihatkan kesakitannya akhirnya bila saya menjaga mama di pusat perubatan, saya nampak air mata mama mengalir tanda sakit yang amat! Sakit yang ditanggung mama bukan kepalang! Saya sendiri menyaksikan. Tiga tahun mama sakit dan akhirnya penderitaan mama berakhir apabila Tuhan menjemput mama. Ketika malaikat sakaratulmaut datang menjemput, ayah berada di sisi mama. Alhamdulillah. Dan roh mama tidak susah dipisahkan dengan jasad mama. Alhamdulillah.

Bagi setiap orang, tentu lah ibu bapa adalah segala-galanya. Masing-masing mengagumi ibu bapa masing-masing. Tidak tergambar oleh kata-kata, tidak terbalas oleh perbuatan. Bila sakit, dijaganya kita dengan baik. Kadang-kadang tidur tak menentu supaya demam kita hilang. Kasih seorang ibu. Bersusah payah melahirkan kita.

Semoga syurga lah tempat ibu-ibu kita. Ameen....

Wednesday, April 25, 2012

Scent of a woman adalah best!

Assalamualaikum

Tiap kali buka blog walaupun ada entry tak jadi, most of the time mesti akan ada reader/viewer yang akan singgah di entry Tips: Memerahkan bibir. Okay, terharu. Terima kasih daun keladi, next time datang lagi. Bukan next time, sekarang juga. Bhahaha. Sememangnya saya mahu sangat berkongsi tips-tips yang saya tahu tapi seringkali juga entry akan tak jadi. Dan memerlukan masa dan mood yang sesuai. Saya mahu berkongsi tips-tips yang berguna dari apa yang saya tahu dan juga dari pembacaan saya. Maka memerlukan masa demi menyusun ayat-ayat. Seronok tahu! Hope jika ada rezeki dan umur panjang, saya dapat tulis entry mengenai tips-tips lain.

Baiklah, sebenarnya jika korang perasan, sekarang memang jarang letak gambar-gambar bersama entry. Disebabkan gambar banyak berada dalam handphone maka terasa nantilah dahulu. Disebabkan itu juga, banyak entry tertangguh. -______-" Memang seronok letakkan gambar dan edit gambar dan kalau terlebih rajin, letak watermark sendiri. Seronok! Tapi masa mencemburui saya. Bhahaha. Walaupun tak busy, buat-buat busy sahaja.

Baru-baru ini, actually to be more accurate, sekarang saya tengah khusyuk tengok drama Korea Scent of a woman. Disebabkan ada Lee Dong Wook, memang lah bertambah semangat sebab Lee Dong Wook sangat comel! Dan tiba-tiba dengar pula soundtrack drama yang "Oh, sangat seronok". Song title adalah You're beautiful by Kim Junsu. Dalam drama itu, Kim Junsu pun ada juga. Rupanya suara Kim Junsu memang superb! Even menyanyi without lagu, juga sedap. Dan ada iras-iras Yoseob dari BEAST. Yoseob juga suara memang superb! Rasa mendayu-dayu sahaja, emosi terikut juga bila dengar mereka nyanyi. Tanpa sedar tiba-tiba riak muka telah bertukar iaitu verangan. Bhahaha. Kau hade? Tapi kan, Scent of a woman best! Baru episod 10 rasanya. Tidak dapat menghabiskan sebelum pergi travel. Yeay! Jadi, sila tengok korean drama fans!! ^___^

Thanks for reading!