السلام عليكم ورحمة وبركاته
Ada satu masa. Bila aku kehilangan someone aku adore sangat-sangat, aku ingat aku memang dah takde peluang lagi, tapi ada seorang insan yang sangat baik lagi suci hati beliau hadir dalam hidup aku. Kehadiran beliau terus terang aku cakap dapat juga mengubat sedih dan sayu kat hati aku nih. Teringat masa tuh aku baru lepas excident dan memang arwah mama aku pun baru sahaja takde, memang lah ada luka. Tapi orang yang suci hati tuh letak ubat kat luka aku. Memang aku tak dapat lupa. Terharu sangat. Beliau nak juga tengok walaupun aku tak bagi tengok. Malu kononnya.
Kadang-kadang bila aku nampak beliau, aku terbayang-bayang arwah mama aku. Pernah juga satu masa, ada kenduri di rumah saudara beliau tapi aku minta izin aku nak balik cepat. Aku bagi alasan aku ada kerja tapi masa tuh aku macam nampak arwah mama aku. Beliau datang dekat aku, then tanya kenapa aku nak balik cepat. Beliau tak bagi aku balik. Kena makan dulu. Tapi sebab aku tak tahan lagi, aku balik juga. Beliau bagi juga bekal nasi lemak kat aku buat alas perut.
Birthday aku sama bulan dengan anak kedua beliau. Beliau minta aku balik rumah beliau. Memang terharu sangat sebab beliau sambut birthday aku. Memang masa tuh macam nak menitis airmata aku. Belanja lagi, kek. Nama aku ada atas kek tuh. Terharu sangat.
Sebenarnya, banyak sangat benda yang beliau 'bagi' aku. Kadang-kadang aku takut aku menyusahkan beliau. Tapi beliau tak pernah kisah pun sebab beliau seorang yang sangat baik hati. Sampai bila-bila pun aku tak dapat nak balas jasa beliau. Hanya Tuhan sahaja dapat balas jasa beliau.
Terima kasih IBU for everything. I love you so much.
No comments:
Post a Comment