FYP. Memang sekarang final year student tak kira lah fakulti mana, universiti mana, semua sibuk nak menyiapkan FYP. Penting tuh FYP. Kalau takde FYP, maka harapan untuk grad bersama tahun ini memang lah musnah sama sekali. Maka bercucuran lah airmata masing-masing sambil habis basag sapu tangan @ tisu yang digunakan. Silap-silap habis sekotak. (eh,yeke?)
Esok walaupun ada presentation ethics tapi FYP juga haruslah diambil kira perasaannya. Disebabkan semalam menghadiri bengkel PSM mengenai cara yang betul untuk buat analysis dan discussion, rupanya "wow, banyaknya". Barulah tahu macam mana nak buat. Nasib baik juga SV (Supervisor) juga merupakan AJK FYP. Maka tiada masalah kalau hajat nak merujuk pada beliau sahaja. :) Ditambah pula setiap final year student (FKE) diwajibkan buat satu poster yang merangkumi semua part dalam report. Kiranya buat sikit-sikit sahaja. Poster okay poster. Jadi apalagi of course lah internet memang sah-sah rujukan utama untuk buat poster nanti.
Hari nih tepat pukul 4 PM hajat ingin berjumpa dengan SV. Kalau boleh nak siapkan FYP paling-paling pun next week. Sebab banyak lagi benda yang harus diberi perhatian untuk menyediakan diri dalam "peperangan present FYP". Juga untuk draft report. Walaupun bunyinya "ala, draft sahaja" tapi ibaratnya macam kena submit final report. Alhamdulillah, bengkel memang lah sangat membantu.
No comments:
Post a Comment