Sunday, May 12, 2013

She episode 1.

Assalamualaikum

Cuba melelapkan mata sambil dengar mp4. Memang adalah rutin kebiasaan kecuali jika terlalu penat kadang-kadang. Kenapa kadang-kadang? Sebab kekadang sahaja berjaya melelapkan mata dengan agak mudah.

Tadi bila tengah dengar lagu Ye Qu by Jay Chou, teringat pula kisah yang berlaku lebih kurang lima tahun dulu. Masa tengah pasang langsir untuk raya dekat ruang tamu, pasang lagu Ye Qu ni. Masa tu arwah mama ada di depan tv. Macam biasa, terbaring atas katil dengan keadaan beliau pada masa itu penyakit beliau sudah berada pada stage 4. Tak pernah sangka masa tu hanyalah tinggal beberapa hari sahaja lagi beliau dengan kami. Yes, ajal adalah rahsia.

Berbalik pada lagu tadi, tiba-tiba arwah mama tanya, kenapa tak pasang lagu raya. Dan saya jawab saja. Kenangan memang takkan pernah luput di ingatan bukan? Bukan sahaja ingatan, tetapi hati. 

She's the best mother in the world! Semoga beliau ditempatkan bersama orang yang beriman. Ameen.

No comments: