Wednesday, August 21, 2013

Tips mencantikkan kulit

Assalamualaikum


Hari ni nak share sikit tips macam mana nak mencantikkan kulit. Kemain nak share budget kulit macam Taylor Swift. Tapi alhamdulillah, sehingga sekarang kulit saya bebas dari jerawat. Kalau ada, confirm Perang Dunia Ketiga. Hihik.

Sebenarnya dari dulu memang saya tak pernah stick pada satu brand produk muka. Asyik bertukar. Sebabnya saya memang suka cuba mana produk yang sesuai untuk kulit saya. Kalau hati lain-lain, kulit pun confirm lain-lain. Kihkih. Tapi tak semestinya yang lama dilupakan. Setelah merasakan produk baru dah immune dengan kulit, kekadang back to produk yang lama.

Di samping itu, tips paling menarik sekali, wakaka, eh tapi serious ni. Pemakanan. Kalau boleh, makan sayur tu bebanyak. Biar kenyang makan sayur je. Hihik. Tomato. Baby tomato. Tomato pun ada baby tahu. Kalau masak dengan spaghetti, memang terangkat habaq mai. Kandungan yang boleh membantu kulit menjadi cantik tu korang tanya encik google okay. Ini berdasarkan eksperimen ke atas diri sendiri. Mihmihmih.

Jangan lupa, air mesti 2 liters ke atas. Sampai kencing tilam pun takpe. Eh, korang kencing tilam lagi ke? Bhahaha. *gelak jahat*. Air memang sangat penting. Buang toksin. Dan kulit tak hydrate. Kalau rajin, minum green tea tanpa gula. Biasanya kalau korang pergi pusat rawatan kecantikan, diorang akan bagi minum green tea tanpa gula. Sila lah kurangkan gula kalau nak cantik.

Dan eksperimen terbaru, banyak exercise. Pergi work out lepas office hour. Rajinkan diri pergi gym. Kemain promote pergi gym sebab semangat kan. Hehe. Tapi kan kulit akan kelihatan sedikit lain bila pergi work out. Bukan sekali je tau. Berkali kali tahap infiniti. Dan bila korang penat work out, sekaligus 1 liter air korang boleh minum. Haa, just nak tambah lagi 1 liter je. Rasa dah boleh pergi sampai 3 liter.

Jangan lupa, jangan kerutkan dahi selalu macam saya. Bhahaha. Sila senyum sentiasa. Rahsia kecantikan semulajadi. Cewahh.

Nanti ada masa kita share pasal tips turunkan berat badan pula setelah eksperimen ke atas diri sendiri berjaya lagik. Doakan~

Terima kasih sudi baca.

No comments: